{"id":9851,"date":"2021-09-13T12:59:14","date_gmt":"2021-09-13T12:59:14","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9851"},"modified":"2021-09-13T12:59:16","modified_gmt":"2021-09-13T12:59:16","slug":"peniaga-hargai-bantuan-yakin-perniagaan-kembali-pulih-muhyiddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/13\/peniaga-hargai-bantuan-yakin-perniagaan-kembali-pulih-muhyiddin\/","title":{"rendered":"Peniaga Hargai Bantuan, Yakin Perniagaan Kembali Pulih: Muhyiddin"},"content":{"rendered":"\n<p>Rata-rata peniaga menghargai bantuan tunai yang disalurkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN), dan Bantuan Khas Covid-19, yang diteruskan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah\u00a0<strong>#KerajaanPrihatin<\/strong>\u00a0sebelum ini tidak pernah mengabaikan bantuan kepada rakyat sebaliknya peruntukan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terus disalurkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan sebelum ini telah membelanjakan lebih RM25 bilion sebagai bantuan tunai kepada rakyat yang dapat memanfaatkan lebih 10.6 juta orang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada separuh kedua 2021, sebanyak RM10 billion bantuan tunai telah diperuntukkan melalui PEMULIH.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSememangnya sebagai sebuah <strong>#KerajaanPrihatin<\/strong>, kita tidak pernah putus-putus cuba membantu rakyat meringankan beban yang ditanggung ketika pandemik ini,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini setelah melawat pusat perniagaan di AEON AU2 Setiawangsa di Taman Keramat, Kuala Lumpur, petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, ketika menerajui Kerajaan PN, beliau melancarkan pelbagai program bantuan kepada rakyat dan mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November tahun lalu, Kerajaan PN menyediakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak 322.5 bilion ringgit, khusus untuk menangani krisis yang dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pada kunjungan untuk melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) beliau mendengar sendiri rintihan peniaga di lapangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejak Jumaat lalu, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki Fasa Dua PPN dan rakyat di negeri tersebut kini dapat menikmati lebih banyak kelonggaran terutamanya bagi akitiviti ekonomi dan sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam kunjungan saya ke kompleks beli-belah ini, para peniaga berkongsi situasi \u201con the ground\u201d setelah mula beroperasi semula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti kunjungan-kunjungan saya sebelum ini, saya ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSememangnya, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika kita tidak mendengar sendiri suara rakyat. Ada yang mengadu kepada saya tentang cabaran perniagaan yang dihadapi sepanjang tempoh \u201clockdown\u201d termasuk kerugian yang ditanggung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun Alhamdulllah, rata-rata peniaga menghargai bantuan-bantuan tunai yang telah disalurkan Kerajaan sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Khas Covid baru baru ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Muhyiddin juga kagum melihat kecekalan peniaga yang tabah meneruskan usaha mereka mencari rezeki yang halal, dan mereka menzahirkan rasa optimistik bahawa perniagaan mereka akan beransur pulih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya juga berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung termasuk anak-anak kecil yang sudah mula menikmati cuti sekolah mereka. Sememangnya pengurusan wabak Covid-19 ini memerlukan bukan sahaja penglibatan secara menyeluruh oleh Kerajaan (Whole of Government) malah masyarakat (Whole of Society) juga amat penting.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTindakan Kerajaan untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Khas ataupun Greater Klang Valley Special Taskforce telah berjaya mengawal penularan Covid-19 dan memperkukuhkan kesiapsiagaan sistem kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOperasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi mempercepatkan proses vaksinasi juga telah membuahkan hasil sehingga nilai-nilai ambang bagi peralihan ke Fasa Dua dapat dicapai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Muhyiddin berkata mesyuarat MPN pada Isnin depan akan memberi fokus kepada pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai Pengerusi MPN, saya akan memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan dipergiatkan lagi bagi memastikan semua yang layak akan menerima suntikan vaksin. Insya-Allah, dengan kerjasama orang ramai, kita dapat menangani pandemik Covid-19 ini sebagai satu Keluarga Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rata-rata peniaga menghargai bantuan tunai yang disalurkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9852,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[26],"tags":[4],"class_list":["post-9851","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-ekonomi","tag-ekonomi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9851","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9851"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9851\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9853,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9851\/revisions\/9853"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9852"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9851"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9851"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9851"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}