{"id":8573,"date":"2021-08-02T10:48:06","date_gmt":"2021-08-02T10:48:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8573"},"modified":"2021-08-02T10:48:08","modified_gmt":"2021-08-02T10:48:08","slug":"apa-kesudahannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/02\/apa-kesudahannya\/","title":{"rendered":"Apa Kesudahannya?"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita akan mati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sama ada kita dikebumikan atau dibakar bergantung pada agama dan kepercayaan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maruah, ego, sengketa, wang ringgit, rumah, kereta dan jawatan tidak akan dibawa bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lahir ke bumi bukan kita yang tentukannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bila mati pun bukan kita yang tentukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara kedua waktu itu, kita menjadi manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita tidak perlu melahirkan diri kita sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita juga tidak perlu membunuh diri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bumi hanyalah persinggahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak lebih daripada itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di waktu persinggahan yang pendek inilah, manusia suka bersengketa atas segala isu dunia yang tidak boleh dibawa mati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keluarga, manusia bersengketa sesama ahli keluarga sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam negara, manusia bersengketa berebut kuasa dan maruah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di peringkat antarabangsa, manusia bersengketa menjadi kuasa terbesar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang belum mendapat kuasa, ingin mendapatkan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang sudah mendapatkan kuasa, ingin mengekalkan kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang sudah mencapai kedudukan tertinggi, ingin menjadi Tuhan sehingga manusia menyembahnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bacaan dan fahaman terhadap satu-satu buku juga menjadi pertikaian sesama manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umpamanya Perlembagaan negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat yang dibaca sama, tapi fahaman dan tafsiran lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab itu adanya peguam dan penasihat undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila ada perselisihan dan perbezaan pendapat, ada mahkamah sehingga empat peringkat untuk melihat kehakiman berpihak pada fahaman dan tafsiran yang mana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, ini tidak bermakna fahaman dan tafsiran yang tidak mempunyai majoriti kehakiman itu salah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia tewas hanya kerana undi, bukan kerana pandangan itu salah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demokrasi dan Perlembagaan menyediakan satu ruang untuk saling tidak bersetuju sehingga satu persetujuan dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun demokrasi juga adalah satu ruang untuk manusia untuk terus berbalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada waktu Covid-19 menyerang negara dari segala sudut dan arah, semua masih nak berbalah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia tidak salah kerana ruang demokrasi membenarkannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memaksa manusia suka berbalah untuk berkumpul di dalam satu dewan hanya menghasilkan jeritan dan sindiran terhadap benda teknikal fahaman dan tafsiran masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang pergi protes waktu Covid-19 menggila ini, memang tak sia-sia hidup sebagai manusia dengan mendedahkan diri menjadi pembawa wabak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalah mati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menang pun mati juga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tak apalah, hidup ini kan pendek.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asalkan manusia gembira berbalah, boleh sahaja teruskanlah sehingga mati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka ini golongan yang bahagia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Golongan yang lapar dan sakit tidak akan menghabiskan masa untuk berbalah sebab mereka perlu mencari kehidupan sebelum mati datang mengunjung.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita akan mati. Sama ada kita dikebumikan atau dibakar bergantung pada agama dan kepercayaan masing-masing. Maruah, ego, sengketa,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8574,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8573","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8573","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8573"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8573\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8575,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8573\/revisions\/8575"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8574"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8573"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8573"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8573"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}