{"id":8630,"date":"2021-08-03T12:05:14","date_gmt":"2021-08-03T12:05:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8630"},"modified":"2021-08-03T12:05:17","modified_gmt":"2021-08-03T12:05:17","slug":"lautan-bergelora-kapal-di-darat-pula-yang-karam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/03\/lautan-bergelora-kapal-di-darat-pula-yang-karam\/","title":{"rendered":"\u2018Lautan Bergelora, Kapal Di Darat Pula Yang Karam\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>Petang ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan\u00a0mesyuarat tergempar\u00a0yang menurut Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi memperhalusi pendirian dan tindakan parti untuk mendepani situasi politik semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun ramai yang boleh menduga agenda utama yang akan dibincangkan sudah tentu berkaitan ahli-ahli Parlimen yang terus menerus memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari Istana Negara mengeluarkan kenyataan media berhubung rasa dukacita Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang dikatakan dibuat tanpa perkenan baginda,\u00a0situasi politik\u00a0negara agak panas.<\/p>\n\n\n\n<p>Panas disebabkan provokasi oleh pihak pembangkang yang menggunakan isu tersebut untuk menekan kerajaan dan mendesak Muhyiddin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Provokasi melampau ahli-ahli Parlimen pembangkang menenggelamkan isu pandemik Covid-10 dan ekonomi yang sepatutnya menjadi agenda utama perbincangan sepanjang lima hari Sidang Khas Dewan Rakyat tempoh hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih menghairankan, situasi itu turut ditangguk oleh Zahid dan kumpulan \u2018kluster mahkamah\u2019 dalam UMNO yang mendesak Muhyiddin melepaskan jawatannya secara terhormat. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal UMNO sebahagian daripada kerajaan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid juga terus mendesak ahli-ahli Parlimen UMNO menghentikan sokongan terhadap Muhyiddin dengan menggunakan keputusan MKT pada 7 Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, seruan Zahid langsung tidak diendahkan oleh ahli-ahli Parlimen UMNO diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri malah mereka bersama-sama bersatu hati menolak seruan Presiden mereka, sebaliknya menyatakan sokongan kepada Muhyiddin untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Nyata, tindakan ahli-ahli Parlimen terbabit benar-benar menampakkan Zahid tidak mempunyai wibawa untuk memimpin sebuah parti keramat seperti UMNO sehingga mereka gagal mempengaruhi ahlinya sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, mesyuarat khas MKT UMNO hari ini sudah tentu tidak terlepas daripada membincangkan isu berkenaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Nasib 30 ahli Parlimen UMNO yang dikatakan menandatangani surat akuan menyokong Muhyiddin sudah tentu menjadi agenda utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya, apa lagi sebetulnya UMNO mahu? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika isu berkaitan hubungan Istana Negara dan Putrajaya, rasaya itu bukannya isu melibatkan UMNO? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa UMNO pula lebih sudu dari kuah?<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO janganlah jadi seperti \u2018lautan yang bergelora, kapal di darat pula yang karam\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Adalah lebih baik UMNO terus bersama-sama membantu menumpukan isu rakyat dan ekonomi ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun, menteri-menteri UMNO telah diberi kepercayaan oleh Muhyiddin untuk mengetuai pasukan menangani isu Covid-19 dengan Ismail Sabri sebagai \u2018generalnya\u2019 bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Adham Baba.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang sesuai dengan pengalaman yang mereka miliki dalam Kabinet kerajaan di bawah pimpinan UMNO sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apa lagi sebetulnya Zahid dan konco-konconya mahu? <\/p>\n\n\n\n<p>Mendesak mereka meletakkan jawatan? <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, apa lagi UMNO mahukan?<\/p>\n\n\n\n<p>Mahu Muhyiddin melepaskan jawatannya secara terhormat dan mengharapkan seorang pemimpin UMNO menggantikan beliau dan sekaligus membolehkan UMNO mengetuai semula kerajaan?<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah-sudahlah UMNO khususnya \u2018kluster mahkamah\u2019 ini bermain politik dengan terus menerus mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan dan mahukan ahli-ahli Parlimen UMNO menarik sokongan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Janganlah diusik menteri-menteri UMNO yang sedang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membantu rakyat menghadapi Covid-19 ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Tunggulah apabila masalah Covid-19 ini berakhir, kadar imunisasi sudah mencapai imuniti kelompok dan jumlah yang dirawat di ICU hospital-hospital seluruh negara mulai surut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu berpolitiklah siang dan malam tiada siapa peduli!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Petang ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan\u00a0mesyuarat tergempar\u00a0yang menurut Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8631,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8630","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8630","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8630"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8630\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8632,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8630\/revisions\/8632"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8631"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}