{"id":9577,"date":"2021-09-02T00:16:06","date_gmt":"2021-09-02T00:16:06","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9577"},"modified":"2021-09-02T00:16:09","modified_gmt":"2021-09-02T00:16:09","slug":"isu-perobohan-surau-al-mikraj-lapangan-terbang-sultan-ismail-petra","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/02\/isu-perobohan-surau-al-mikraj-lapangan-terbang-sultan-ismail-petra\/","title":{"rendered":"Isu Perobohan Surau al-Mikraj, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat prihatin dan berhati-hati dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan kepelbagaian agama serta budaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>MOT memandang serius berhubung isu yang dibangkitkan mengenai perobohan Surau Al-Mikraj di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan yang tular di media sosial baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk makluman, MOT sedang melaksanakan projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan merangkumi kerja-kerja pembesaran bangunan terminal bagi menampung keperluan sehingga empat (4) juta penumpang setahun. <\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keselesaan di lapangan terbang, memenuhi keperluan kecekapan operasi penerbangan serta meningkatkan keselamatan di lapangan terbang.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan projek pembesaran tersebut, Surau Al-Mikraj terpaksa dirobohkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, surau ini akan digantikan dengan pembinaan surau yang baharu dan selesa di empat belas (14) lokasi dalam kawasan terminal. <\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah keluasan keseluruhan surau baharu yang disediakan adalah seluas 560 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 500 jemaah di semua lokasi pada satu-satu masa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perobohan Surau Al-Mikraj telah dilaksanakan berdasarkan persetujuan, tatacara dan ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kelantan (MAIK) terutamanya mengenai kaedah mengurus harta wakaf bahan-bahan yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran dan Seni Khat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian ini juga menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V yang menitahkan agar semua bahan konkrit yang dikeluarkan daripada Surau Al-Mikraj diserahkan kepada Masjid Telipot, Kota Bharu, manakala bahan-bahan yang boleh diguna pakai semula diserahkan kepada MAIK sebelum diagihkan kepada Masjid Kampung Laut, Kota Bharu, Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dalam melaksanakan projek ini dan berharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.<\/p>\n\n\n\n<p>KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-gf26151\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-gf26151 gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/roboh-surau01.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<div id=\"section-gb60407\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-gb60407 gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/roboh-surau02.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat prihatin dan berhati-hati dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan kepelbagaian agama serta budaya<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9580,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9577","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9577","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9577"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9577\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9582,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9577\/revisions\/9582"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9580"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9577"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9577"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9577"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}