{"id":9848,"date":"2021-09-13T12:51:34","date_gmt":"2021-09-13T12:51:34","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9848"},"modified":"2021-09-13T12:51:36","modified_gmt":"2021-09-13T12:51:36","slug":"jepun-beri-amaran-serangan-pengganas-di-malaysia-rantau-asia-tenggara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/13\/jepun-beri-amaran-serangan-pengganas-di-malaysia-rantau-asia-tenggara\/","title":{"rendered":"Jepun Beri Amaran Serangan Pengganas Di Malaysia, Rantau Asia Tenggara"},"content":{"rendered":"\n<p>Jepun memberi amaran kepada rakyatnya di beberapa negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, mengenai kemungkinan serangan pengganas, terutama di rumah ibadat.<\/p>\n\n\n\n<p>Amaran itu dikeluarkan dalam laman web kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini, setelah menerima arahan Tokyo yang dikatakan dikeluarkan pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik Bernama, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pegawai kedutaan itu berkata nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo,\u201d katanya tanpa memperincikan lebih lanjut mengenai hal itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Notis amaran kedutaan itu melaporkan ada maklumat bahawa kemungkinan meningkatnya serangan bom bunuh diri di tempat-tempat sesak seperti tempat-tempat ibadat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201dKami meminta semua warga Jepun untuk tetap waspada terhadap serangan pengganas,\u201d kata notis kedutaan itu sambil menggesa warganya mengambil beberapa langkah berwaspana.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini termasuk premis \u2018milik orang Barat\u2019 seperti restoran, hotel, pengangkutan awam, pasar, tempat pelancongan dan kawasan lain yang melibatkan khalayak ramai seperti rumah ibadah.<\/p>\n\n\n\n<p>Lokasi lain yang berisiko seperti kemudahan tentera, polis dan keselamatan, serta kemudahan kerajaan. Notis sama turut dikeluarkan kepada kedutaan Jepun di beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura dan Filipina.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekiranya perlu untuk mengunjungi tempat-tempat ini, kedutaan menasihati warganya untuk memberikan perhatian penuh dan mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat, dalam ciapannya berkata, kedutaan Jepun di Thailand telah memaklumkan mengenai arahan daripada Kementerian Luar Jepun itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKedutaan memaklumkan ia adalah arahan daripada Kementerian Luar Jepun. Ia tidak boleh menghuraikan mengenai maklumat itu dan tidak spesifik di Thailand\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai kedutaan Jepun berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warganya yang tinggal di Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jepun memberi amaran kepada rakyatnya di beberapa negara di rantau Asia Tenggara, termasuk Malaysia, mengenai kemungkinan serangan pengganas,<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9849,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9850,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9848\/revisions\/9850"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9849"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}