{"id":8430,"date":"2021-07-29T06:17:13","date_gmt":"2021-07-29T06:17:13","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8430"},"modified":"2021-07-29T06:17:15","modified_gmt":"2021-07-29T06:17:15","slug":"kena-kat-pas-tak-boleh-orang-lain-boleh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/29\/kena-kat-pas-tak-boleh-orang-lain-boleh\/","title":{"rendered":"Kena Kat PAS Tak Boleh, Orang Lain, Boleh"},"content":{"rendered":"\n<p>Jangan kita sebar keaiban peribadi orang. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu adalah satu kenyataan tegas dan tuntas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sesiapa pun, tidak kiralah dia pembesar, atau rakyat biasa, orang agama atau si jahil, lelaki atau perempuan, baik atau jahat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya berpegang teguh kepada prinsip menyebarkan keburukan dosa peribadi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam ajaran agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah Benjamin Nethanyahu sekalipun melakukan dosa peribadi, jangan kita sebarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kebencian kita kepada perangai dan dosa beliau terhadap Islam, tidaklah menjadi lesen bagi kita memfitnah atau mengaibkan beliau dengan kesalahan peribadi beliau. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya yakin yang semua orang telah memahami akan keadaan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang disuruh oleh Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangankan berkenaan dosa peribadi yang mereka lakukan di sebalik dinding itu Islam mahu kita diamkan, hatta ketika sahabat terkentut juga Rasulullah menjaga aib sahabat itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi berbeza dengan sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang dianggap sebagai jenayah awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau ia dilakukan disebalik dinding, di belakang mata orang banyak, diwaktu gelap gelita, jenayah yang melibatkan orang ramai, mesti dilaporkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, biarlah dia seorang imam masjid yang jauh lebih mulia dari Netahnyahu yang kafir itu, tetapi apabila melakukan jenayah melibatkan awam, ia mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak kena kepada kita, sedaplah mulut membela. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak melibatkan saudara mara kita, senanglah jari menaip mengutuk orang yang mendedahkan jenayah itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi netizen yang berhati mulia itu adalah seorang yang tidak tahu membezakan akan dosa peribadi dengan dosa umum. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua hal sekarang ini dikuasai oleh netizen yang jahil, tetapi ramai. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka dilihat benar itu kerana ramai, bukan ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pimpinan PAS pernah dituduh orang berpeleseran dengan janda. <\/p>\n\n\n\n<p>Khabarnya lagi janda itu sebagai isterinya yang ketiga. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kutukan demi kutukan, diterima beliau, dari musuh, sehinggalah kepada orang yang mengaku penyokong PAS sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Galak benar bermain nama janda, menyindir-nyindir sesuatu yang tidak dibuktikan langsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Nabi mana yang ajar dia berperangai begitu? <\/p>\n\n\n\n<p>Atau mahu jika ahli keluarga sendiri terkena fitnah begitu? <\/p>\n\n\n\n<p>Ada jaminankah yang keluarga kamu selamat dari fitnah ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Ada dua hal yang mesti difikirkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama tidak pernah ada laporan rasmi kepada pihak berkuasa yang janda itu dilarikan atau diperlakukan secara yang tidak sepatutnya mengikut undang-undang, mahupun agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah kepada wanita melakukan zina, adalah antara dosa-dosa besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya, dia dikatakan sebagai isteri ketiga, maka jika ini berlaku, alhamdulillah, tiada dosa zina, kerana nikah itu halal di sisi Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa kamu mahu mengharamkan yang halal?<\/p>\n\n\n\n<p>Namun apabila ada kes mencabul, menipu, pecah amanah, itu sudah bukan dosa peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan ramainya asatizah yang menyeru mangsa tampil membuat laporan, siap ada bersama mereka peguam-peguam bagi membantu mangsa, maka hal ini berbeza dengan dosa peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Jenayah yang melibatkan awam, mesti dihebahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hebahan itu juga bagi memberikan kekuatan kepada mangsa lain untuk berani melawan kuasa jahat itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kena maklum, mengadu hal seperti ini amat memalukan diri dan keluarga. Bukan senang.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila sejumlah besar ulamak dari berbagai latar belakang, bangun bersama dalam menyatakan pendirian mereka dalam hal ini, ia sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bertindak menurut dalil dan ilmu. <\/p>\n\n\n\n<p>Berbeza dengan tuduhan melarikan janda itu, tiada ulamak yang bangun, malah mereka langsung tidak membicarakan hal itu kerana takut fitnah tersebar dan dimurkai Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jelas dan terang mana yang betul mana yang salah kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Satu teladan, pernah terjadi seorang balu yang mahu berkahwin dengan seorang lelaki tua. <\/p>\n\n\n\n<p>Apabila balu itu bertemu dengan seorang wanita yang tahu perangai lelaki itu, wanita itu tidak menyatakan apa-apa keburukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semuanya OK katanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah berkahwin, barulah tahu yang lelaki itu namanya sudah harum di Pejabat Agama kerana nikah dan cerai silih berganti. <\/p>\n\n\n\n<p>Perongos, habis semua waris balu itu dia buat musuh, sehingga ada yang mahu dia ajak bertumbuk. <\/p>\n\n\n\n<p>Berkelahi dengan balu itu, akhirnya bercerai. <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana apa? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana yang mengenali tidak mahu mendedahkan aib orang, kononnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin akan ada yang menuduh saya akan bagi alasan macam-macam bagi menghalalkan perbuatan saya yang memberikan bayangan kepada isu ini, tetapi dalam masa yang sama, marahkan orang lain menyebut kes pimpinan PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya telah jelaskan dengan begitu terang sekali pendirian saya. <\/p>\n\n\n\n<p>Mahu mengutuk pimpinan PAS, silakan, tiada masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dosa, tanggung sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang hairan, apabila keluar kes besar berkait dengan rakyat ini, diam pula mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia tidak ubah seperti kempen politik menghadapi musuh parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Contoh kegagalan PH selama 22 bulan, amat nyata, maka kita kena sebarkan supaya PH tidak dipilih lagi selepas ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia didedahkan kerana mahu mewujudkan gelombang bagi penolakan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Asal jangan memfitnah cukup. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi menyebar luaskan perangai jahat seseorang, diakui oleh para alim ulamak, sebagai salah satu cara menyelamatkan manusia dari kejahatan akan datang. <\/p>\n\n\n\n<p>Apalagi bila sudah memasuki fasa ketaasuban yang kronik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita wajib sedarkan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuba kita perhatikan, apabila keluar pendedahan ini\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Wanita kata AIB, jangan sebar<br>Lelaki kata AIKK, mana link?<br>Asatizah kata AISHH, buat malu agamawan<br>Bukan Islam kata AIYAA, ini macam pun ada ka ?<br>Pentaasub kata, AI, AI, CIP, kami ikut arahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jangan kita sebar keaiban peribadi orang. Itu adalah satu kenyataan tegas dan tuntas. Sesiapa pun, tidak kiralah dia<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8431,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8430","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8430","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8430"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8430\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8432,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8430\/revisions\/8432"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8431"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8430"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8430"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8430"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}