{"id":9497,"date":"2021-08-30T02:29:55","date_gmt":"2021-08-30T02:29:55","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9497"},"modified":"2021-08-30T02:29:57","modified_gmt":"2021-08-30T02:29:57","slug":"selamat-bertugas-kabinet-baru-tekun-dan-beristiqamah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/30\/selamat-bertugas-kabinet-baru-tekun-dan-beristiqamah\/","title":{"rendered":"Selamat Bertugas Kabinet Baru: Tekun Dan Beristiqamah"},"content":{"rendered":"\n<p>Tanpa diragukan lagi bahawa kabinet baharu pimpinan YAB Dato&#8217; Sri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang telah dilaksanakan oleh barisan kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan PN gagal dijatuhkan melalui cara tebuk atap oleh Pakatan Harapan (PH) dan gerombolannya yang terus-menerus berpolitiking ketika rakyat berada dalam kecemasan bagi menghadapi pandemik Covid-19 dan kesannya terhadap kehidupan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan dipedulikan tuduhan yang ditujukan terhadap kerajaan PN, kononnya telah gagal mengatasi wabak dan bencana yang menjadi ketentuan Allah SWT kepada seluruh dunia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini demikian kerana, kemampuan kita sekadar berikhtiar untuk mengatasi masalah rakyat yang sudah menunjukkan tanda-tanda positif yang memberangsangkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan PN sama sekali berbeza daripada kerajaan PH yang tidak menunaikan janji yang mampu ditunaikan oleh mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih-lebih lagi, ketika belum berlaku penularan pandemik Covid-19. <\/p>\n\n\n\n<p>Akan tetapi, wabak pandemik yang dihadapi oleh PH ialah wabak politiking berebut jawatan Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Sehinggakan jawatan tersebut terpaksa ditinggalkan oleh pemimpinnya, bukan sahaja oleh ahli biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, kemenangan yang dicapai oleh PH adalah sangat rapuh bersama janji mereka yang tidak boleh ditunaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Janji bohong yang bertujuan menggula-gulakan rakyat semata-mata bagi mencapai kemenangan yang mentah, sehingga ia menyesakkan fikiran para pendukungnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Adapun tuduhan PH bahawa kerajaan PN telah gagal merupakan suatu pembohongan kerana tugas yang dipikul belum lagi selesai dan kerjanya masih dalam perjalanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepatutnya mereka tunggu sehingga masa penamatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Khusus kepada barisan kabinet kerajaan yang akan menyambung tugas, ingatlah satu pepatah Arab pernah menyebutkan:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\u062f\u0639 \u0627\u0644\u0643\u0644\u0627\u0628 \u062a\u0646\u0628\u062d \u0648 \u0627\u0644\u0630\u0626\u0627\u0628 \u062a\u0639\u0648\u064a \u0648\u0627\u0644\u0642\u0627\u0641\u0644\u0629 \u062a\u0633\u064a\u0631.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiarkan anjing dan serigala menyalak, namun perjalanan musafir hendaklah diteruskan.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kabinet baharu kerajaan ini dikatakan sebagai kabinet kitar semula, sebenarnya ia adalah laksana mata rantai yang bersambung daripada gabungan parti yang sama. <\/p>\n\n\n\n<p>Gabungan parti yang gagal dipecahkan dengan ketukan dindingnya yang kuat, dan gagal dicuri ahli Parlimennya oleh mereka yang menebuk atap. <\/p>\n\n\n\n<p>Mata rantai boleh ditukar mengikut keperluan dan atap yang retak boleh diganti, bukan dengan merobohkan bangunannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini disebabkan apa yang berlaku sekarang bukannya membina bangunan yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang tua Melayu juga ada berkata secara khurafatnya: <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau rumah dimasuki biawak atau ular, maka perlu ditawarkan malangnya dengan mengalih tapak rumah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya ada atap yang terjejas kerana diganggu oleh perompak, maka perabotnya perlu diubah kedudukannya supaya lebih selesa dan selamat, sementara menutup atap yang bocor. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertukaran Perdana Menteri boleh berlaku dengan tidak memecahkan kerajaan PN, dan ia sangatlah berbeza dengan PH yang tidak mampu menukar Perdana Menteri tetapi terus retak lalu berpecah. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, kabinet yang baharu dilakukan perubahan boleh meneruskan tugas dengan sebaik-baiknya. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, mendapatkan kerjasama yang bersemangat daripada jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, khususnya mereka yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi pandemik dan kesan sampingannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tawaran kepada pihak pembangkang pada awalnya ditolak kerana kerakusan mereka untuk berkuasa semula, akhirnya dapat diterima juga kerana belum lagi menjadi sesal kemudian tidak berguna lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya tawaran itu diterima, walaupun sebahagiannya sudah ditarik. <\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan tersebut adalah suatu langkah yang sangat bertanggungjawab demi rakyat dahulu diselamatkan, sebelum menunaikan kegelojohan ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>Satu keadaan yang sangat positif kepada kabinet baharu dan jentera kerajaan dalam menjalankan tugas, dengan harapan tiada lagi sebarang gangguan daripada PH yang tidak sabar menunggu Pilihan Raya Umum ke-15. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita mengharapkan segala tumpuan diberikan kepada aspek untuk menyelesaikan masalah asasi yang terdesak dalam keadaan darurat hari ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Peranan mereka yang berada di barisan hadapan juga perlu diberikan perhatian yang lebih serius dari segi pengorbanan harta dan jiwa raga yang dikorbankan demi menyelamatkan nyawa rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha mencegah penularan wabak pandemik melalui agenda vaksinasi yang disebarkan seluas-luasnya, sudah mula menunjukkan tanda awal kejayaan negara kita sehingga ke tahap dunia. <\/p>\n\n\n\n<p>Keadaan ini boleh memberikan suatu nafas yang segar dan memberangsangkan kepada semua pihak yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>Khususnya barisan hadapan yang menghadapi wabak Covid-19 dan mereka yang bertugas untuk menangani kesan pandemik terhadap kehidupan rakyat dan perjalanan ekonomi negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Terutamanya bagi memenuhi segala keperluan asasi rakyat dan perjalanan aktiviti kemajuan yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sambutan rakyat kepada usaha yang dilakukan sangat penting bagi menjana kejayaan dalam segala perancangan yang diatur. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, pihak kerajaan hendaklah mendengar dan menerima pandangan serta kritikan yang membina daripada semua pihak dengan melakukan muhasabah terhadap kelemahan dan kekurangan yang berlaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Barisan kabinet baharu juga perlu bersikap menerima penyertaan semua pihak bagi melibatkan diri dan memainkan peranan. <\/p>\n\n\n\n<p>Termasuklah penglibatan NGO dan pihak pembangkang yang akan lebih membantu kecepatan proses untuk mencapai kejayaannya, insya-Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadikan pembangkang sebagai pembangkang yang menasihat, bukannya menggugat tanggungjawab untuk menyelamatkan rakyat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadikan urusan ini laksana berada dalam satu bahtera yang sama dalam menghadapi gelombang lautan yang mengaganas. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya semuanya selamat, kita semua selamat bersama. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan sebaliknya jika tenggelam, maka semuanya tenggelam bersama juga. <\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini disebabkan mereka yang menjadi mangsa wabak pandemik tidak mengenal, sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, termasuklah kalangan yang membisu di atas pagar.<\/p>\n\n\n\n<p>Hidupkan semangat yang bersumberkan firman Allah SWT:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-right\">\ufd3f&#8230;\u0648\u064e\u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0628\u0650\u0631\u0650\u0651 \u0648\u064e\u0627\u0644\u062a\u064e\u0651\u0642\u0652\u0648\u064e\u0649 \u0648\u064e\u0644\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0639\u064e\u0627\u0648\u064e\u0646\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u062b\u0652\u0645\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0639\u064f\u062f\u0652\u0648\u064e\u0627\u0646\u0650 \u0648\u064e\u0627\u062a\u064e\u0651\u0642\u064f\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0625\u0650\u0646\u064e\u0651 \u0627\u0644\u0644\u064e\u0651\u0647\u064e \u0634\u064e\u062f\u0650\u064a\u062f\u064f \u0627\u0644\u0652\u0639\u0650\u0642\u064e\u0627\u0628\u0650\u0662\ufd3e <\/p>\n\n\n\n<p>\u201c\u2026Dan hendaklah kalian bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kalian bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. Dan bertaqwalah kalian kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).\u201d <\/p>\n\n\n\n<p>(Surah al-Ma\u2019idah: 2)<\/p>\n\n\n\n<p>ABDUL HADI AWANG<\/p>\n\n\n\n<p>Presiden PAS<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanpa diragukan lagi bahawa kabinet baharu pimpinan YAB Dato&#8217; Sri Ismail Sabri Yaakob adalah kesinambungan daripada tugas yang<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9498,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[27],"tags":[43],"class_list":["post-9497","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-minda-tok-guru","tag-minda-tok-guru"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9497","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9497"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9497\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9499,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9497\/revisions\/9499"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9498"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9497"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9497"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9497"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}