{"id":869,"date":"2020-08-31T23:14:48","date_gmt":"2020-08-31T23:14:48","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=869"},"modified":"2020-08-31T23:14:51","modified_gmt":"2020-08-31T23:14:51","slug":"kewajipan-menyokong-kempen-buy-muslim-first-dari-sudut-sejarah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2020\/08\/31\/kewajipan-menyokong-kempen-buy-muslim-first-dari-sudut-sejarah\/","title":{"rendered":"Kewajipan Menyokong Kempen &#8216;Buy Muslim First&#8217; Dari Sudut Sejarah"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya berasa amat pelik bila ada ustaz yang menyatakan bahawa beliau lebih rela membeli barang dari orang bukan Islam berbanding membeli barang dari orang Islam yang merokok. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak pasti dari sumber atau neraca mana beliau mengambil kefahaman begitu? <\/p>\n\n\n\n<p>Salah satu sebab utama kenapa kita wajib membantu perniagaan orang Islam dengan sedaya upaya adalah kerana adanya hukum zakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Zakat ini sangat penting hingga ia menjadi salah satu dari lima rukun Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk semarakkan zakat, wajib semarakkan ekonomi umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk semarakkan ekonomi umat Islam, umat Islam mesti giat dalam bidang perniagaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Untuk giatkan umat Islam dalam bidang perniagaan, umat Islam sendiri mesti saling hulurkan bantuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini adalah satu rantaian yang tidak boleh dipisahkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkara ini banyak dibincangkan oleh para ilmuwan.<\/p>\n\n\n\n<p> Antara kitab yang kita boleh rujuk ialah &#8216;al-Fiqh al-Iqtisadi Lil Amirul Mukminin Umar ibn al-Khattab&#8217; karya Dr Jaribah. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak hairanlah jika Sayyidina Umar sendiri menilai bahawa perdagangan adalah salah satu bentuk jihad dan salah satu pintu ibadah bagi umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini kita sangat malang. <\/p>\n\n\n\n<p>Negera kita yang majoriti penduduknya beragama Islam tetapi ekonomi tidak dikuasai oleh orang-orang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, memang salah penjajah, tapi kita harus berusaha membetulkannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tidak mahu membicarakan hal ini dari sudut agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ramai sahabat saya yang lebih faqih dalam FB ini seperti Syeikh <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/hafizhelmi.hashim?__cft__[0]=AZUmMoUa1qfX4x6btFkbVEQuZKlGKchVwHOGm37j5TjSPc7CzBJbW7QVPVkJpIRwSX5OzdQIC3OBClKI9uBj8aldtvD0NeNlJZCNKed-RKGSLExjHGhuGAhvyD8ogqmX2DPiOQDELbI0mnPTLP9iGTaDSr6sWh9ySYk7UCI4nsKPCJGS1HdR0XcHMB7W2MGISEg&amp;__tn__=-]K-y-R\">Hafiz Helmi Hashim As-Shafie <\/a>lebih layak membicarakan tentangnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya cuma ingin membicarakan dari sudut sejarah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut sejarah, &#8216;izzah&#8217; Islam itu dapat dizahirkan apabila umat Islam menguasai ekonomi dan perdagangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga satu wasilah dakwah yang baik dan berkesan. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini dapat dibuktikan dari sejarah pengislaman Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Salahuddin al-Ayyubi dapat menakluki Baitul Muqadis, umat Islam memang menguasai ekonomi pada ketika itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kita boleh membaca daripada sejarah empayar perdagangan Karimi, empayar perdagangan Islam yang menguasai perdagangan rempah dunia yang banyak membantu perjuangan Salahuddin al-Ayyubi. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka tidak hairanlah jika Alfonso de Albuquerque berkata bahawa dengan penaklukan kota Melaka, Portugis dapat &#8216;membunuh&#8217; penyara negara-negara Islam kerana Kesultanan Melaka adalah penyara ekonomi negara-negara Islam disebabkan kekayaan perdagangannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah British menguasai ekonomi Tanah Melayu, mereka telah mewujudkan bandar-bandar yang diasaskan dengan sebab industri bijih timah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian mereka membawa pendatang-pendatang bukan Islam dari China sebagai pelombong bijih timah dan kemudiannya golongan ini menguasai bandar-bandar tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, orang-orang Islam yang rata-ratanya dari kalangan orang-orang Melayu yang merupakan warga asal dibiarkan terus mendiami kampung-kampung. <\/p>\n\n\n\n<p>Kota-kota tradisi orang-orang Melayu dihilangkan kepentingannya hingga akhirnya lenyap atau bertukar menjadi kampung. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menyebabkan orang-orang Islam terus terpinggir dari bidang ekonomi dan perdagangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini juga adalah dasar pecah dan perintah yang dijalankan oleh British. <\/p>\n\n\n\n<p>Di ambang kemerdekaan, para ulama berusaha untuk membangunkan kembali ekonomi umat Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara usaha yang dibuat oleh para ulama ialah dengan menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se-Malaya (PEPERMAS). <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, Syeikh Abu Bakar al-Baqir pula telah menubuhkan Persatuan Al-Ehya Al-Syarif di mana persatuan ini berjaya menjalankan tiga jenis projek perniagaan iaitu kilang padi, stesen pam minyak dan stesen jana kuasa elektrik. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun kemudiannya ulama-ulama yang berusaha menggerakkan ekonomi umat Islam ini telah diburu oleh Inggeris atas alasan-alasan yang sengaja direka hingga menyebabkan aktiviti membangunkan ekonomi umat Islam terbantut. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi perjuangan sahabat-sahabat saya seperti yang digerakkan oleh Tuan <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/mohamad.jamalee?__cft__[0]=AZUmMoUa1qfX4x6btFkbVEQuZKlGKchVwHOGm37j5TjSPc7CzBJbW7QVPVkJpIRwSX5OzdQIC3OBClKI9uBj8aldtvD0NeNlJZCNKed-RKGSLExjHGhuGAhvyD8ogqmX2DPiOQDELbI0mnPTLP9iGTaDSr6sWh9ySYk7UCI4nsKPCJGS1HdR0XcHMB7W2MGISEg&amp;__tn__=-]K-y-R\">Mohamad Jamalee <\/a>pada saya ianya menyambung legasi perjuangan para ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka kita wajib menyokong perjuangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bayangkan, dalam satu litar perlumbaan, penganjur memberi kepada pihak pesaing kereta Ferari. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala di satu pihak lagi hanya diberikan kereta Nissan Sunny. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian bila ada pihak yang hendak membantu untuk menaik taraf kereta Nissan Sunny tersebut supaya dapat bersaing dengan Ferari, kita bukan sahaja tidak membantu, malah memperlekehkan bantuan tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga hakikatnya dalam bidang ekonomi. <\/p>\n\n\n\n<p>British telah memberikan &#8216;Ferari&#8217; kepada orang bukan Islam. <\/p>\n\n\n\n<p>Umat Islam di Tanah Melayu hanya memiliki &#8216;Nissan Sunny&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika kita tidak dapat membantu menaik taraf dan membaik pulih Nissan Sunny tersebut, janganlah kita memperlekehkan pihak lain yang berusaha untuk membantunya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasanuddin Yusof <\/p>\n\n\n\n<p>Maktab Penyelidikan <\/p>\n\n\n\n<p>Tamadun Alam Melayu dan Islam<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya berasa amat pelik bila ada ustaz yang menyatakan bahawa beliau lebih rela membeli barang dari orang bukan<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":870,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-869","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=869"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":871,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/869\/revisions\/871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/870"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=869"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=869"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=869"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}