{"id":9840,"date":"2021-09-13T06:36:58","date_gmt":"2021-09-13T06:36:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9840"},"modified":"2021-09-13T06:37:00","modified_gmt":"2021-09-13T06:37:00","slug":"kisah-bantuan-air-di-kuala-nerus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/13\/kisah-bantuan-air-di-kuala-nerus\/","title":{"rendered":"Kisah Bantuan Air Di Kuala Nerus"},"content":{"rendered":"\n<p>&#8220;Jo, mu kabor kata nok paka pikap nok ngator air. Doh mu nok start ator air bila?<\/p>\n\n\n\n<p>Aku try ejas pikap lah buwi ke mu, aku tanya saing-saing aku dulu, kut ada hok nok hulur pitih sket,&#8221; saya bertanyakan Ahmad Faizol Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Pejo, seorang sukarelawan yang sentiasa membantu masyarakat di sekitar Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bereh Sir, ada orang nok beri pinjang Protong Arena sutir, tapi dok cukup lagi ni.<\/p>\n\n\n\n<p>Masaloh kita transport nok ator ke orang sakit, kena kuarantin, orang tua.<\/p>\n\n\n\n<p>Air ada banyok, berlori-lori, aku try tanya Ustaz Hishamuddin dulu lah,&#8221; Pejo membalas pertanyaan saya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain dari kawasan Tepoh, Kuala Nerus, Pejo jugak sering kelihatan membantu apa-apa yang patut di seluruh Terengganu, jika ada berlaku perkara yang melibatkan sukarelawan. <\/p>\n\n\n\n<p>Entah dari mana datang semangat dia, saya pun tak tahu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi semua sukarelawan PAS begitulah perangai mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Sentiasa bersedia melakukan tugasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah saya berjaya mengajak rakan-rakan dari Qatar untuk turut sama menyumbang kepada sukarelawan ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya serahkan wang kutipan itu kepada YB Hishamuddin bagi kegunaan DUN beliau mencari lori. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan saya pula mengikut pergerakan Pejo menghantar air ke lokasi-lokasi selama beberapa hari. <\/p>\n\n\n\n<p>Sekadar mahu menyelami tugasan mereka buat saya menulis.<\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-g24029c\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-g24029c gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/Air02.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Tiada sebarang elaun atau gaji yang dijanji akan dibayar oleh mana-mana pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada rezeki, dapat lah sedikit wang saguhati. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika tidak, insyaAllah dapat pahala. <\/p>\n\n\n\n<p>Malah duit mereka pula yang habis untuk ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka ini gila kerana sanggup meninggalkan kerja mereka, bagi membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka percayakan ada pahala di sisi Allah, walaupun tiada wang diberikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Gila begini lah yang membuatkan PAS lain dari yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Pejo ada membuka perniagaan pengiklanan. <\/p>\n\n\n\n<p>Dia mempunyai sebuah kedai di Batu 6. <\/p>\n\n\n\n<p>Selama krisis air, dia bekerja hanya selama kira-kira empat jam sehari. <\/p>\n\n\n\n<p>Mula pada 9.30 pagi, sehingga zohor. <\/p>\n\n\n\n<p>Sebelumnya tiada masa khusus kerjanya, kerana banyak tempahan. <\/p>\n\n\n\n<p>Isterinya, walaupun membantu, tetapi untuk bahagian rekabentuk, tetap lah Pejo yang mesti uruskan. <\/p>\n\n\n\n<p>Adalah sedikit pendapatan, tetapi amat berkurangan berbanding hari-hari biasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi dia tidak peduli. <\/p>\n\n\n\n<p>Rezeki itu hanya Allah yang menjaminnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pejo pada setiap hari akan bergerak ke pos pengisian air di tepi jalan besar di Kampung Padang Air. <\/p>\n\n\n\n<p>Di situ akan ada satu pasukan petugas yang menguruskan panggilan meminta bantuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Skuad penghantaran air ini khusus bagi membantu rakyat yang keuzuran, sedang kuarantin, tiada orang muda di rumah. <\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun kerajaan dengan kerjasama Syarikat Air Terengganu (SATU) menyediakan tangki-tangki kecil berdekatan tempat tumpuan, tetapi bagi mereka yang uzur ini, perlu juga dibantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Nama pemohon akan disenaraikan dan siapa pemandunya. <\/p>\n\n\n\n<p>Bil atau data telefon sendiri perlu digunakan sendiri oleh Pejo bagi menghubungi semula mereka untuk lokasi tepat. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada elaun &#8216;top up&#8217;. <\/p>\n\n\n\n<p>Sudah menjadi kelaziman di dalam PAS, kita tidak diajar bermewah dan juga perlu mengorbankan sedikit wang sendiri bagi kerja-kerja sukarela. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh kerana itu lah kerja-kerja bantuan PAS amat seronok dilaksanakan kerana tiada apa yang perlu dikejar untuk dunia ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami lebih merasainya sebagai kerja kami.<\/p>\n\n\n\n<p>Pejo pernah menghantar air kepada keluarga yang sebenarnya mempunyai anak-anak lelaki yang sihat dan mereka ada kenderaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Salah guna perkhidmatan sebegini sering terjadi. <\/p>\n\n\n\n<p>Kemudiannya mereka hanya duduk atas kerusi, sambil memerhatikan Pejo melakukan kerjanya, tanpa membantu. <\/p>\n\n\n\n<div id=\"section-gc007b8\" class=\"wp-block-gutentor-e6 section-gc007b8 gutentor-element gutentor-element-image\"><div class=\"gutentor-element-image-box\"><div class=\"gutentor-image-thumb\"><img decoding=\"async\" class=\"normal-image\" src=\"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-content\/uploads\/2021\/09\/Air01.jpg\"\/><\/div><\/div><\/div>\n\n\n\n<p>Terdapat juga yang aras air tangki mereka baru sejengkal turun, sudah pun memanggil bantuan untuk ditambah airnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang melepaskan kemarahan mereka dengan krisis ini kepada petugas. <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan keadaan yang tertekan sebegitu, bisa sahaja mulut akan menjadi ringan, mahu menjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun syarat telah dijelaskan dan diwajibkan oleh YB Hishamuddin untuk menelan semua bebelan rakyat, tanpa jawapan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada gunanya menjawab kerana hanya akan memanjangkan masalah. <\/p>\n\n\n\n<p>Senyum adalah jawapan terbaik bagi semu leteran itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi syukur kerana majoritinya menyatakan terima kasih atas khidmat Pejo ini<\/p>\n\n\n\n<p>Kadang kala, jika kurang orang meminta bantuan, Pejo akan membuat rondaan di beberapa kawasan perumahan dan bertanyakan kepada penduduk jika sekiranya mahukan air. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang lucunya, ada antara mereka menolak kerana fikir Pejo sedang menjual air. <\/p>\n\n\n\n<p>Ya, memang ada beberapa orang menjual air kepada penduduk dengan bayaran tertentu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jadi Pejo menjelaskan ia adalah percuma sambil menunjukkan pelekat di tangki air. <\/p>\n\n\n\n<p>Baharu lah mereka mahu menerimanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak sepi dari fitnah yang melanda, begitu lah keadaannya. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah mengatakan bahawa pemandu-pemandu sukarela ini menerima sehingga RM50 untuk satu penghantaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Ada juga yang memfitnah air adalah bagi kroni sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p>Lebih teruk ketika air minuman dalam botol dibekalkan, ada sebahagiannya kurang, jadi terpaksa menunggu esok untuk bakinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Edaran dibuat juga, tetapi dengan kaedah bahagi dahulu yang ada kepada semua. <\/p>\n\n\n\n<p>Daripada lima botol seorang, dapat lah dahulu dua atau tiga botol seorang dan esoknya akan diberikan bakinya. <\/p>\n\n\n\n<p>Tidal berapa lama, tersebar lah cerita di media sosial yang pembahagian air tidak seperti yang dijanjikan. <\/p>\n\n\n\n<p>Kata lima, dapat dua. <\/p>\n\n\n\n<p>Tanpa bertanya, mereka kemudian membuat komen-komen jijik. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah diberitahu keadaan, mereka diam. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi tiada kemaafan dipohon. <\/p>\n\n\n\n<p>Alhamdulillah pahala lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami telah mendapat maklumat yang air akan dapat dibekalkan lebih awal dari tarikh jangkaan iaitu pada 9 September. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi lebih baik diam daripada menjawab pertanyaan orang berkenaan hal itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Jawapan kami, Exco maklumkan pada 12 September. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau lebih awal, syukur kepada Allah. <\/p>\n\n\n\n<p>Dan benar, alhamdulillah hari bahagia itu tiba tiga hari lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitu lah hal dan kisahnya sepotong kenangan bersama skuad bantuan di Tepoh. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang menyedihkan juga, ada bantuan daripada sebuah syarikat besar, membekalkan kepada SATU secara pinjaman mesin memproses air mentah kepada air bersih. <\/p>\n\n\n\n<p>Tetapi mesin itu ditakluki oleh segolongan manusia dengan meletakkan bendera parti mereka di atasnya. <\/p>\n\n\n\n<p>Kami hanya tersenyum apabila melalui kawasan itu. <\/p>\n\n\n\n<p>Melihat kepada betapa rakusnya jenis manusia sebegini.<\/p>\n\n\n\n<p>Percaya lah, para petugas-petugas tetap sewaktu krisis air ini telah bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik atas nama Islam dan juga kerajaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Tiada apa kepentingan atau kekayaan yang mereka perolehi. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka hanya suka membantu. <\/p>\n\n\n\n<p>Fitnah lah mereka, tetapi kamu akan dibangkitkan nanti sebagai pesalah di Padang Mahsyar hari yang tiada guna lagi perkara dunia dan tiada yang boleh membantu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terima Kasih skuad bantuan air Kuala Nerus dan juga kumpulan luar yang menyokong tugasan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jazakumullahu khairan jazak.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Nasir Abdullah<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-embed is-type-video is-provider-youtube wp-block-embed-youtube wp-embed-aspect-16-9 wp-has-aspect-ratio\"><div class=\"wp-block-embed__wrapper\">\n<iframe loading=\"lazy\" title=\"Kisah Bantuan Air Di Kuala Nerus\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/B0qqfwXYGpk?feature=oembed\" frameborder=\"0\" allow=\"accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture; web-share\" referrerpolicy=\"strict-origin-when-cross-origin\" allowfullscreen><\/iframe>\n<\/div><\/figure>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Jo, mu kabor kata nok paka pikap nok ngator air. Doh mu nok start ator air bila? Aku<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9841,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9840"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9844,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9840\/revisions\/9844"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9841"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}