{"id":9624,"date":"2021-09-04T04:33:04","date_gmt":"2021-09-04T04:33:04","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9624"},"modified":"2021-09-04T04:33:06","modified_gmt":"2021-09-04T04:33:06","slug":"zahid-koyak-dulu-dia-tiup-api-benci-pn-sekarang-mengelupur-kena-balik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/04\/zahid-koyak-dulu-dia-tiup-api-benci-pn-sekarang-mengelupur-kena-balik\/","title":{"rendered":"Zahid Koyak, Dulu Dia Tiup Api Benci PN Sekarang Mengelupur Kena Balik"},"content":{"rendered":"\n<p>Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling banyak meniupkan sentimen kebencian, termasuk mengatakan \u2018kerajaan gagal\u2019 adalah Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersama sekutunya \u2013 beberapa pemimpin dalam UMNO \u2013 selain disokong blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), Zahid bertalu-talu menyerang pelbagai program yang diatur dan dirancang Muhyiddin serta Kerajaan PN.<\/p>\n\n\n\n<p>Hinggakan program yang memberi manfaat kepada rakyat seperti langkah mengekang penularan Covid-19 dan pelbagai bantuan kewangan, termasuk Bantuan Khas Covid-19 (BKC) untuk rakyat yang terkesan, turut menjadi sasaran kecaman dia dan sekutunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini tidak cukup, itu tidak cukup, ini tidak betul, itu tidak betul, ini salah, itu salah, kes Covid naik, orang mati ramai, semuanya dimuat naik dalam media sosialnya \u2013 yang betul hanya dia sahaja.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini dilakukan semata-mata untuk mencetuskan sentimen kebencian terhadap Muhyiddin yang tidak mahu mengikut telunjuk \u2018orang tertentu\u2019 untuk membebaskan \u2018individu tertentu\u2019 daripada tuduhan jenayah di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyerang dengan pernyataan negatif mengenai keperibadian dan integriti adalah salah satu strategi yang digunakan untuk menundukkan lawan politik.<\/p>\n\n\n\n<p>Seperti teori domino, susunan gerakan membenci karakter sekali gus akan menumbangkan kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan itulah yang dilakukan sehingga akhirnya Kerajaan PN yang berusaha membantu rakyat, menjadi mangsa mereka yang dengki dan iri hati.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, apabila perkara sama berbalik kepada batang tubuh sendiri, Zahid mengelupur ibarat \u2018bagai ayam berinduk, sirih berjunjung\u2019 meminta simpati Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil tindakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mentang-mentanglah yang menjadi menteri KKMM sekarang orang UMNO. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi orang ini berlainan sedikit daripada Zahid dan sekutunya. <\/p>\n\n\n\n<p>Orang ini kekal berusaha mempertahankan Kerajaan PN dan Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataannya jam 9 malam tadi, Zahid mendakwa sejak kebelakangan ini dia melihat banyak akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata Zahid akaun media sosial itu memuat naik ulasan bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMutakhir ini kita menyaksikan kebanjiran akaun media sosial yang berselindung di sebalik nama samaran dan identiti palsu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemuat naik komen jelek politik bertujuan menyerang peribadi pemimpin tertentu dengan agenda mereka yang mudah untuk kita rumuskan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBertujuan meniup api kebencian dan membina imej buruk kepada individu yang mereka tidak suka atau disasarkan untuk tidak disuka,\u201d kata Zahid dalam Facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Adakah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu baharu melihat bahayanya permainan sedemikian? <\/p>\n\n\n\n<p>Sedang pada masa pentadbiran Kerajaan PN dan Muhyiddin siapa yang memulakannya? <\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang setiap hari meniup api kebencian terhadap Muhyiddin dan Kerajaan PN?<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, Zahid tetap mengatakan gejala akaun palsu media sosial itu berbahaya kepada kestabilan politik dan perpaduan masyarakat dan sudah berlarutan agak lama sejak Pilihan Raya Umum Ke-14.<\/p>\n\n\n\n<p>Baharu sekarang Zahid menyatakan perbuatan ini perlu disekat sehabis baik oleh pihak berwajib kerana Malaysia sedang memasuki dimensi politik baharu, sedangkan dia antara yang memainkan peranan menjatuhkan Muhyiddin dan Kerajaan PN dengan membangkitkan sentimen kebencian.<\/p>\n\n\n\n<p>Ulasan beliau berhubung akaun palsu itu turut mendapat perhatian netizen. Salah satunya menulis:<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDatuk Zahid Hamidi, pedulikan fake akaun tu, tumpukan perhatian kepada ahli2 UMNO yang terang2 membenci Datuk sebagai president parti.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Ramaikah ahli UMNO yang tidak suka Zahid menjadi presiden?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, antara individu yang paling<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9626,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9624\/revisions\/9626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}