{"id":8892,"date":"2021-08-11T07:18:41","date_gmt":"2021-08-11T07:18:41","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=8892"},"modified":"2021-08-11T07:18:44","modified_gmt":"2021-08-11T07:18:44","slug":"pilih-parti-atau-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/11\/pilih-parti-atau-rakyat\/","title":{"rendered":"Pilih Parti Atau Rakyat?"},"content":{"rendered":"\n<p>Perasaan yang berbelah bahagi, keliru dan bercampur baur, itulah yang dapat digambarkan oleh beberapa pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bukannya tidak sayangkan parti keramat tetapi kondisi sekarang seperti diluah mati emak, ditelan mati bapa.<\/p>\n\n\n\n<p>Tekanan parti yang tidak sabar-sabar untuk menumbangkan kerajaan sedangkan kerajaan ini direstui dan dipersembahkan kepada KDYMM Tuanku Yang Dipertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini menjadi lebih sulit apabila Presiden Parti YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal memberikan haluan sebenar parti sekiranya menarik sokongan kepada kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bilangan Ahli Parlimen UMNO-BN tidak boleh membentuk kerajaan melainkan terpaksa bergabung dengan PKR dan DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang difikirkan oleh PARTI?<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam situasi sekarang, rakyat menampakkan bahawa presiden UMNO terdesak berbuat sedemikian kerana nyawa politiknya bagai telur di hujung tanduk dengan memikul banyak kes di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PN telah memegang prinsip bahawa setiap perbicaraan mahkamah tidak boleh di campur oleh kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, Zahid perlu bertindak cepat untuk menyelamatkan dirinya sendiri menggunakan nama parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah hanya saya sahaja yang nampak peristiwa ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Gesaan dan paksaan untuk ahli parlimen UMNO menarik sokongan dan meletak jawatan dalam kerajaan sebenarnya menunjukkan UMNO pentingkan diri sendiri daripada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan sekarang mereka lebih sayangkan parti daripada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Omong-omong yang menyatakan mereka sayangkan rakyat nampak jelas seperti palsu semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika benar mereka sayangkan rakyat, pemimpin UMNO sepatutnya bersama memerangi Covid-19 bukannya bertelagah mencari kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika hendak kuasa pun ia sudah diberikan kepada pemimpin UMNO sehingga dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali pelantikan ini tidak direstui kerana tidak melantik Presiden Parti UMNO sebagai TPM yang sedang bergelut dengan banyak kes mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan beberapa pemimpin UMNO yang meletak jawatan semasa peperangan sebenarnya boleh dikatakan bahawa mereka lebih sayangkan parti daripada rakyat atau lebih sesuai sayangkan nyawa presiden parti daripada nyawa rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pengajian Tinggi yang meletak jawatan dan membiarkan mahasiswa terpinga-pinga dengan sistem pendidikan di fasa Pandemik menjelaskan bahawa YB Dato Seri Dr Noraini lari daripada tanggungjawab dan lari daripada medan peperangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Nyawa Presiden lebih penting daripada nyawa Mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keadaan ini, UMNO sepatutnya mengambil peluang untuk memulihkan imej dan kembali mendapat sokongan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan jalang seperti ini akan merosakkan kepercayaan rakyat kepada UMNO sendiri yang pernah berkudis sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka tidak merawat luka bahkan mencari penyakit yang lain sedangkan luka itu masih merebak hampir ke seluruh badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya sebenarnya bingung dengan tindakan UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Semasa di persandingan, UMNO merestui tetapi selepas majlis selesai UMNO tidak bersetuju dengan perkahwinan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Alasannya besan tidak melayan dengan baik semasa di dalam majlis.<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO hendak dilayan seperti pengantin bukan seperti tetamu\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>Apa ni?<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, jika UMNO memilih untuk menarik sokongan kepada kerajaan, apa pula pilihan UMNO untuk bentuk kerajaan?<\/p>\n\n\n\n<p>UMNO hendak pilih PKR atau DAP.<\/p>\n\n\n\n<p>RAKYAT PILIH YANG MANA?<\/p>\n\n\n\n<p>Wan Mahussin Wan Zain<br>Ketua PEMUDA UMNO PDM Ayer Chanal<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perasaan yang berbelah bahagi, keliru dan bercampur baur, itulah yang dapat digambarkan oleh beberapa pemimpin UMNO yang berada<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8893,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-8892","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8892","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8892"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8892\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8894,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8892\/revisions\/8894"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/8893"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8892"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8892"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8892"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}