{"id":9960,"date":"2021-09-25T02:51:18","date_gmt":"2021-09-25T02:51:18","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9960"},"modified":"2021-09-25T02:51:20","modified_gmt":"2021-09-25T02:51:20","slug":"mengapa-serang-azam-baki-dan-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/25\/mengapa-serang-azam-baki-dan-sprm\/","title":{"rendered":"Mengapa Serang Azam Baki Dan SPRM?"},"content":{"rendered":"\n<p>Ekoran kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua pesuruhjayanya Azam Baki tiba-tiba dilatam kanan kiri, dan didesak agar \u2018direhatkan\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini aneh. Ini pelik. Ini ada udang di sebalik kluster.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang berkokok dan menyalakkan SPRM ketika ini adalah Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Mohamed Shafie BP Mammal, dan Ketua Pasukan Rasuah Buster, Hussamuddin Yaacub. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya akan huraikan kenapa mereka ini nanar.<\/p>\n\n\n\n<p>Semacam ada pakatan untuk menubi Azam Baki. <\/p>\n\n\n\n<p>Misalnya, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mencadangkan supaya ketua pesuruhjaya SPRM direhatkan sementara waktu dari tugas-tugasnya supaya siasatan penuh dapat dilakukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Yang anehnya ialah, yang ditahan reman adalah tiga pegawai kanan SPRM (atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan), tetapi yang disasarkan adalah Azam Baki. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang disuruh bertanggungjawab tiba-tiba Azam Baki. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara yang menandatangani desakan supaya beliau direhatkan adalah Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Wilfred Madius Tangau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hipokrasi ditemukan di sini. <\/p>\n\n\n\n<p>Tatkala Mohd Azhar Che Mat Dali yang juga setiausaha politik presiden Amanah, ditahan disiasat ekoran tuduhan rasuah, kita tidak menemukan seruan agar Mohd Sabu berehat. Kenapa? <\/p>\n\n\n\n<p>Kerana tiada kena-mengena?<\/p>\n\n\n\n<p>Atau tatkala bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa atas empat tuduhan rasuah dibicarakan, adakah ada seruan agar beliau direhatkan dari Pakatan Harapan, dan politik? <\/p>\n\n\n\n<p>Kenapa berdalih di sini?<\/p>\n\n\n\n<p>Tatkala ada pemimpin tertentu didakwa rasuah maka dengan lekas dituduh SPRM menjadi alat. Bukan main ya. <\/p>\n\n\n\n<p>Dakwaan begini hanya menguntungkan kalian dari segi persepsi yakni untuk berlepas diri dari kesalahan dan tuduhan, tetapi tidak membetulkan masyarakat ini yang ditimpa petaka korupsi.<\/p>\n\n\n\n<p>Azam Baki dan SPRM sebetulnya bekerja dalam kapasiti kecil yang mereka punya. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain penjawat awam yang melakukan perbuatan khianat, penyelewengan kuasa dan rasuah; SPRM juga menekuni kes demi kes para ahli politik baik dalam kerajaan mahupun pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan kita lupakan SPRM bertindak cemerlang dalam kes Mohd Najib Razak, Ahmad Zahid Hamidi, dan sekian ramai lagi yang dilabel sebagai kluster mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada kontroversi pengguguran pendakwaan tertentu, masyarakat harus bertanya kepada pejabat peguam negara, bukannya, saya ulang; bukannya SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana kuasa pendakwaan tiada pada SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Manakala terdapat isu teknikal dari segi undang-undang yang kadang melolos dan meloboskan tertuduh tertentu, ia juga bukan gara-gara keberpihakan SPRM.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Gotong-royong lutu Azam<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Adakah ada agenda tertentu mendesak Azam Baki direhatkan, seolah-olah para politikus sedang bekerjasama dan bergotong-royong untuk melutu Azam Baki dan SPRM agar dapat bernafas? <\/p>\n\n\n\n<p>Apakah ada pakatan dengan kluster tertentu?<\/p>\n\n\n\n<p>Sesungguhnya SPRM adalah badan penguatkuasa yang paling cekatan dalam kerja-kerja mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang kurang dimesrai oleh masyarakat, yang kadang kala mengakibatkan masyarakat cepat menyalahkan SPRM kononnya badan ini berpihak.<\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat kita tidak terasuh dengan jenayah rasuah dan ramai yang kurang faham terdapat dua jenis kesalahan yang ditangani SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, kesalahan prosedur. <\/p>\n\n\n\n<p>Di mana ia tidak dapat dihukum mengikut bentuk hukuman jenayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini banyak berlaku di pejabat dan dalam kalangan penjawat awam. <\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya, terdapat kesalahan yang terang-terangan jenayah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan ini boleh dihukum.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun untuk tiba ke tahap dihukum itu tidaklah mudah kerana ia harus melalui bermacam-macam proses perundangan dulu. <\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat yang tidak tahu cepat meloncat dan menuduh SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Padahal mereka sendiri yang jahil selok-belok perundangan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>SPRM sewajarnya diberdaya dan diperkasakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Permintaan-permintaan ahli akademik, pakar undang-undang dan aktivis supaya SPRM diberikan kekuatan sebenarnya amat digeruni dan ditakuti oleh semua parti politik baik dalam kerajaan mahupun pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini kerana yang paling banyak bergelumang dengan kuasa dan wang, salahguna dan rasuah adalah puak ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Puak politik, baik dalam kerajaan mahupun pembangkang. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalian dua kali limalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyokong parti politik jangan taksub. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin politik kalian bukan maksum, waima parti lebai atau parti reformasi apatah lagi parti nasionalis boleh sahaja terjerumus ke dalam kancah rasuah dan penyelewengan. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka jangan cepat sangat menuduh SPRM.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli politik kita wajar dipantau oleh masyarakat sivil dan blok ketiga yang telus. <\/p>\n\n\n\n<p>Supaya kita dapat menghentikan amalan rasuah baik dalam kalangan parti kerajaan atau pembangkang, baik dalam bentuk scheme of things atau perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA); rasuah adalah rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ada imbuhan dan serahan tertentu maka itu ada nilai rasuah. <\/p>\n\n\n\n<p>Kita tidak boleh taksub dan berpihak jika kita sayangkan negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Untuk menguatkan SPRM supaya tidak lagi dituduh berpihak, ada beberapa kaedah;<\/p>\n\n\n\n<p>Pertama, saranan agar SPRM diletakkan bawah parlimen agar badan ini tidak lagi boleh senang-senang untuk dipengaruhinya operasinya<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, SPRM mesti punya suruhanjaya perkhidmatan sendiri, supaya ia mandiri dan tidak boleh dicampuri, khusus oleh pemimpin dari parti-parti dalam kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Peruntukan SPRM<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ketiga, peruntukan SPRM tidak seharusnya bergantung kepada Jabatan Perdana Menteri. <\/p>\n\n\n\n<p>Apatah lagi gaji stafnya dibayar oleh Kementerian Kewangan dan ditentukan Akauntan Negara. <\/p>\n\n\n\n<p>SPRM harus seperti bidang kehakiman, yang mana ia punya sumber dana tersendiri yang terpisah.<\/p>\n\n\n\n<p>Operasi SPRM tidak patut terjejas kerana kesuntukan duit (atau disengajakan kerana bajet mereka dipotong), atau pertambahan jawatan SPRM menjadi rumit kerana dibimbangi mereka menyelidik ahli politik. <\/p>\n\n\n\n<p>SPRM harus dimerdekakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keempat, yang agak penting. <\/p>\n\n\n\n<p>Yang mana masyarakat kurang faham dan maklum adalah kuasa pendakwaan mesti diberi kepada SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini misalnya diamalkan di Indonesia oleh Komisi Pemberantasan Korupsi Republik Indonesia atau KPK yang mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan ini masyarakat tidak akan lagi marah-marah mengapa ada pemimpin tertentu yang mudah-mudah 40 lebih kesnya dilepaskan, atau mengapa si polan tidak didakwa hanya dengan membayar sejumlah wang, atau kenapa si anu diseret anak beranak ke mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>Hari ini SPRM tidak bebas kerana kuasa pendakwaan tiada pada mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Jangan salahkan SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Masyarakat harus bertanya kepada kerajaan dan pejabat Peguam Negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelima, SPRM hanya adalah sekitar dua tiga ribu anggota saat ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Mana mungkin mereka boleh membanteras rasuah secara berkesan? <\/p>\n\n\n\n<p>Maka penambahan staf SPRM sehingga 10,000 orang anggota, atau lebih mesti dilakukan segera. <\/p>\n\n\n\n<p>Jumlah kakitangan dan pegawai SPRM amatlah kecil sehingga menimbulkan tanda tanya apakah benar kita dan ahli politik kerajaan dan pembangkang benar-benar serius untuk mencegah dan membenam rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>Keenam, SPRM dianggotai oleh manusia. <\/p>\n\n\n\n<p>Maka ada manusia yang bernafsu, hatta lebai dan ustaz atau pendakwah terkenal pun punya nafsu; apatah lagi manusia di SPRM. <\/p>\n\n\n\n<p>Jika ada tiga empat orang gila yang tidak berdisiplin mengapa Azam Baki yang diasak?<\/p>\n\n\n\n<p>Terdapat pemimpin pembangkang ada kes rasuah (ada yang sedang berjalan), terdapat pula pemimpin kerajaan yang ada kes rasuah (ada yang digugurkan kerana SPRM kuasanya terhad), maka SPRM tersepit. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka harus dilepaskan dari tersepit dan diberi kekuatan untuk melakukan yang betul demi negara ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Kalau tersepit kita tolongkan dan berikan dorongan. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini untuk kepentingan nusa bangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan kita, ahli masyarakat, konon rasuah busters, ikut sama menempelak dan menyerbu SPRM sama seperti ahli politik ikut menyalak dan menjadi anjing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ekoran kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketua<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9961,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9960","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9960","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9960"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9960\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9962,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9960\/revisions\/9962"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9961"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9960"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9960"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9960"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}