{"id":9106,"date":"2021-08-15T00:07:09","date_gmt":"2021-08-15T00:07:09","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9106"},"modified":"2021-08-15T00:07:11","modified_gmt":"2021-08-15T00:07:11","slug":"mula-nampak-titik-cahaya-di-hujung-terowong-gelap-kata-doktor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/15\/mula-nampak-titik-cahaya-di-hujung-terowong-gelap-kata-doktor\/","title":{"rendered":"Mula Nampak Titik Cahaya Di Hujung Terowong Gelap, Kata Doktor"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8220;Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED (Jabatan Kecemasan). Sekarang dah nampak lantai.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Demikian perkongsian seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami, menerusi laman Facebooknya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan,&#8221; katanya yang percaya perkembangan positif itu disebabkan peningkatan vaksinasi dalam kalangan rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, kes rujukan dari Jabatan Kecemasan kepada Unit Rawatan Rapi) untuk pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang,&#8221; katanya lagi dalam catatan yang setakat ini menerima lebih 1,600 komen dan 9,400 perkongsian pengguna Facebook.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 dalam kalangan warga emas juga didapati menurun sejak awal Julai, manakala jumlah kemasukan pesakit warganegara menurun sejak minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, majoriti pesakit Covid-19 yang datang menerima rawatan di hospital itu sejak minggu lalu adalah dalam kalangan warga asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berkongsi maklumat bahawa pesakit kritikal yang menerima rawatan di ICU dan pesakit meninggal dunia juga semakin berkurangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, walaupun jumlah pesakit kategori ringan masih ramai, mereka cuma memerlukan pemantauan dan rawatan di wad sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Hana yang juga ahli Medical MythBuster Malaysia berkata, masih ada kemasukan pesakit Covid-19 kritikal ke ICU dalam kalangan warganegara, namun terdiri daripada mereka yang tolak vaksinasi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada juga pesakit Covid-19 kritikal dalam kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, empat pesakit di hospital yang telah divaksin memerlukan bantuan pernafasan hanya tiga hingga empat hari berbanding dua hingga tiga minggu bagi pesakit lain yang tidak sempat menerima vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka (yang telah divaksin) pulih dengan X-ray dada yang bersih berbanding dengan majoriti (tidak sempat divaksin) yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal,&#8221; jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, jumlah pesakit Covid-19 di ICU hospital itu masih ramai hasil kemasukan pesakit sejak sebulan lepas, malah jumlah kes kematian sebelum tiba ke hospital juga masih ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Melihatkan kepada situasi itu, beliau mengajak orang ramai untuk terus berusaha dan bertawakal bagi memerangi wabak Covid-19 dengan mengambil vaksin.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid-19 kritikal di ICU hanya tiga orang &#8211; sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup dan kanvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9107,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[49],"class_list":["post-9106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kesihatan","tag-kesihatan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9108,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9106\/revisions\/9108"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9107"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}