{"id":9837,"date":"2021-09-13T01:57:02","date_gmt":"2021-09-13T01:57:02","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9837"},"modified":"2021-09-13T01:57:04","modified_gmt":"2021-09-13T01:57:04","slug":"malaysia-rekodkan-pelaburan-asing-rm7-7-bilion-bulan-lalu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/13\/malaysia-rekodkan-pelaburan-asing-rm7-7-bilion-bulan-lalu\/","title":{"rendered":"Malaysia Rekodkan Pelaburan Asing RM7.7 Bilion Bulan Lalu"},"content":{"rendered":"\n<p>Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini mula menampakkan hasil positif apabila Malaysia merekodkan pelaburan asing bernilai RM7.7 bilion pada bulan lalu<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pelaburan baharu berkenaan dapat mengimbangi aliran keluar modal asing bagi dua bulan sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Ogos juga adalah bulan pertama mencatat pembelian bersih pelabur asing di pasaran ekuiti negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerkembangan positif itu hasil daripada situasi lebih baik sistem kesihatan awam dan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menjangkakan pemulihan lebih kukuh bagi suku keempat 2021,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, biarpun tinjauan ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan cabaran, kemajuan positif vaksinasi dan pengawalan kes Covid-19 dijangka mendorong kepada pertumbuhan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tengku Zafrul berkata, prospek pertumbuhan yang lebih baik itu mengembalikan keyakinan pelabur terhadap pasaran modal Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari segi pasaran bon ringgit pula, aliran masuk pelabur asing pada bulan lalu tertumpu kepada terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM3.1 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProspek bagi suku ketiga 2021 dijangka terus mencabar ekoran Fasa 1 yang berpanjangan bagi beberapa negeri seperti Selangor yang merupakan penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi suku keempat pula, prospek dijangka lebih cerah kerana kadar vaksinasi terus dipertingkatkan membolehkan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 kelak memberikan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dasar kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini mula menampakkan hasil positif apabila Malaysia merekodkan pelaburan asing bernilai RM7.7 bilion<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9838,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-9837","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9837","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9837"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9837\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9839,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9837\/revisions\/9839"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9838"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}