{"id":9503,"date":"2021-08-30T04:52:39","date_gmt":"2021-08-30T04:52:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9503"},"modified":"2021-08-30T04:52:41","modified_gmt":"2021-08-30T04:52:41","slug":"umno-nak-marah-siapa-lepas-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/08\/30\/umno-nak-marah-siapa-lepas-ini\/","title":{"rendered":"Umno Nak Marah Siapa Lepas Ini?"},"content":{"rendered":"\n<p>Jika angka jangkitan Covid-19 terus meningkat, Umno nak kata siapa kerajaan gagal selepas ini?<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau kerajaan yang diterajui Muhyiddin Yassin dikatakan gagal oleh Umno kerana angka jangkitan Covid-19 meningkat, apakah pula label yang bakal digunakan terhadap kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob?<\/p>\n\n\n\n<p>Kabinet Ismail adalah 90% mirip pasukan yang dipimpin Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Program kerajaan untuk melaksanakan penvaksinan secara agresif turut sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bantuan kewangan juga diterajui oleh orang yang sama iaitu Tengku Zafrul Aziz.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan Ismail berjaya mengatasi Covid-19, ia juga bermaksud kerajaan Muhyiddin berjaya kerana kedua-duanya menggunakan polisi dan Kabinet yang hampir sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, jika angka jangkitan Covid-19 tetap tidak menurun di bawah Ismail, apakah Umno akan protes terhadap kerajaan yang kini diterajui oleh partinya sendiri?<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri, Umno menjadi juara memberi cadangan untuk menyelesaikan Covid-19 dan ekonomi negara seolah-olah apa yang dikatakan mereka pasti mujarab.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang dilakukan kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara ketika itu dipersepsikan sebagai salah dan tidak berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kini tiba masanya, Umno bangkit membantu Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Sudah pasti Covid-19 dan masalah ekonomi dapat diatasi serta-merta dengan cadangan bernas mereka yang tidak diikuti oleh kerajaan Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Umno sepatutnya protes apabila ada makin banyak sektor ekonomi dibuka ketika angka jangkitan Covid-19 masih tinggi kerana sebelum ini mereka adalah pejuang tegar untuk \u201clockdown\u201d sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindak tanduk Umno selepas ini akan mendapat perhatian khusus rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia akan menjadi sasaran dipersendakan jika ia dilihat tidak konsisten menyerang kerajaan Ismail atas isu-isu yang sama mereka menyerang kerajaan Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang betul-betul berjuang untuk rakyat, atau berdrama demi keuntungan politik peribadi akan terdedah sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Prestasi kerajaan Ismail akan menjadi penentu keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).<\/p>\n\n\n\n<p>Pembangkang hanya mampu lihat mengharapkan kerajaan Ismail yang diterajui Umno ini gagal.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika kerajaan Ismail berjaya mengatasi Covid-19 dan ekonomi, keputusan PRU15 sudah diketahui.<\/p>\n\n\n\n<p>Melainkan Umno, Bersatu dan PAS gagal membahagikan kerusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika angka jangkitan Covid-19 terus meningkat, Umno nak kata siapa kerajaan gagal selepas ini? Kalau kerajaan yang diterajui<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9504,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9503","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9503","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9503"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9503\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9505,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9503\/revisions\/9505"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9504"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9503"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9503"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9503"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}