{"id":9612,"date":"2021-09-03T13:08:16","date_gmt":"2021-09-03T13:08:16","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9612"},"modified":"2021-09-03T13:08:18","modified_gmt":"2021-09-03T13:08:18","slug":"konsep-keluarga-malaysia-lebih-baik-daripada-malaysian-malaysia-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/03\/konsep-keluarga-malaysia-lebih-baik-daripada-malaysian-malaysia-dap\/","title":{"rendered":"Konsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019 Lebih Baik Daripada \u2018Malaysian Malaysia\u2019 DAP"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PAS tetap tegas menolak konsep \u2018Malaysian Malaysia\u2019 yang diperjuang DAP walaupun secara teorinya ia berasaskan perpaduan, sebaliknya konsep \u2018Keluarga Malaysia\u2019 lebih kepada penyatuan dengan semangat kekeluargaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa sama, PAS juga menolak tindakan pihak tertentu yang mengundang bantuan kuasa asing bagi melakukan perubahan tergesa-gesa dan mendapatkan kuasa pemerintahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu mengambi teladan daripada Rasulullah SAW dengan memulakan langkah menyatukan umat Islam melalui pembentukan Muafakat Nasional (MN).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMN menyatukan PAS bersama UMNO dan Bersatu di Semenanjung. Setelah itu, diikuti dengan gagasan yang lebih besar bersama parti-parti di Sarawak, Sabah dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem atas nama Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSehingga akhirnya berjaya mengambil alih kuasa secara demokrasi berparlimen,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurutnya, PAS menolak teori perpaduan berasaskan konsep \u2018Malaysian Malaysia\u2019 yang menghapuskan rupa bangsa yang diciptakan oleh Allah Pencipta alam, dan juga melupakan peristiwa jus soli yang telah ditelan zaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u2018Malaysian Malaysia,\u2019 iaitu konsep yang memperjuangkan kesamarataan antara kaum secara liberal, yang pernah diperjuangkan oleh parti PAP (People\u2019s Action Party) ketika Singapura berada dalam Malaysia, dan diteruskan oleh DAP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cMarilah kita bersatu pada titik persamaan dengan semangat Keluarga Malaysia. Janganlah bertindak melampau dalam perbezaan sesama kita, tetapi sentiasa berbincang dengan penuh kebijaksanaan mencari kebenaran dalam perkara yang berbeza dan bertelingkah antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita janganlah sekali-kali mengundang kuasa asing untuk membuat perubahan yang gopoh, semata-mata bagi mendapatkan kuasa. Laksana merawat masalah dengan racun yang membunuh,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Mohd Salleh Ismail mendedahkan ada pemimpin politik Malaysia yang menerima bantuan dan sokongan moral individu dan pertubuhan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS) dalam meneruskan karier politik mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa mendedahkan sama ada pemimpin politik terbabit menerima sokongan kewangan, beliau berkata intipan yang dilakukan mendapati pemimpin politik berkenaan turut melakukan pertemuan dengan individu berpengaruh di luar negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS tetap tegas menolak konsep \u2018Malaysian Malaysia\u2019 yang diperjuang DAP walaupun secara teorinya ia berasaskan perpaduan, sebaliknya konsep<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9613,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9612","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9612","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9612"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9612\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9614,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9612\/revisions\/9614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9613"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9612"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9612"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9612"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}