{"id":9097,"date":"2021-08-14T21:45:01","date_gmt":"2021-08-14T21:45:01","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9097"},"modified":"2021-08-14T21:45:04","modified_gmt":"2021-08-14T21:45:04","slug":"jika-jatuh-kerajaan-pn-pm-baharu-tidak-boleh-elak-ujian-undi-percaya-di-parlimen-untuk-keabsahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/14\/jika-jatuh-kerajaan-pn-pm-baharu-tidak-boleh-elak-ujian-undi-percaya-di-parlimen-untuk-keabsahan\/","title":{"rendered":"Jika Jatuh Kerajaan PN, PM Baharu Tidak Boleh Elak Ujian Undi Percaya Di Parlimen Untuk Keabsahan"},"content":{"rendered":"\n<p>Bergegar sekarang ini pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah diasak oleh lawan daripada blok pembangkang, dan kawan yang khianat lalu menikam dari belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika serangan daripada blok pembangkang, ianya sudah menjadi lumrah yang pernah dirasai oleh Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi orang Melayu pantang dikhianati oleh kawan. Orang Melayu akan ingat muka-muka \u2018kawan\u2019 yang telah melakukan khianat, sebagaimana mereka tidak lupa siapa Nina Chatu, Utimurtiraja dan pedagang dari China yang memainkan peranan menjatuhkan Empayar Melayu Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Desakan dan ganggu-gugat dilakukan pembangkang serta sekutu mereka, kumpulan Zahid Hamidi yang menikam belakang kerajaan PN kerana tidak membantu membebaskannya daripada puluhan tuduhan jenayah di mahkamah, semakin marak dengan mendapat dukungan parti-parti kecil seperti Pejuang dan Warisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara tuduhan untuk membangkitkan sentimen masyarakat dan menimbulkan kekeliruan rakyat adalah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kerajaan PN telah hilang majoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Maksudnya tidak mendapat sokongan lebih separuh daripada 220 Ahli Parlimen (MP) yang ada sekarang di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tuduhan mereka ini dibuat berdasarkan kepada angka keahlian di dalam parti yang tidak menyokong. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika dilihat dari sudut itu (bukan atas dasar individu) jumlah yang menolak kepimpinan Muhyiddin adalah sebanyak 120 MP.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun perlu diingat bahawa daripada 120 MP itu masing-masing pula tidak menyokong antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar Ibrahim mempunyai sokongan 91 kerusi (DAP = 42; PKR = 35; AMANAH = 11; PSB = 2; Bebas = 1).<\/p>\n\n\n\n<p>Zahid mendapat sokongan 15 MP UMNO.<\/p>\n\n\n\n<p>Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan mendapat 14 kerusi (disokong oleh Pejuang = 4; Warisan = 8; UPKO = 1; dan Bebas = 1).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga-tiga kumpulan ini tidak menyokong antara satu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, sehingga ada yang sanggup bersumpah menyebut nama Allah.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang menyokong Muhyiddin pula sebanyak 100 MP iaitu Bersatu (31); UMNO (23); PAS (18); GPS (18); MCA (2); dan masing-masing satu kerusi oleh MIC, PBRS, PBS, STAR, dan Bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Perlu diingat, Kerajaan PN dan Muhyiddin sebelum ini didesak oleh pembangkang dan kumpulan Zahid supaya menunjukkan bukti jika memperoleh majoriti sokongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mempertikaikan keabsahan Muhyiddin sebagai PM. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka mendesak di Dewan Rakyat supaya bukti memperoleh majoriti itu dikemukakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu Muhyiddin memberi jaminan akan membawa usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 6 September ini, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun pembangkang dan kumpulan penentang masih tidak berpuas hati dan mendesak Muhyiddin meletak jawatan segera atas alasan tiada majoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan, dalam perkembangan mutakhir malam ini tersebar pula laporan mendakwa Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Isnin ini, kononnya untuk memaklumkan perletakan jawatannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Baiklah! Kita andaikan Muhyiddin meletak jawatan dan PM baharu dilantik. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika sebelum ini pembangkang mempertikaikan keabsahan Muhyiddin sebagai PM, maka keabsahan PM baharu itu juga boleh dipertikaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, PM baharu itu mesti berani membawa usul undi percaya terhadapnya di Parlimen bagi membuktikan dia memperoleh sekurang-kurangnya 111 sokongan MP.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara itu mesti dilakukan kerana rakyat juga mahu melihat keabsahan PM baharu itu, sama ada betul atau tidak PM baharu yang akan dilantik itu nanti ada majoriti di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya PM baharu itu juga tidak mempunyai sokongan majoriti, bagaimana kedudukan Belanjawan tahunan nanti? <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak diluluskan di Parlimen, adakah PM baharu itu perlu meletak jawatan?<\/p>\n\n\n\n<p>Perkara sebeginilah yang sepatutnya difikirkan dan dipertimbangkan sebelum membuat desakan menyuruh Muhyiddin meletak jawatan PM.<\/p>\n\n\n\n<p>Lagi pula jika keadaannya sama sahaja, berapa kali dalam setahun kerajaan akan bertukar dan PM baharu hendak dilantik, kerana masing-masing tiada majoriti.<\/p>\n\n\n\n<p>Ingatlah, rakyat akan membuat penentuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menurut Muhyiddin bakal diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hanya tinggal kira-kira 11 bulan sahaja lagi PRU15 akan tiba. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam tempoh masa yang singkat ini, kami dan rakyat marhaein lain tidak akan lupa siapa pengkhianat dan siapa yang membantu dalam kesusahan.<\/p>\n\n\n\n<p><em>Tok Akhi<\/em><br><em>Pemerhati Politik Kampung<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bergegar sekarang ini pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah diasak oleh lawan daripada blok pembangkang, dan kawan yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9098,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9099,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9097\/revisions\/9099"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}