{"id":9357,"date":"2021-08-23T21:31:04","date_gmt":"2021-08-23T21:31:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9357"},"modified":"2021-08-23T21:31:07","modified_gmt":"2021-08-23T21:31:07","slug":"hasil-undi-220-ahli-parlimen-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/23\/hasil-undi-220-ahli-parlimen-malaysia\/","title":{"rendered":"Hasil Undi 220 Ahli Parlimen Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>220 ahli parlimen mengundi minggu lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemenangnya ialah Ismail Sabri Yaakob yang dipilih menjadi perdana menteri ke-9, untuk 30 juta rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah sistem demokrasi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Berjuta-juta undi rakyat Malaysia seluruh negara dipusatkan ke tangan 222 wakil ahli Parlimen selama lima tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Mana-mana ahli Parlimen yang mendapat lebih 112 undi akan dipilih menjadi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesama mereka boleh bergasak untuk menjatuhkan sesama sendiri selama lima tahun lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan satu undi rakyat di 2018, rakyat kini mendapat tiga perdana menteri dengan 18 bulan lagi sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 terpaksa diadakan, melainkan negara berada dalam keadaan darurat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai rakyat Malaysia, kita hanya boleh melihat.<\/p>\n\n\n\n<p>Diharap mereka yang mengharapkan perubahan, berpuas hati dengan perubahan yang berlaku minggu lalu, di mana Muhyiddin Yassin digantikan oleh timbalannya sebagai perdana menteri dalam jurang kurang daripada seminggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan yang sering didakwa mereka gagal sudah dijatuhkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Harap mereka dapat bergembira pula dengan kerajaan yang baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia tetap sebuah kerajaan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Banyak pelajaran yang dapat dipelajari minggu lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, jangan pilih pemimpin yang tidak mempunyai \u201cgame plan\u201d, terutamanya buat dulu, fikir kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini dapat dilihat daripada kekosongan kerusi perdana menteri yang tidak dapat diisi oleh mereka yang sering mendakwa mempunyai \u201csokongan yang kukuh dan menyakinkan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, minggu lepas mengajar kita bahawa toleransi dan muafakat membawa kejayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno dan Bersatu melalui PAS berjaya mengenepikan sengketa seketika demi mengekalkan kerajaan, manakala Pakatan Harapan (PH) enggan menukar strategi dengan terus mengharap kejayaan daripada calon yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga, rakyat disedarkan bahawa mereka sangat tidak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, undi setiap lima tahun itu janganlah dibazirkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kalian tidak mahu mengikuti politik, ia mungkin akan menghantui hidup kalian.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat, kesetiaan membawa berkat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesetiaan Ismail mempertahankan kerajaan akhirnya berhasil.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesetiaan PAS bersama Bersatu, sambil terus mengukuhkan hubungan dengan Umno terbukti menjadi jambatan yang kritikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno, Bersatu dan PAS mencapai kata sepakat untuk mencalonkan Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima, seseorang yang khianat akan terus melakukan khianat.<\/p>\n\n\n\n<p>Seseorang yang khianat, akan khianat amanah duit, akan khianat parti, akan khianat cikgu, dan akhirnya akan khianat diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Cabaran yang bakal diharungi Ismail akan jauh lebih berliku daripada apa yang terpaksa dihadapi oleh Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib mereka hampir sama, mereka perlu meneruskan cabaran berdepan Covid-19, tuntutan rakan-rakan agar kesetiaan kepadanya tidak dicabul, menjernihkan persengketaan antara Umno dan Bersatu dan berdepan dengan kumpulan khianat dengan majoriti nipis di tangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Silap sedikit sahaja, kerajaan yang diterajui Umno ini boleh jatuh tersungkur dan menjadi yang terpendek dalam sejarah Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Selamat bertugas, Pak Long!<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>220 ahli parlimen mengundi minggu lepas. Pemenangnya ialah Ismail Sabri Yaakob yang dipilih menjadi perdana menteri ke-9, untuk<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9358,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9357","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9357","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9357"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9357\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9359,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9357\/revisions\/9359"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9358"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9357"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9357"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9357"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}