{"id":9756,"date":"2021-09-10T00:48:18","date_gmt":"2021-09-10T00:48:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9756"},"modified":"2021-09-10T00:48:20","modified_gmt":"2021-09-10T00:48:20","slug":"struktur-kuasa-seperti-taliban-abang-besar-duri-dalam-daging-pentadbiran-ismail-kata-pemerhati-politik-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/10\/struktur-kuasa-seperti-taliban-abang-besar-duri-dalam-daging-pentadbiran-ismail-kata-pemerhati-politik-umno\/","title":{"rendered":"Struktur Kuasa Seperti \u2018Taliban\u2019, \u2018Abang Besar\u2019, Duri Dalam Daging Pentadbiran Ismail, Kata Pemerhati Politik Umno"},"content":{"rendered":"\n<p>Pemerhati politik membandingkan Umno dengan kumpulan Taliban di Afghanistan dari aspek struktur dan punca kuasa di mana pemimpin lama terus meningkatkan pengaruh kuasa walaupun parti itu memiliki orang muda yang \u201clebih terbuka\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Atory Hussain berkata dengan keadaaan parti sedemikian, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan kepercayaan rakyat serta mengurus persepsi awam terhadap pentadbirannya apabila partinya masih dikuasai \u201cabang besar\u201d iaitu bekas perdana menteri, Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n\n\n\n<p>Atory berkata, ini kerana harapan kedua-dua pemimpin itu untuk menyelesaikan \u201cmasalah\u201d di mahkamah dengan menjatuhkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin tidak kesampaian.<\/p>\n\n\n\n<p>Maka, Najib dan Zahid akan menggunakan pengaruh mereka dalam Umno untuk memberi tekanan kepada Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka kelihatan tidak puas hati bila Muhyiddin jatuh,\u201d kata Atory, profesor di Universiti Sains Malaysia yang mengkaji politik Melayu sejak beberapa dekad lalu kepada MalaysiaNow.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka ingat bila sudah ganti perdana menteri dengan calon mereka, dapatlah selesaikan kes.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa tidak semudah itu.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Atory juga merujuk kepada perbicaraan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah yang sedang dihadapi Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Najib sudah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.<\/p>\n\n\n\n<p>Najib juga kini sedang merayu berhubung sabitan hukuman terhadapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ismail menduduki puncak pentadbiran dengan sokongan dari Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin bagaimanapun berkata sokongan tersebut adalah bersyarat termasuk tidak boleh memasukkan nama mereka yang berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah untuk menganggotai Kabinet Ismail.<\/p>\n\n\n\n<p>Atory berkata, perkara ini jelas sepertimana ketika Langkah Sheraton yang mana Umno memberi syarat supaya Muhyiddin bawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun syarat yang tersembunyi ialah menyelesaikan masalah mahkamah mereka,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin kehilangan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen selepas kumpulan \u201cUmno 15\u201d diketuai Zahid menarik semula sokongan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Struktur kuasa seperti Taliban?<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ismail yang naik menggantikan Muhyiddin bulan lepas bakal berdepan dilema antara menguruskan persepsi rakyat terhadap pemtadbirannya dan menjaga kedudukan dalam parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Atory berkata, pertemuan Ismail dan Najib di Pejabat Perdana Menteri pada Selasa hanya menambah tekanan kepadanya selain menerima kritikan orang ramai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUmno dibebani masalah Najib dan Zahid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berpendapat Ismail akan berdepan nasib sama seperti Muhyiddin Yassin dan dia juga berdepan masalah daripada dua orang ini.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, meskipun pertemuan tersebut mungkin tidak menyentuh mengenai perbicaraan mahkamah, namun persepsi rakyat sukar dialihkan daripada persoalan nasib Najib daripada hukuman yang dikenakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain Najib dan Zahid, pemimpin Umno lain yang sedang berhadapan pertuduhan di mahkamah termasuklah bekas pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kekuatan Najib dan Zahid terletak di tangan \u201cwarlord\u201d Umno yang majoritinya ketua-ketua bahagian di kawasan luar bandar.<\/p>\n\n\n\n<p>Atory turut menggariskan persamaan antara Umno dan Taliban dari aspek struktur dan punca kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDi Afghanistan, pemimpin-pemimpin Taliban ni orang-orang tua yang tidak tahu dunia luar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi yang muda pergi sampai ke Oxford, Cambridge. Namun golongan muda ini tak dapat tempat dalam politik kerana dikuasai golongan tua-tua bangka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUmno seperti Taliban, ia dikuasai akar umbi yang kurang berpelajaran namun mendominasi kuasa politik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak seperti PKR, katanya Umno mempunyai golongan pemimpin pelapis yang berbakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun Atory menyeru pemimpin muda Umno untuk mendekati golongan luar bandar dan pengundi di kawasan Felda bagi menggantikan kluster mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemimpin seperti Khairy Jamaludin, Hishamuddin Hussein dan Shahril Sufian Hamdan perlu jumpa orang kampung. Jangan duduk di Kuala Lumpur sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemerhati politik membandingkan Umno dengan kumpulan Taliban di Afghanistan dari aspek struktur dan punca kuasa di mana pemimpin<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9757,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[35],"class_list":["post-9756","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-politik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9756","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9756"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9756\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9758,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9756\/revisions\/9758"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9757"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9756"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9756"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9756"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}