{"id":8865,"date":"2021-08-10T09:12:59","date_gmt":"2021-08-10T09:12:59","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8865"},"modified":"2021-08-10T09:13:02","modified_gmt":"2021-08-10T09:13:02","slug":"kemelut-politik-negara-kembalikan-mandat-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/10\/kemelut-politik-negara-kembalikan-mandat-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"Kemelut Politik Negara, Kembalikan Mandat Kepada Rakyat"},"content":{"rendered":"\n<p>Tidak lama lagi Parlimen akan menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun dalam politik tiada apa yang mustahil, di atas kertas sekarang, sepertimana yang diwar-warkan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Umno ialah PN sudah hilang majoriti di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Sama ada pada 6 September atau lebih awal lagi, kerajaan PN kini ibarat \u201ctelur di hujung tanduk\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, apa sahaja keputusan yang bakal berlaku tidak akan menjadikan Malaysia dipandu oleh sebuah kerajaan yang stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Katakanlah, PH, Umno (kluster mahkamah), Pejuang, Warisan dan ahli-ahli Parlimen bebas berjaya menumbangkan Muhyiddin dan PN, sudah pasti kerajaan yang baru tertubuh juga tidak mempunyai majoriti besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Disebabkan kerajaan baru itu akan menghimpunkan musuh tradisi seperti Umno (kluster mahkamah) dan DAP, kita sudah boleh meramalkan apa yang akan berlaku kepada pentadbiran seperti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pasti media arus perdana dan alternatif akan \u201cmeriah\u201d dengan kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan yang \u201cberperang secara terbuka\u201d, seperti di zaman PH memerintah selama 22 bulan dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kita terlupa, semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri di zaman PH, beliau boleh dikritik dan diselar malahan didesak secara terbuka untuk meletakkan jawatan oleh pemimpin-pemimpin parti komponen seperti PKR dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah keadaan seperti ini akan memberikan kestabilan ketika pandemik Covid-19 masih belum reda?<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah pelabur asing akan yakin untuk kembali melabur dengan ketidakstabilan baru ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kemungkinan kedua ialah Muhyiddin berjaya mempertahankan kerajaan PN menggunakan kelebihan yang ada padanya sebagai perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Ianya hanyalah penyelesaian sementara bagi meredakan kemelut politik, akan tetapi kerajaan tetap tidak stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin akan berdepan dengan tekanan dan ugutan menjelang pembentangan Belanjawan 2022 dan kemungkinan ianya tidak dapat diluluskan.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara sekali lagi akan berada dalam keadaan tergantung.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka penyelesaian terbaik untuk kemelut politik pada hari ini ialah melalui pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang berkata pilihan ini tidak mungkin boleh diadakan kerana pandemik masih melanda.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan pilihan raya Sabah yang menjadi punca kepada gelombang demi gelombang Covid-19 pada ketika ini, dan ia tidak patut diulangi.<\/p>\n\n\n\n<p>Alasan ini tidak saintifik kerana mereka terlupa, sekiranya pembubaran Parlimen dilakukan sekarang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mengatakan imuniti kelompok akan berjaya dicapai pada Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut sasaran kerajaan, pada akhir Oktober, 100% golongan dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 80% menerima vaksin lengkap.<\/p>\n\n\n\n<p>Ertinya, sekiranya Parlimen dibubarkan pada awal September, PRU15 boleh diadakan pada bulan November ketika negara sudah mencapai imuniti kelompok.<\/p>\n\n\n\n<p>SPR boleh menetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi PRU15 ini contohnya seperti tiada majlis perhimpunan untuk kempen dan tiada kempen rumah ke rumah sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Kempen hanya dibenarkan melalui media massa dan media sosial sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembuangan undi boleh juga dibuat dengan SOP yang ketat seperti perbanyakkan tempat mengundi bagi mengelakkan tidak terlalu ramai orang berkumpul di sesuatu tempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, waktu mengundi juga boleh diperpanjangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan mengadakan PRU15, rakyat akan diberikan pilihan untuk memilih satu kerajaan yang kuat dan stabil yang tidak boleh \u201cdiugut\u201d oleh ahli-ahli Parlimen sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana, dalam berdepan dengan pasca Covid-19 dan untuk melakukan pemulihan ekonomi, Malaysia memerlukan kerajaan yang kuat untuk melaksanakan dasar dan program-programnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya keadaan seperti sekarang berterusan, sama ada PN atau PH yang mengemudi kerajaan, Malaysia tidak akan pulih daripada krisis ini dan rakyat akan terus menderita.<\/p>\n\n\n\n<p>Demi keselamatan rakyat dan pemulihan negara pasca Covid-19, kembalikanlah kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.<\/p>\n\n\n\n<p><em><strong>Kamarul Khairy<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak lama lagi Parlimen akan menentukan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Walaupun dalam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8866,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8867,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8865\/revisions\/8867"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}