{"id":9651,"date":"2021-09-05T12:53:28","date_gmt":"2021-09-05T12:53:28","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9651"},"modified":"2021-09-05T12:53:30","modified_gmt":"2021-09-05T12:53:30","slug":"maaf-cakap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/05\/maaf-cakap\/","title":{"rendered":"Maaf Cakap"},"content":{"rendered":"\n<p>Saya membaca berita berkenaan seorang wanita yang mencuri wang tabung masjid di Perlis. <\/p>\n\n\n\n<p>Bukan sahaja wang sebanyak RM40, malah, dengan tabung-tabung sekali dia larikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Fakta kes yang dinyatakan ialah dia seorang isteri yang sedang menghadapi masalah rumahtangga dan dalam proses perceraian. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia juga positif dadah, selepas dilakukan ujian air kencing, sejurus dia ditangkap.<\/p>\n\n\n\n<p>Info lain ialah, pegawai masjid berkenaan mendakwa wanita itu telah datang dua jam sebelum kejadian bagi meminta bantuan makanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Wanita itu ditawarkan lima barangan, tetapi beliau hanya mengambil satu jenis barangan sahaja, iaitu Milo, menunjukkan dia tiada masalah kewangan yang kritikal. <\/p>\n\n\n\n<p>Ketika jemaah sedang solat isyak, dia datang kembali dan melarikan tabung masjid.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau ditangkap dan didakwa atas kesalahan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengatakan beliau menggunakannya membeli makanan, minyak, kredit telefon dengan wang itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka, bermula lah episod kisah sedih, kutuk mengutuk, hina menghina kepada kedua-dua belah pihak oleh siapa lagi kalau bukan netizen kita yang arif lagi bijaksana. <\/p>\n\n\n\n<p>Terlebih pula kutukan dan hinaan mereka kepada pegawai masjid apabila dia tidak mahu menarik balik laporan polis itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada ahli politik yang telah membayar wang jaminan wanita itu dan beliau bebas sementara menunggu perbicaraan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang meminta pihak masjid menarik semula laporan dan akan menggantikan wang yang diambil sebanyak RM40 itu dengan sepuluh kali ganda.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga bandingan yang fungsi masjid tidak menepati kehendak agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada yang hairan kenapa perbicaraan ini sangat cepat dilakukan berbanding dengan kes rasuah orang-orang besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa payah mahu mendapatkan bantuan dari masjid. <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa pegawai masjid itu kedekut bagaikan wang derma masjid itu seperti wang dia.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya hanya ingin berkongsi sedikit maklumat jika ia sesuai. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, boleh abaikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Wang masjid memang benar, ia hak orang ramai, bukan hak pegawai masjid yang menguruskannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana ia wang orang lah, maka pegawai masjid tidak boleh memberikannya sewenang-wenangnnya kepada sesiapa, walaupun ada budi bicara. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada dosa dan pahala menjaga wang orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau wang itu hak dia, sudah tentu lebih mudah, dia boleh bagikan kepada sesiapa yang dia mahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Lagipun wanita itu adalah penagih dadah. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya tiada niat menghina perbuatannya, tetapi adakah orang bersetuju yang penagih boleh diberikan wang untuk kegiatannya? <\/p>\n\n\n\n<p>Apa jaminan yang dia tidak membeli dadah jika diberikan wang. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika anda rasa setuju, sila lah berikan mereka wang bantuan. Itu duit anda.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes mahkamah orang besar kenapa lambat. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya rasa ramai yang salah faham. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes berprofail tinggi adalah kes yang memerlukan penyiasatan dan pengumpulan bukti yang rapi dan teratur. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua kerja-kerja ini bukan hari ini buat, esok tangkap, lusa dakwa, tulat jatuh hukuman. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang kita tidak tahu ialah semua siasatan itu telah bertahun-tahun dilakukan sebelum ditangkap untuk didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perompak atasan ini juga, bukan mencuri &#8216;straight forward&#8217; seperti wanita itu, masuk masjid, ambil duit, lari, kemudian tak sedar ada CCTV. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka lakukan berlapis-lapis dengan tangan mereka sentiasa bersih, ada orang lain yang menjadi balaci mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Bermain juga dengan kuasa, maka kes mereka akan lambat dibicarakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Itu belum dikira yang kumpulan peguam mereka sentiasa mencari alasan bagi menyelamatkan pelanggan mereka dengan berbagai taktik dan tipu daya. <\/p>\n\n\n\n<p>Melambat-lambatkan kes, tak sakit, kata sakit dan macam-macam lagi. <\/p>\n\n\n\n<p>Apa lagi kalau ada kuasa, makin lah payah untuk didakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia berlaku kepada semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa lama kes pimpinan Umno diambil untuk dibicarakan dan dihukum? <\/p>\n\n\n\n<p>Berapa lama pula bagi kes bos PKR, Anwar yang telah berjalan sebelum diputuskan beliau bersalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Masuk ke Mahkamah Rayuan, Persekutuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau sudah bersalah, masih dia tidak mengaku. <\/p>\n\n\n\n<p>Bila diampunkan, tidak mahu pula dibicarakan kembali.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes pemimpin MCA, Tan Koon Swan, Ling Liong Sik. MIC dengan isu Maika Holdings nya. <\/p>\n\n\n\n<p>Skandal BMF juga sehingga kini orang masih tertanya-tanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kes &#8216;Terowong&#8217; Lim Guan Eng masih belum dibicarakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Semua ini adalah kerana mereka orang besar dan kes ini adalah rumit. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka semua ini dari berbagai latar belakang parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua hal ini mungkin pandangan yang tidak diambil kira dalam membandingkan keadaan kes-kes jenayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, tidak dinafikan akan ada ketidakadilan dalam proses keadilan kerana asas kepada perundangan itu sendiri bukan dari Islam mahukan dan juga pengendali undang-undang ialah manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi jika dineutralisasikan asal mencuri duit masjid, maafkan mereka, asal ada kecurian di masjid, kerana pegawai masjid yang gagal menjalankan amanah membantu, sewajibnya dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Maaf cakap, nanti sedap lah pencuri, asal mencuri duit masjid, menangis, sedih, tularkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tunggu satu dua jam, akan ada lah pendokong &#8216;keadilan&#8217; yang akan &#8216;back up&#8217; dia. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang salah, ialah orang yang halang pencuri. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang sentiasa betul, si pencuri. <\/p>\n\n\n\n<p>Silap-silap dapat banyak lagi duit &#8216;kesian&#8217; netizen yang maki tidak pernah lekang dari hujung jari mereka, sambil mendakwa mereka lah pengikut Rasulullah yang tulen.<\/p>\n\n\n\n<p>Anda boleh bantu wanita itu dengan menghalang kezaliman yang dia lakukan ke atas dirinya sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p>Bantu lah dengan segala kepakaran yang ada. <\/p>\n\n\n\n<p>Atau jika tiada apa-apa mahu dibantu, baik duduk diam sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Itu juga sudah besar bantuannya kerana tidak mengeruhkan suasana. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi bukan dengan mengutuk pegawai masjid yang menjalankan amanahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum saya tamatkan tulisan ini, saya nak maklumkan, hanya satu sahaja orang besar yang didakwa lebih awal dari rakyat biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ialah &#8216;orang besar&#8217; dari PAS. <\/p>\n\n\n\n<p>Belum buat lagi, bukan barang mewah mereka, bukan apa-apa lagi, bukan curi balak, tidak seleweng kuasa, PAS sudah kena tuduh, dibicarakan dan dihukum oleh pembenci agama. <\/p>\n\n\n\n<p>Makian dan cacian, usah cakap lah. <\/p>\n\n\n\n<p>Tapi akhirnya, tiada kes pun. <\/p>\n\n\n\n<p>Betul tak?<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saya membaca berita berkenaan seorang wanita yang mencuri wang tabung masjid di Perlis. Bukan sahaja wang sebanyak RM40,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9651"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9653,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9651\/revisions\/9653"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}