{"id":9845,"date":"2021-09-13T08:28:36","date_gmt":"2021-09-13T08:28:36","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9845"},"modified":"2021-09-13T08:28:39","modified_gmt":"2021-09-13T08:28:39","slug":"pembangkang-tersepit-dengan-csa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/13\/pembangkang-tersepit-dengan-csa\/","title":{"rendered":"Pembangkang Tersepit Dengan CSA"},"content":{"rendered":"\n<p>Politik negara masih dalam keadaan terumbang-ambing.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh dijatuhkan bila-bila masa meskipun beliau baru dilantik Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n\n\n\n<p>Majoriti sebanyak 114 ahli Parlimen menyukarkan tugas perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau perlu menjaga hati semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau tidak mungkin dapat memuaskan hati semua yang menyokongnya menjadi perdana menteri terutamanya pihak Bersatu dan golongan Umno yang menjatuhkan Muhyiddin Yassin daripada kerusi perdana menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA) antara pembangkang dan kerajaan lebih diperlukan perdana menteri berbanding pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika pembangkang menerima CSA ketika ditawarkan bekas perdana menteri Muhyiddin, Umno kini sudah berpecah dua.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga akan berpecah, dan terpaksa bergantung nyawa pada pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerima CSA yang ditawarkan Ismail hari ini ibarat pisau memotong diri buat pembangkang, namun ia terpaksa dibuat demi mengutamakan kepentingan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana parti-parti di dalam kerajaan diberi masa untuk membuat persiapan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai kerajaan, manakala pembangkang pula dilihat sebagai pendokong polisi kerajaan, nak kritik pun akan kelihatan hipokrit.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila rakyat mendapat manfaat daripada CSA, yang mendapat kredit di PRU15 adalah kerajaan dan bukannya pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Jiwa besar pembangkang yang menerima CSA ini tidak akan dikenang.<\/p>\n\n\n\n<p>Buah mangga jiran berjaya dijolok menggunakan galah jiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya buah itu jatuh ke rumah jiran sebelah.<\/p>\n\n\n\n<p>Begitulah kisah pembangkang hari ini yang berjaya mendesak Muhyiddin sehingga letak jawatan bersama sekumpulan ahli Parlimen Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerima tawaran CSA yang sama daripada Ismail amat berbeza dengan menerima tawaran yang dikemukakan Muhyiddin meskipun isinya sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerima tawaran Muhyiddin mendekatkan pembangkang ke arah kemenangan PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerima atau menolak tawaran Ismail hanya akan menjauhkan pembangkang daripada kemenangan PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerima akan menguatkan parti-parti di dalam kerajaan, manakala menolak CSA akan dilihat mengutamakan politik dan tidak mengutamakan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembangkang perlu belajar politik daripada Umno.<\/p>\n\n\n\n<p>Mereka sudi membiarkan Ismail menjadi perdana menteri, asalkan parti kekal berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembangkang sanggup kehilangan kerajaan asalkan calon perdana menteri tidak ditukar.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika calon perdana menteri sanggup ditukar, kemungkinan besar politik negara bakal bergolak semula.<\/p>\n\n\n\n<p>PRU15 tidak akan bermakna bagi rakyat tanpa akta anti lompat parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Itulah satu-satunya kebaikan CSA ini yang boleh dibanggakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Percayalah akta ini akan menjadi akta paling dibenci di PRU15 apabila tiada siapa boleh dibeli untuk melompat bagi mencari angka ajaib 112 jika parti-parti Melayu dalam kerajaan iaitu Umno, PAS dan Bersatu gagal berunding kerusi sempena PRU15.<\/p>\n\n\n\n<p>Timmy Say<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Politik negara masih dalam keadaan terumbang-ambing. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob boleh dijatuhkan bila-bila masa meskipun beliau baru<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9846,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[73],"tags":[74],"class_list":["post-9845","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kolumnis","tag-kolumnis"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9845","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9845"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9845\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9847,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9845\/revisions\/9847"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9845"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9845"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9845"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}