{"id":8679,"date":"2021-08-05T08:57:08","date_gmt":"2021-08-05T08:57:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8679"},"modified":"2021-08-05T08:57:10","modified_gmt":"2021-08-05T08:57:10","slug":"niat-zahid-tak-betul-sebab-itu-strategi-tidak-menjadi-kata-tajuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/05\/niat-zahid-tak-betul-sebab-itu-strategi-tidak-menjadi-kata-tajuddin\/","title":{"rendered":"Niat Zahid Tak Betul Sebab Itu Strategi Tidak Menjadi, Kata Tajuddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata terdapat beberapa Ahli MT memberitahu mereka ditarik untuk berdiri bersama presiden parti Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Selasa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApa permainan mereka ini? Nak jatuhkan kerajaan, kemudian nak tubuh kerajaan dengan Bersatu juga? Tidakkah ia dilihat main-main?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila Perdana Menteri dah buat keputusan, masing-masing rasa macam terperangkap, kan?<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda seorang dua yang dah hubungi balik, cakap mereka ditarik-tarik untuk berdiri bersama pada sidang media yang UMNO buat kelmarin,\u201d kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menempelak dengan teruk Zahid dan sekutunya di dalam MT berhubung pengumuman kali ketiga menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun sudah tiga kali membuat pengumuman terbuka untuk memberitahu rakyat berhubung langkahnya dan beberapa ahli MT UMNO, Zahid masih gagal, sebaliknya dilihat telah membuat banyak kesilapan hingga merugikan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik kenyataannya kepada Utusan, Tajuddin menggesa UMNO kembali kepada keputusan asal meneruskan sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini untuk terus menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKekal sahaja dengan keputusan asal, jangan dipinda. Sebab keputusan semalam yang dibuat, kerajaan tetap tidak tumbang?,\u201d katanys sambil menjelaskan banyak kesilapan yang UMNO lakukan, malah strategi yang cuba dibuat akhirnya merugikan parti itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerlu diingat, jalan nak pergi ke Ipoh ni ada banyak, ada jalan kampung, ada lebuh raya. Strategi tidak mengena. Berapa kali Zahid dah buat kesilapan? Sebab kalau niat dah lain, memang takkan jadi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, veteran UMNO Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu beliau sudah melihat langkah terburu-buru Zahid mendesak Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar daripada kerajaan PN ada kaitan dengan kes mahkamahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nazri yang juga seorang peguam berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana ketegasan dan semangat untuk tidak membenarkan kerajaan mencampuri urusan pendakwaan kes mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpin UMNO sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengulas pendedahan Perdana Menteri bahawa beliau didesak campur tangan untuk membebaskan beberapa individu politik daripada tuduhan mahkamah hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Keengganan dan ketegasan Muhyiddin menjadi punca Zahid dan beberapa pemimpin UMNO menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu kita sudah menjangkakan apabila Zahid mengambil langkah terburu-buru mendesak Ahli Parlimen BN keluar daripada kerajaan PN kerana ini ada kaitan dengan kes pendakwaan mahkamah dihadapi beliau yang akan berlangsung bulan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, kalau dihukum pada saat UMNO membuat keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN, maka beliau boleh menggunakan alasan dianiaya kerajaan susulan tindakan politik yang dibuatnya,\u201d kata Nazri lagi..<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid dan rakan karibnya yang juga bekas Perdana Menteri Najib Razak diheret ke mahkamah pada 2019 selepas Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, kepada Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.<\/p>\n\n\n\n<p>Perbicaraan kesnya telah bermula sejak 2019 lagi ketika pentadbiran PH. <\/p>\n\n\n\n<p>Selepas 22 bulan memerintah PH tumbang dan kerajaan PN dibentuk setelah Zahid dan UMNO memberi sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik sokongan itu, Zahid berharap Muhyiddin akan menghulurkan \u2018bantuan\u2019 terhadap 47 tuduhan yang dihadapinya itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi ianya tidak berlaku, sebaliknya Zahid dihadapkan pula ke Mahkamah Tinggi Shah Alam atas 33 pertuduhan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit berkaitan kontrak mengendalikan Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara Najib pula sudah dijatuhi hukuman penjara dan denda atas tuduhan berkaitan dana SRC International. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesnya kini berada di Mahkamah Rayuan untuk diputuskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata terdapat beberapa Ahli MT memberitahu mereka<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8680,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-8679","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8679","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8679"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8679\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8681,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8679\/revisions\/8681"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8680"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8679"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8679"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8679"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}