{"id":8835,"date":"2021-08-09T07:08:56","date_gmt":"2021-08-09T07:08:56","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8835"},"modified":"2021-08-09T07:08:58","modified_gmt":"2021-08-09T07:08:58","slug":"kerja-paling-senang-di-malaysia-ialah-mengkritik-berjanji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/09\/kerja-paling-senang-di-malaysia-ialah-mengkritik-berjanji\/","title":{"rendered":"Kerja Paling Senang Di Malaysia Ialah Mengkritik, Berjanji"},"content":{"rendered":"\n<p>Apabila semakin ramai rakyat yang divaksin, jangkitan Covid-19 akan terus meningkat sehingga setiap rakyat Malaysia akan berpengalaman merasai virus itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ya, itu hakikat yang perlu diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada kerajaan manusia yang boleh menghalang perkara ini daripada berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, pembawa Covid-19 ini manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua apabila manusia divaksin, ramai yang akan menjadi pembawa kuman Covid-19 secara senyap.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan salah mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak tahu pun mereka dijangkiti Covid-19 kerana tiada gejala.<\/p>\n\n\n\n<p>Golongan yang divaksin pula diberi kelonggaran seluruh dunia untuk hidup dengan cara biasa, bergerak ke sana, ke sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kita semua berpotensi menjadi pembawa kuman Covid-19 secara senyap.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda kaya, miskin, golongan kayangan, alim, berdosa mahupun golongan istimewa, tidak menjadikan anda kebal atau susah dijangkiti Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Covid-19 ini tidak mengenal kulit, bangsa, umur mahupun kedudukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu adilnya virus pembunuh ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai lagi yang akan meninggalkan kita kerana Covid-19, meskipun divaksin kerana sememangnya ada antara kita yang memiliki kesihatan lebih lemah berbanding yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan yang terpaksa berdepan dengan Covid-19 buat kali pertamanya akan menerima kemarahan rakyat kerana masing-masing sedang belajar cara yang efektif untuk menghadapi pandemik ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, segala kesilapan menjadi pengajaran yang bagus untuk kerajaan untuk berdepan dengan wabak kedua pada masa akan datang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia hampir sama seperti kali pertama kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua rakyat marah sehingga kerajaan jatuh barulah tersedar GST penting untuk negara, untuk berdepan dengan situasi kritikal seperti Covid-19 bagi mengimbangi kewangan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Tanggapan terhadap GST menjadi sangat buruk kerana ketika itu negara bergelut dengan skandal 1MDB sehingga timbul persepsi bahawa cukai itu diperlukan untuk membayar hutang 1MDB.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemarahan rakyat terhadap GST menyebabkan rakyat mendapat kerajaan baru, yang akhirnya dilanyak mereka sendiri ketika baru setahun jagung dan akhirnya gugur sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani Covid-19 selama ini tidak dinafikan ada menimbulkan kemarahan di sana-sini kerana kesilapan cara penyampaian, hukuman dwi-standard, mengemukakan polisi yang tidak difikir secara mendalam serta tersilap lidah dan kelakuan menteri sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebenarnya apa yang kerajaan sedang lakukan, akan juga dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang lain iaitu mempercepatkan proses vaksinasi dan memastikan ekonomi tidak mati ketika wabak Covid-19 memaksa penutupan aktiviti ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Letaklah sesiapa sahaja pun, itulah yang akan dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi, kerja yang paling senang di Malaysia ialah mengkritik dan berjanji.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tak percaya, tanyalah diri, sudahkan PTPTN dimansuhkan, tol dihapuskan dan harga minyak diturunkan?<\/p>\n\n\n\n<p>Ya, tidak dinafikan kerajaan boleh melakukan dengan lebih baik dan melakukan kesilapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tapi biarlah nasib kerajaan ini ditentukan rakyat daripada beberapa individu yang diragui wataknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang dipecat sebagai timbalan presiden parti kerana enggan tunduk pada mereka yang terlibat dengan penyelewengan wang?<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa sekali lagi yang berdepan cabaran hilang jawatan perdana menteri kerana enggan tunduk pada yang terlibat dengan penyelewengan wang, meskipun negara di waktu getir?<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa dulu mengutuk mereka yang terlibat dengan penyelewengan wang tetapi kini sanggup bersekongkol, meskipun negara di waktu getir?<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan ini tidak sempurna, ya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak berprinsip, nampaknya tidak.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga rakyat belajar daripada pengalaman terlalu mengikut emosi sendiri pada masa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apabila semakin ramai rakyat yang divaksin, jangkitan Covid-19 akan terus meningkat sehingga setiap rakyat Malaysia akan berpengalaman merasai<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8836,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8835","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8835","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8835"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8835\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8837,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8835\/revisions\/8837"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8836"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8835"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8835"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8835"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}