{"id":9300,"date":"2021-08-22T04:10:53","date_gmt":"2021-08-22T04:10:53","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9300"},"modified":"2021-08-22T04:10:55","modified_gmt":"2021-08-22T04:10:55","slug":"girl-im-gonna-miss-you","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/22\/girl-im-gonna-miss-you\/","title":{"rendered":"Girl, I&#8217;m Gonna Miss You"},"content":{"rendered":"\n<p>Hari ini aku rasa nak tulis berkenaan muzik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tahu, ramai orang yang minat dengan muzik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang bersungguh mengasah bakat untuk jadi penyanyi atau ahli muzik. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang berjaya, dan akan pasti ada yang gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang hanya menikmati muzik walaupun berbakat, ia sekadar suka-suka sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun, ramai juga yang jenis perasan yang dia sedap menyanyi, tetapi itik pun menutup telinga dengan kepaknya bila mendengar dia menyanyi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau anda dari kalangan peminat muzik R&amp;B sekitar tahun 90-an, anda mesti masih ingat satu kumpulan yang sangat terkenal waktu itu Milli Vanilli. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka antara kumpulan duet yang berjaya pada zaman itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka terdiri daripada dua orang berkulit hitam Fab Morvan dan Rob Pilatus, berasal dari Munich, Jerman.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa kegemilangannya itu, mereka berjaya menjual jutaan album lagu-lagu mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagu-lagunya menjadi siulan peminat-peminat mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka dipuja seluruh dunia, menerima jemputan konsert-konsert dari merata tempat yang pastinya akan menjana wang lagi selain jualan album mereka itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak kepada karier mereka ialah, mereka mendapat pengiktirafan Grammy Award pada tahun 1990 dalam kategori Artis Baharu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mencapai kemenangan di Grammy Award, pastinya akan menaikkan lagi harga mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermakna akan semakin banyak wang yang akan masuk.<\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi itulah saat terakhir kejayaan terbesar mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka kemudiannya &#8216;kantoi&#8217; kerana didapati menipu dalam persembahan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan &#8216;lip sync&#8217; mereka dikesan kerana nyanyian iringan terlekat banyak kali pada lirik yang sama, menzahirkan mereka hanya membuat persembahan &#8216;miming&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Pun begitu, selepas insiden itu, mereka masih mendapat pengiktirafan lain. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu lah kalau sudah taasub. <\/p>\n\n\n\n<p>Peminat tegar mereka tetap akan mempertahankan bahawa ia adalah kerosakan teknikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka bukan penipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini semua fitnah (macam pernah dengar ayat ini). <\/p>\n\n\n\n<p>Pada perenggan ini, aku hanya terbayangkan peristiwa itu berlaku pada zaman media sosial ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa agaknya yang akan berlaku kepada peminat mereka?<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas itu, satu persatu dilondehkan pembohongan mereka sebelum ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga lah yang paling teruk, cerita yang datang dari penerbit mereka sendiri yang mendakwa, mereka berdua tidak menyanyikan satu lagupun dalam rakaman mereka di studio.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya trofi Grammy Award, dikembalikan mereka semula. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah lah mendapat malu, pengiktirafan ditarik, mereka pula dikecam sebagai penipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Karier mereka hampir menunjukkan jalan mati. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mereka tidak berputus asa, mereka mencuba untuk kembali mencari semula kedudukan mereka dalam industri muzik.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, album mereka yang mempersembahkan suara mereka sendiri, hanya laku dalam beberapa ribu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan kegagalan mereka dimuktamadkan dengan Fab ditangkap atas kesalahan jenayah dan ditemui mati kerana pengambilan dadah yang berlebihan. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu lah kisah golongan yang menipu. <\/p>\n\n\n\n<p>Kisah mereka dikenang sebagai antara skandal terbesar dalam industri muzik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam semua bidang, kita akan mendapati ramainya sejenis Milli Vanilli ini dalam mengambil kesempatan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lupa yang mereka mungkin boleh memperdayakan beberapa kumpulan orang yang berlainan pada satu atau beberapa waktu yang berbeza. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tidak akan dapat membohongi semua manusia pada setiap masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang membuatkan aku menulis mengenai Milli Vanilli ini ialah aku teringat kepada satu lirik lagunya dalam Girl I&#8217;m Gonna Miss You iaitu\u2026<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;It&#8217;s a tragedy for me to see the dream is over&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Faham?<\/p>\n\n\n\n<p>Begini, dalam politik Malaysia ini, ada juga yang sejenis dengan Milli Vanilli ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada pakatan yang melakukannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Penyanyi di depan pentas lain, penyanyi di belakang pentas ada juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Nampak Melayu yang akan jadi PM, tapi di belakang, kita tahu siapa penyanyi sebenar dia. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya langsung tidak dapat menjadi PM.<\/p>\n\n\n\n<p>Dan lirik itu, sungguh kena dengan situasi terkini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ohhh lupa satu lagi lagu dia yang top ialah<\/p>\n\n\n\n<p>Baby don&#8217;t forget my number.<\/p>\n\n\n\n<p>Mmmmm\u2026.ada juga politik dekat pengakhirannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini aku rasa nak tulis berkenaan muzik. Kita tahu, ramai orang yang minat dengan muzik. Ada yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9301,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9302,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9300\/revisions\/9302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9301"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}