{"id":9343,"date":"2021-08-23T09:02:14","date_gmt":"2021-08-23T09:02:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9343"},"modified":"2021-08-23T09:03:54","modified_gmt":"2021-08-23T09:03:54","slug":"umno-jangan-bongkak-dan-sombong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/23\/umno-jangan-bongkak-dan-sombong\/","title":{"rendered":"Umno Jangan Bongkak Dan Sombong"},"content":{"rendered":"\n<p>Kerajaan baharu pimpinan UMNO bila-bila masa boleh tumbang jika salah satu parti komponen Bersatu, PAS, GRS, dan GPS menarik diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika UMNO tidak dapat menerima nama Perikatan Nasional, menerajui kerajaan baharu, apakah nama yang sesuai? <\/p>\n\n\n\n<p>Carilah dan berilah nama baharu itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang penting, lakukan segera reformasi dan tranformasi dengan segera bagi melonjakkan ekonomi dan kebajikan rakyat dalam keadaan pandemik ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, tidak ada parti boleh bersendirian dalam memastikan kerajaan berada dalam keadaan stabil. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, bantulah dan bekerjasamalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bandingkan dengan ultra kiasu, sentiasa bersedia, bila-bila masa untuk menggantikan kerajaan baharu ini sekiranya kerajaan baharu ini tumbang lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Cuba baca komen-komen mereka, apabila pelantikan Perdana Menteri (PM) baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ultra kiasu menyerang kiri, kanan, depan belakang, atas bawah pelantikan PM baharu, amat malang pemimpin sesama parti komponen tidak saling sepakat, bantu-membantu dan kuat-memperkuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Paling menjengkelkan apabila ultra kiasu menyerang keperibadian PM mengenai isu kebolehan berbahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, dalam kalangan orang Islam sendiri turut tumpang semangkuk menyerang. <\/p>\n\n\n\n<p>Wajarkah semua ini dilakukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walhal semua kita tahu, PM sebelum ini, sebelum menjadi ahli politik, adalah seorang peguam dan mengambil MCE bukannya SPM. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu sudah cukup menandakan sama ada PM boleh berbahasa Inggeris atau tidak. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak perlu PM yang fasih berbahasa kerana PM bukanlah guru Bahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling penting faham dan boleh bertutur. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada salah itu perkara biasa, bukan bahasa kita tetapi bahasa asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Apakah kelayakan PM mesti tahu berbahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimana dengan PM Menteri di negara-negara maju yang lain yang saya jarang mendengar mereka berbahasa Inggeris, seperti China, Jepun, Thailand dan lain-lain negara yang teramat sayangkan bahasa kebangsaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa kita terlalu obses berbahasa Inggeris sehingga terlepas pandang bahasa sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat yakin, ultra kiasu yang lantang menyerang itu, bahasa Melayu memang tunggang-langgang. <\/p>\n\n\n\n<p>Bahasa kebangsaan diketepikan bahasa ibunda dan bahasa asing dipandang tinggi, sedangkan kakinya berpijak di bumi bertuah ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Layakkah mereka ini digelar warganegara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa bahasa Inggeris harus menjadi ukuran dalam menilai seseorang. <\/p>\n\n\n\n<p>Adakah kita tidak akan maju jika tidak pandai berbahasa Inggeris. <\/p>\n\n\n\n<p>Begitu ramai pelajar kita belajar di luar negara, cair bahasa Inggeris, termasuk lulusan Oxford, Cambridge dan Harvard, tidak ke mana juga dengan bahasa Inggeris yang hebat itu<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan seseorang itu bergantung kepada sikap atau pada bahasa asing yang dikuasai walaupun tidak nafikan kepentingan bahasa antarabangsa itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mendiang Lim Goh Tong, tidak ada sijil pun, apatah lagi kebolehan berbahasa Inggeris pada mulanya, boleh menjadi kaya-raya<\/p>\n\n\n\n<p>Kecerdasan intelektual (IQ) berbahasa, tanpa disertai dengan kecerdasan emosi (EQ) tidak membawa apa-apa makna. <\/p>\n\n\n\n<p>Mark Zukerberg, pengasas Facebook (FB), gagal di Harvard, tidak bermakna dia gagal. <\/p>\n\n\n\n<p>EQ Zukerberg jauh lebih berharga sebab itu dia berjaya. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara terkaya di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Pandai macam mana pun, petah macam mana berbahasa Inggeris, tidak ke mana, jika sikap dan perangai ke laut. <\/p>\n\n\n\n<p>Menjadi PM bukan sahaja soal IQ tetapi paling penting ialah EQ. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Islam, kita tambah lagi kecerdasan emosi spiritual (ESQ). <\/p>\n\n\n\n<p>Keupayaan untuk berurusan dan menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi kepada Pencipta jauh lebih penting.<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah kadang-kala kita terlepas pandang. <\/p>\n\n\n\n<p>Sama seperti kedudukan hari ini, keupayaan untuk menjaga hati parti-parti komponen. <\/p>\n\n\n\n<p>UMNO tidak boleh berdiri sendirian dalam jajaran politik baharu ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila-bila masa kerajaan yang dibina hari ini boleh tumbang jika salah satu parti komponen menarik diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi, jangan terlalu sombong dan bongkak<\/p>\n\n\n\n<p>Jajaran politik baharu hari ini tidak membenarkan UMNO bertindak sendiri tanpa sokongan parti-parti komponen yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Isu nama \u2018pakatan\u2019 yang mengetuai kerajaan yang dibentuk menjadi hangat apabila PM baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO dilantik. <\/p>\n\n\n\n<p>Segelintir pemimpin UMNO tidak mahu nama Perikatan Nasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi apakah namanya?<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan sulungnya, Ismail mengajak pemimpin politik tanpa mengira latar belakang ideologi supaya mencari persamaan dan tidak lagi menggali perbezaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ismail menggunakan pendekatan \u2018keluarga Malaysia\u2019 kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. <\/p>\n\n\n\n<p>Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. <\/p>\n\n\n\n<p>Konsep \u2018keluarga Malaysia\u2019 diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. <\/p>\n\n\n\n<p>Ismail menawarkan kepada pembangkang untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutlah seruan PM yang baharu ini demi agama, bangsa dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Demi rakyat tercinta yang telah menaikkan Ahli Parlimen menjadi pemimpin negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Buang yang keruh, ambil yang jernih. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya ingin mengulangi saranan saya sebelum ini, pada kali ini mengambil kira akronim ISMAIL iaitu:<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Pertama, I \u2013 Islam. <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Berakhlaklah dengan akhlak Islam, agama yang termaktub sebagai agama Persekutuan dan Rukun Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Kepercayaan kepada Tuhan sebagai rukun pertama. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi bukan Islam, berakhlaklah mengikut agama dan Tuhan masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya dahulukan Islam, kerana Islam agama Persekutuan dan agama majoriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Dapatkan reda Allah, dengan menjalankan suruhan agama yang mahukan kebaikan dan keadilan ditegakkan, dengan menjauhi kemungkaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ada agama yang tidak bersetuju dengan semua nilai-nilai agama (Islam) yang dibawa. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan setiap rakyat menghayati agama masing-masing, untuk menjadi warga yang berguna. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika Islam amat menentang salah guna kuasa dan rasuah, agama lain pun begitu. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya teruja untuk melihat PM boleh menjadi imam dan membaca doa seperti mana PM sebelum ini, Muhyiddin Yasin.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kedua, S \u2013 Setia dan Sabar.<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Rukun Negara kesetiaan kepada Raja dan Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan Kabinet yang dibentuk ini terdiri daripada kalangan mereka yang setia terhadap Raja dan Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah pun bertitah, laksanakan titah baginda. <\/p>\n\n\n\n<p>Baginda mahu semua ahli Dewan Rakyat dapat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat pandemik COVID-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Jalankan titah sebagai tanda kesetiaan. Jangan ada lagi yang derhaka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ketiga, M \u2013 Maafkan dan mantapkan Kabinet baharu.<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Maafkanlah sahabat-sahabat yang selama ini bermusuhan dek kerana lompat parti dan berlainan parti. <\/p>\n\n\n\n<p>Lantiklah dalam kalangan mereka yang berwibawa dan mempunyai watak pendamai. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak perlu lagi lantikan senator untuk menjadi menteri atau timbalan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen sedia ada sudah mencukupi dari segi kepakarannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika gunakan senator, carilah senator-senator yang ada di Dewan Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagi pun kerajaan ini tidak lama sementera menunggu PRU15. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun ramai lagi pakar-pakar di luar sana yang bukan ahli politik, boleh digunakan bagi membantu negara ketika krisis ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Paling pentingkan, pastikan tidak ada lagi watak Sikitol dan Mandeliar.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keempat, A \u2013 Amanah.<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Jawatan ini adalah amanah, ada perkiraan dunia akhirat. <\/p>\n\n\n\n<p>Jagalah amanah ini dengan baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak mahu dengar lagi isu-isu salah laku, salah guna kuasa dan rasuah yang menghantui kita selama ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Benteras habis-habisan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kelima, I \u2013 Istiqamah atau tetap pendirian<\/strong>. <\/p>\n\n\n\n<p>Pastikan Kabinet baharu ini istiqamah dan tidak mudah goyah, tetap dengan pendirian, berprinsip. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidak mudah dibeli sehingga boleh menyebabkan berlakunya lompatan yang boleh meruntuhkan kerajaan sekali lagi.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keenam, L \u2013 Libat urus.<\/strong> <\/p>\n\n\n\n<p>Selalu lakukan libat bersama rakyat bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas mengenai impak pandemik COVID-19 terhadap agama, bangsa dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kata lain, pastikan wakil rakyat turun ke kawasan masing-masing untuk mengelami masalah rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu, maklumat terus diperolehi dihujung jari.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, saya ingin menyeru, wahai Ismail, namamu persis seperti dengan nama nabi, iaitu Nabi Ismail. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika mahu kekal lama, berakhlaklah dan contohi peribadi Nabi Ismail. <\/p>\n\n\n\n<p>Nabi Ismail memiliki beberapa sifat terpuji, bekerja keras, ikhlas, menepati janji, taat kepada perintah Allah, hormat sesama manusia dan dirinya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika semua sifat ini tersemat dalam diri, yakinlah jawatan PM akan menjadi ibadah untuk dibawa ke syurga nanti.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ismaweb<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan baharu pimpinan UMNO bila-bila masa boleh tumbang jika salah satu parti komponen Bersatu, PAS, GRS, dan GPS<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9344,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9343"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9346,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9343\/revisions\/9346"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}