{"id":9192,"date":"2021-08-17T18:11:19","date_gmt":"2021-08-17T18:11:19","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9192"},"modified":"2021-08-17T18:11:21","modified_gmt":"2021-08-17T18:11:21","slug":"pm-interim-perlu-regu-yang-ada-watak-pendamai-dengan-asas-qawiy-al-amin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/17\/pm-interim-perlu-regu-yang-ada-watak-pendamai-dengan-asas-qawiy-al-amin\/","title":{"rendered":"PM Interim Perlu Regu Yang Ada Watak Pendamai Dengan Asas Qawiy al-Amin"},"content":{"rendered":"\n<p>Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) paling layak menjadi regu sebagai TPM kerana ada ciri Qawiy al-amin dan watak pendamai yang boleh memperkuatkan MN dan PNPN.<\/p>\n\n\n\n<p>Setelah Perdana Menteri (PM) meletak jawatan semalam, tidak lama lagi negara kita akan mendapat PM interim yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (YDPA). <\/p>\n\n\n\n<p>Jika PM interim datang daripada UMNO, regu TPM yang terbaik adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini bukan soal parti, tetapi soal masa depan negara, PN dan MN. <\/p>\n\n\n\n<p>Sementara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU15) tidak lama lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa saya berkata sedemikian? <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, Tuan Ibrahim bebas daripada skandal 3 TA, takhta, harta dan wanita, yang lazim terdapat pada ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Jauh sekali daripada skandal seks seperti yang menimpa beberapa pemimpin lain, sama ada skandal seks sejantina mahupun berlainan jantina.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, TITM mempunyai watak pendamai. <\/p>\n\n\n\n<p>Watak pendamai ini amat penting dalam mendamaikan umat Islam Ketika krisis. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan pemimpin lain tidak ada, tetapi markah lebih menyebelahi TITM.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga, kejayaan TITM menguruskan Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) walaupun kurang daripada 22 bulan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tahun pertama menjadi Menteri, berjaya selesaikan perjanjian penstrukturan air tiga negeri. <\/p>\n\n\n\n<p>Sedangkan PH gagal selesaikan waima satu negeri sepanjang 22 bulan memerintah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan penstrukturan air Pahang telah membolehkan negeri tersebut mengurangkan hutang Persekutuan sebanyak RM2 bilion. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu juga negeri Kedah dan Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesannya, penghapusan hutang Persekutuan sebanyak RM699 juta (Kedah) dan RM185.4 juta (Perlis)<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat, TITM pandai memilih pasukan berkesepakaran untuk membantu menguruskan KASA. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepandaian memilih pasukan kesepakaran tanpa melihat ideologi dan latar belakang ini menjadi KASA terserlah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kadang kala kita lebih memilih pasukan kesepakaran yang hanya pandai membodek dan mengampu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak kepada TITM.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima, TITM mempunyai hubungan akrab dan memahami tatacara berinteraksi dengan institusi diraja. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya banyak kali juga berforum sepentas dengan TITM terutama ketika Forum Perdana Ehwal Islam TV1 berada di kemuncak. <\/p>\n\n\n\n<p>Sejak dahulu TITM mempunyai hubungan yang amat baik dengan YDPA (istana), terutama apabila melibatkan program agama dengan pihak istana. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu TITM disenangi oleh pihak istana.<\/p>\n\n\n\n<p>Keenam, TITM mempunyai watak dan potensi besar dalam menyatukan orang Melayu berhadapan PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan watak dan keperibadian TITM, tidak mustahil TITM boleh menjadi penyatu kepada bukan sahaja Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak tetapi juga bukan Melayu (Islam).<\/p>\n\n\n\n<p>Ketujuh, jarang kedengaran semasa menjadi Menteri, beliau mengambil pendekatan \u2018menyerang\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih kelihatan fokus kepada agenda menguruskan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak lagi watak TITM yang saya kenali secara peribadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Watak &#8216;orang tua&#8217; yang berhemah, kaya dengan senyuman. <\/p>\n\n\n\n<p>Cukup sekadar ini dahulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan mahu membodek. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar luahkan kebenaran meskipun pahit.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang ingin ditonjolkan adalah, semua ini membuktikan bahawa pak lebai boleh menguruskan negara secara profesional dengan baik jika diberikan peluang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sifat takut kepada Allah menjadikan pak lebai lebih berhati-hati dalam menguruskan negara, walaupun saya tidak nafikan ada pak lebai yang bernafsu besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Mungkin ada dalam kalangan kita tidak bersetuju, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. <\/p>\n\n\n\n<p>Apapun PM interim dan regunya perlu ada asas utama iaitu al-Qawiy dan al-amin. <\/p>\n\n\n\n<p>Inilah yang sukar untuk dicari. <\/p>\n\n\n\n<p>Qawiy ialah kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala al-amin ialah amanah atau bertanggungjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemampuan untuk melaksanakan dan al-amanah ialah perasaan takutkan Allah SWT dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya dua ciri ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kebajikan rakyat terpelihara. <\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini, kita ketandusan tokoh untuk memenuhi kedua asas ini, ada memiliki al-qawiy atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi memiliki ciri amanah iaitu soleh dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah tentu kita amat perlukan kedua-duanya terutama ketika pandemik ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Moga Allah memberikan keberkatan dengan adanya pemimpin qawiy al-amin. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak mahu lagi pemimpin yang terlibat dengan salah laku, salah guna kuasa, korupsi dan rasuah yang boleh meruntuhkan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal ini, siapa yang lebih layak untuk dipilih sebagai PM interim dan regunya? <\/p>\n\n\n\n<p>Malah, saya tidak menolak jika TITM turut boleh dicalonkan sebagai PM interim, demi maslahah agama, bangsa dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>DR RIDHUAN TEE ABDULLAH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) paling layak menjadi regu sebagai TPM kerana ada ciri Qawiy al-amin dan watak<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9193,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9192","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9192","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9192"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9192\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9194,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9192\/revisions\/9194"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9193"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9192"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9192"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9192"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}