SOALAN:
Saya mohon ustaz terangkan cara sujud yang sempurna bagaimana cara turunnya dan kedudukkan tangan masa sujud dan jarak antara dua kaki dan lutut dan lain-lain lagi.
Terima kasih.
JAWAPAN:
Berkata Syeikh Ahmad Ibnu Naqib:
وأكمله: أن يكبر، ويضع ركبتيه، ثم يديه، ثم جبهته وأنفه دفعة، ويضع يديه حذو منكبيه منشورة الأصابع نحو القِبْلة، مضمومة مكشوفة، ويفرق ركبتيه وقدميه قدر شبر، ويرفع الرجل بطنه عن فخذيه وذراعيه عن جنبيه.
Artinya: “Dan sujud yang paling sempurna itu bahawa bertakbir ia dan menghantarkan dua lututnya kemudian dua tangannya kemudian dahinya serta hidungnya serentak dan meletakkan dua tangannya berbetulan dua bahunya dalam keadaan diarahkan jari-jarinya arah kiblat dan sederhana renggangnya dan menceraikan dua lututnya dan dua tapak kakinya kadar sejengkal dan mengangkat yang lelaki akan perutnya dari pahanya dan dua lengannya dari rusuknya.”
(Kitab Umdatus Salik Wa ‘Uddatun Nasik)
Huraiannya: Cara yang afdhal melakukan sujud ialah:
Bertakbir ketika hendak turun kepada sujud.
Meletakkan dua lututnya terlebih dahulu ke lantai kemudian barulah dua tangannya dan kemudian dahi dan hidungnya serentak.
Kedua tapak tangannya diletakkan berbetulan dengan dua bahunya.
Segala jari-jarinya dihanjurkan ke arah kiblat dan direngangkan sedikit antara jari-jarinya.
Dan direnggangkan antara dua lututnya dan dua tapak kakinya sekadar sejengkal.
Dan direnganngkan antara perutnya dan pahanya bagi lelaki dan sikunya dijauhkan sedikit dari rusuknya.
Wallahua’lam
Ustaz azhar idrus