{"id":9993,"date":"2021-09-27T13:27:58","date_gmt":"2021-09-27T13:27:58","guid":{"rendered":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/?p=9993"},"modified":"2021-09-27T13:28:00","modified_gmt":"2021-09-27T13:28:00","slug":"boleh-merayau-seluruh-malaysia-nanti-tapi-ingat-sop","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/2021\/09\/27\/boleh-merayau-seluruh-malaysia-nanti-tapi-ingat-sop\/","title":{"rendered":"Boleh Merayau Seluruh Malaysia Nanti Tapi Ingat SOP"},"content":{"rendered":"\n<p>Orang ramai boleh merentas negeri tidak lama lagi selepas Majlis Pemulihan Negara (MPN) menimbang untuk memperhalusi pembukaan semula sempadan yang bakal diputuskan pada Oktober ini, kata mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi MPN tersebut berkata apabila kebenaran diberikan nanti, orang ramai boleh merayau bagaimanapun perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19 yang sudah menjejaskan kehidupan seharian hampir dua tahun kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau (melihat apa) yang dimaklumkan tadi, kemungkinan pada Oktober, sama ada awal atau selewat-lewatnya pertengahan Oktober.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi saudara boleh pergi \u2018merayau\u2019 seluruh Malaysia, tapi ingat (untuk patuh) SOP,\u201d katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Muhyiddin, isu pembukaan sempadan sudah dikemukakan kepada Menteri terlibat yang turut bersama dalam Mesyuarat MPN dipengerusikan beliau dan ia sedang dalam dipertimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSoal isu pembukaan sempadan, saya bangkitkan tadi dan ada respons.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa sedang diperhalusi oleh menteri-menteri terlibat (dan) akan dibincang minggu ini juga untuk menentukan apakah kewajaran agar semapan dibuka, untuk membolehkan orang kita ke luar negara,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, keputusan berkenaan perkara itu akan membawa kesan besar kepada pemulihan negara, antaranya dengan kemasukan pelancong, pekerja dan pelabur luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengulang semula kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berhubung kebenaran perjalanan rentas negeri selepas kadar vaksinasi melepasi 90 peratus.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan mesyuarat hari ini setuju untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan berperanan melaksanakan keputusan yang dibuat oleh MPN.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis itu akan dipengerusikan Menteri Besar atau Ketua Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Dengan penubuhan majlis itu, katanya lagi, Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah sedia ada akan menjadi \u201cmekanisme pelaksanaan dan pemantauan inisiatif pemulihan negara di peringkat daerah\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri dan mekanisme yang berkaitan akan dikemukakan kepada PM dan Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara perkara lain yang dibincangkan adalah persediaan pembukaan semula sekolah dan institusi pengajian tinggi, katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu hari ini, Muhyiddin pertama kali mempengerusikan Mesyuarat MPN selepas dilantik menduduki jawatan itu, tidak lama selepas meletakkan jawatan sebagai PM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai boleh merentas negeri tidak lama lagi selepas Majlis Pemulihan Negara (MPN) menimbang untuk memperhalusi pembukaan semula<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":9994,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[40],"tags":[41],"class_list":["post-9993","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-isu-semasa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9993","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9993"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9993\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9995,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9993\/revisions\/9995"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9994"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9993"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9993"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mediaislam.net\/berita\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9993"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}