{"id":9322,"date":"2021-08-22T20:40:04","date_gmt":"2021-08-22T20:40:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9322"},"modified":"2021-08-22T20:40:36","modified_gmt":"2021-08-22T20:40:36","slug":"ismail-ucap-terima-kasih-kepada-muhyiddin-tawar-pembangkang-peranan-dalam-pelan-pemulihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/22\/ismail-ucap-terima-kasih-kepada-muhyiddin-tawar-pembangkang-peranan-dalam-pelan-pemulihan\/","title":{"rendered":"Ismail Ucap Terima Kasih Kepada Muhyiddin, Tawar Pembangkang Peranan Dalam Pelan Pemulihan"},"content":{"rendered":"\n<p>Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak untuk mengenepikan perbezaan politik dan menawarkan ruang kerjasama kepada pembangkang untuk membawa keluar negara daripada pandemik di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan sulungnya sebagai perdana menteri, Ismail mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli Parlimen yang mendukung beliau sebagai perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah berusaha sepenuh tenaga dalam menghadapi kemelut yang melanda negara bersama-sama ahli-ahli Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN). Sekali lagi dengan ikhlas, saya berterima kasih,\u201d kata Ismail dalam perutusannya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menggunakan istilah \u201cKeluarga Malaysia\u201d dalam perutusannya kepada seluruh warga Malaysia, Ismail berkata beliau berempati dengan rakyat yang bergelut dengan hidup dalam berdepan pandemik ketika ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya memahami keringat dan nilai sesuap nasi, kerana saya lahir dan membesar dalam keluarga anak petani yang susah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh sebab itu, saya sangat menghayati kepayahan dan keperitan hidup rakyat pada masa negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang berpunca daripada wabak ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata musuh bersama yang dihadapi \u201cKeluarga Malaysia\u201d ketika ini adalah pandemik Covid-19, sambil menambah kelompongan kuasa yang berlaku dan pertukaran kerajaan harus menjadi perkara yang lepas semua pihak perlu bergerak ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarilah kita bergerak ke hadapan. Kita leraikan segala perebutan kuasa politik. Kita bersama-sama berjuang sebagai sebuah keluarga besar yang merangkumi penjawat awam, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri \u2013 dalam memperbaik, merawat dan memulihkan semula tanah air ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ismail kembali ke tampuk pentadbiran dengan sokongan dari blok Perikatan Nasional selain GPS dan beberapa orang ahli Parlimen bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin meletakkan jawatan perdana menteri Isnin lalu susulan langkah lebih sepuluh ahli Parlimen Umno diketuai bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap kerajaan PN, menjadikan majoriti yang dimiliki Muhyiddin rapuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Ismail berkata kemelut politik telah menimbulkan \u201ckeresahan rakyat\u201d, sambil menambah ia boleh diredakan dengan kerjasama rentas parti politik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan jawatankuasa khas menangani Covid-19.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak untuk mengenepikan perbezaan politik dan menawarkan ruang kerjasama kepada pembangkang untuk membawa<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9323,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9322","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9322"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9325,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9322\/revisions\/9325"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9323"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}