{"id":9116,"date":"2021-08-15T10:12:47","date_gmt":"2021-08-15T10:12:47","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9116"},"modified":"2021-08-15T10:12:50","modified_gmt":"2021-08-15T10:12:50","slug":"pm-akan-serah-surat-letak-jawatan-kepada-agong-pada-isnin-kata-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/15\/pm-akan-serah-surat-letak-jawatan-kepada-agong-pada-isnin-kata-menteri\/","title":{"rendered":"PM Akan Serah Surat Letak Jawatan Kepada Agong Pada Isnin, Kata Menteri"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Peletakan jawatan itu mungkin menyebabkan Malaysia berdepan satu lagi pergelutan politik baru jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara selama 17 bulan jatuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan selepas kehilangan majoriti di Parlimen susulan dakwaan pentadbirannya telah menyebabkan pandemik Covid-19 semakin buruk dalam negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut bertindak menjemput pembangkang untuk mengadakan persefahaman rentas parti Jumaat lalu bagi mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen dengan beberapa cadangan pembaharuan terhadap institusi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, jemputan tersebut ditolak parti-parti pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri di-Jabatan Perdana Menteri Mohamad Redzuan Yusof berkata kepada AFP Muhyiddin telah memaklumkan mengenai surat perletakan jawatan itu kepada ahli-ahli Parlimen dari Bersatu ketika mesyuarat di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEsok akan ada mesyuarat khas kabinet sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk mempersembahkan surat peletakan jawatan,\u201d kata Redzuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami cuba pujuk untuk beliau kekal pegang jawatan, namun beliau berkata: \u2018Kita sudah tidak ada angka sokongan ahli-ahli Parlimen.&#8217;\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin turut berkata kini terpulang kepada Agong untuk menerima surat peletakan jawatan beliau atau tidak, kata Redzuan lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat spekulasi sama ada beliau perlu meletakkan jawatan atau tidak, selain kerajaan baru akan dibentuk tanpa pilihan raya ekoran pandemik yang melanda negara ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, tanpa pengganti yang jelas, nampaknya beberapa hari ke depan ini bakal menyaksikan politik Malaysia sekali berdepan siri rundingan parti-parti politik bagi menubuhkan kerajaan yang dapat berfungsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, terpulang kepada institusi raja untuk melantik perdana menteri baru yang mempunyai sokongan di Parlimen.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin mengetuai kerajaan PN pada Mac tahun lalu tanpa pilihan raya selepas gabungan politik Pakatan Harapan diketuai Dr Mahathir Mohamad jatuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Keabsahan kerajaan PN juga sering dipersoalkan dan sering dicabar oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Tekanan terhadap kerajaan PN bertambah selepas beberapa ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin turut berikrar untuk mengadakan usul undi percaya pada September depan dalam kenyataan beliau baru-baru ini selepas mendapat perkenan Agong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bakal menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong pada Isnin, kata menteri di<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9117,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9116","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9116","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9118,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9116\/revisions\/9118"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9117"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}