{"id":8741,"date":"2021-08-06T21:12:08","date_gmt":"2021-08-06T21:12:08","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8741"},"modified":"2021-08-06T21:12:11","modified_gmt":"2021-08-06T21:12:11","slug":"jangan-sibuk-bergaduh-nak-tukar-juruterbang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/06\/jangan-sibuk-bergaduh-nak-tukar-juruterbang\/","title":{"rendered":"Jangan Sibuk Bergaduh Nak Tukar Juruterbang"},"content":{"rendered":"\n<p><strong><br><br><\/strong>Kita umpama berada dalam sebuah pesawat udara dan tiba-tiba berlaku kebakaran dalam penerbangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada saat kritikal di mana semua anak kapal sepatutnya berikhtiar memadam api, sebaliknya mereka sibuk bergaduh untuk menukar juruterbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin tidak ramai menjangka kata-kata itu diungkap seorang menteri Kewangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz rupa-rupanya bukan sahaja bijak menghitung wang, sebaliknya pintar beradab.<\/p>\n\n\n\n<p>Di akhir cetusannya di sebuah akhbar Rabu lepas, Menteri Kewangan itu mencatat lagi. \u201cSaya mendoakan agar kewarasan mengatasi kegilaan berpolitik.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Nah dalam sungguh ungkapannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun nampak lembut dan gemar bermain dengan nombor, namun falsafah politiknya tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menghayutkan jauh jagoan politik berusia emas. <\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Zafrul memecah kebejatan politik yang melanda sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Setidak-tidaknya pemimpin politik yang ada cita-cita peribadi merenung seketika. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kapalterbang terbakar apakah waras petugas mahu tukar pilot.<\/p>\n\n\n\n<p>Setidak-tidaknya petugas dan penumpang sama-sama membantu memadam kebakaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah pilot mendarat pesawat dengan selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan pula ada kegilaan menukar pilot.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarlah semua penumpang selamat. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga kondisi yang menimpa negara sekarang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika negara dilanda wabak yang menakutkan, masih ada pemimpin yang tidak pernah padam cita-cita politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu pihak mahu menjejaki semula impian lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Impian itu terbantut sejak 1998. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika itu selangkah lagi Anwar Ibrahim akan bergelar perdana menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun punah akibat konflik dengan Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n\n\n\n<p>Kali kedua rezeki berulang semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Hanya sepurnama lagi Anwar akan bergelar perdana menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun akibat keghairahan penyokongnya impian itu ranap begitu sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja impian jawatan perdana menteri berkecai, sebaliknya mahligai dibina juga jatuh berkecai. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan hari ini Pakatan Harapan (PH) mengintai ruang untuk episod membalas dendam.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiba-tiba muncul keretakan yang dijelmakan sekumpulan kecil kerabat PN. <\/p>\n\n\n\n<p>Seorang demi seorang menteri diajak menarik sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya ia berlaku ketika wabak masih mencanak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Selasa lepas Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan 11 ahli parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan hari ini media melaporkan seorang lagi menteri meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaliknya hari ini juga Naib Presiden Umno Ismail Sabri menyebut 31 anggota parlimen BN kekal sokong kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendirian kami ahli parlimen junjung kasih dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu perkenankan supaya kerajaan meneruskan pentadbiran dan akan menentukan keabsahan di parlimen,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 18 ahli parlimen BN hadir pada sidang media itu, termasuk juga Presiden MCA Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan (Tapah).<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala 10 lagi ahli parlimen tidak hadir kerana ada tugasan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka termasuk Khairy Jamaluddin (Rembau), Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Dr Adham Baba (Tenggara), Arthur Joseph Kurup (PBRS-Pensiangan).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu Hishammuddin Hussein (Sembrong), Mohamad Alamin (Kimanis), Zahidi Zainul (Padang Besar), Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Wee Jeck Seng (MCA- Tanjung Piai) dan Ahmad Hamzah (Jasin).<\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun Dr Noraini mengumumkan meletak jawatan hari ini, namun senarai namanya difahamkan bersama team Zahid sejak Selasa lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika krisis melanda rumahtangga Umno, muncul pula isu lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini juga muncul surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). <\/p>\n\n\n\n<p>RoS menyatakan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tetinggi (MKT) Umno mengenai penangguhan pemilihan parti itu tidak sah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemelut bertimpa-timpa menimpa Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Seputar politik yang berlaku sekarang membolehkan PH rehat seketika. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga pembangkang lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Nampaknya Zahid seperti sukar untuk meredakan suasana.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu yang berligar itu sebenarnya seperti program realiti mencari siapa jaguh. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun sehingga sekarang nampaknya tiada parti yang mempunyai majoriti jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebuah portal menganalisis PN memiliki 99 ahli parlimen, PH (89), pembangkang lain (29) dan Bebas (3).<\/p>\n\n\n\n<p>Persoalannya siapa \u2018king maker\u2019 dalam situasi sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p>Parlimen akan bersidang penuh mulai 6 September ini dengan pembukaan dijadual dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas perbahasan usul menjunjung kasih dijangka usul undi percaya akan dibentang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia bagi menentukan keabsahan kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun dalam tempoh sebulan lagi pelbagai kemungkinan akan berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Umno bukan sekadar berdepan presiden hilang sokongan, sebaliknya surat RoS membuatkan luka lama berdarah kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Mampukah pula PH menumpang semangkuk kemelut Umno. <\/p>\n\n\n\n<p>Isyaratnya samar kerana Perhimpunan Agung Umno meletak syarat jelas tolak Anwar, ketepi DAP.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>M FAQIH<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita umpama berada dalam sebuah pesawat udara dan tiba-tiba berlaku kebakaran dalam penerbangan. Pada saat kritikal di mana<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8742,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8741","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8741","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8741"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8741\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8743,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8741\/revisions\/8743"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8741"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8741"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8741"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}