{"id":8513,"date":"2021-07-31T09:09:31","date_gmt":"2021-07-31T09:09:31","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8513"},"modified":"2021-07-31T09:09:34","modified_gmt":"2021-07-31T09:09:34","slug":"115-ahli-parlimen-pnbbc-kekal-sokong-kerajaan-pn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/07\/31\/115-ahli-parlimen-pnbbc-kekal-sokong-kerajaan-pn\/","title":{"rendered":"115 Ahli Parlimen PNBBC Kekal Sokong Kerajaan PN"},"content":{"rendered":"\n<p>Semua anggota Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) masih kekal memberikan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi PNBBC, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sehingga kini sokongan ahli Parlimen PNBBC terhadap kerajaan masih tidak berubah dan kekal seperti dulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini tidak ada perubahan sokongan Ahli Parlimen PNBBC terhadap kerajaan. Jika ada sebarang perubahan sudah tentu mereka akan maklumkan kepada saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua Ahli Parlimen PNBBC masih menyokong kerajaan sedia ada tidak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen BN-Gua Musang) yang memang berkecuali dari dulu dan tidak akan menyokong pembangkang,\u201d katanya ketika dihubungi wartawan PNBBC Portal, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Ahli Parlimen BN-Arau, menegaskan sehingga kini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat jika ada Ahli Parlimen PNBBC yang menarik sokongan kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat dari Ahli PNBBC lain kecuali Ahli Parlimen BN-Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri tetapi kekal menyokong kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga difahamkan bahawa Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini menarik balik sokongan diberikan kepada Perdana Menteri kini kembali menyokong kerajaan PN,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Shahidan juga menegaskan kerajaan PN tetap akan kekal utuh biarpun terdapat undian di Dewan Rakyat kerana mempunyai sokongan 115 ahli Parlimen lain biarpun difahamkan Ahli Parlimen BN-Bagan Datoh, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid (kuarantin COVID-19) dan Ahli Parlimen BN-Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (luar negara\/Olimpik Tokyo) tidak dapat hadir ke Parlimen, pada Isnin ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiarpun tanpa kehadiran Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Ahli Parlimen Kepala Batas, kerajaan PN masih boleh menang undian di Parlimen kerana ketika ini terdapat 115 Ahli Parlimen kekal menyokong kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenapa pula kerajaan akan kalah kerana kita mempunyai 115 ahli Parlimen jika dua atau tiga orang Ahli Parlimen tidak hadir kita masih lagi mempunyai majoriti di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita kena ingat keputusan untuk kekal menyokong kerajaan adalah keputusan parti biarpun beberapa Ahli Parlimen menyatakan mereka sudah menarik sokongan diberikan kepada Perdana Menteri, baru-baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal dari blok pembangkang, Datuk Mansor Othman yang didapati positif COVID-19 ketika saringan awal pembukaan sidang khas Parlimen juga tidak hadir pada sesi Parlimen Isnin ini kerana menjalani kuarantin kendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya adakah kerajaan dan PNBBC bersedia untuk menghadapi perbahasan dan pengundian jika usul penarikan Ordinan dan Proklamasi Darurat dibuat di Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin ini, Shahidan berkata perkara berkenaan tertakluk kepada kuasa budi bicara Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKuasa untuk membawa sebarang usul ke Mesyuarat Khas Parlimen adalah terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri bukan kuasa kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau perkara itu tiada dalam agenda Mesyuarat Khas Parlimen macam mana kita nak bahaskan dan buat undian. Kalau nak adakan perbahasan dan undian, ia boleh dilakukan semasa sidang Parlimen biasa pada September nanti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua anggota Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) masih kekal memberikan sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":8514,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8513"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8515,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8513\/revisions\/8515"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8514"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}