Jawapannya adalah tidak salah, kerana;
Di dalam Bible sendiri mengakui bahawa terdapat penyelewengan yang telah berlaku kepada Bible, disebut di dalam buku Jeremiah:
“Berani betul kamu berkata bahawa kamu bijaksana dan mengetahui hukum-Ku! Lihatlah, hukum-Ku sudah diubah oleh guru-guru agama yang tidak jujur.” (Jeremiah 8: 8)
Majalah ‘Awake!’ dari Kristian Jehovah Witnesses terbitan 8 September 1957 ada mengeluarkan perbincangan bahawa terdapat 50,000 kesalahan di dalam Bible.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh orang Kristian sendiri mengatakan Bible memiliki kesalahan.
Terdapat pengurangan dan penambahan ayat di dalam versi Bible yang sama tetapi terbitan tahun yang berbeza sebagai contoh Revised Standard Version 1952 mengurangkan 12 ayat pada buku Markus bab 6 hanya terhenti pada ayat ke lapan.
Manakala Revised Standard Version pada tahun 1971, mereka telah memasukkan kembali 12 ayat tersebut dan hasilnya pada bab 6 Bible versi itu ia terhenti pada ayat 20.
Demikian itu berlaku pengurangan dan penambahan ayat diantara dua tahun berbeza cetakan ini yang membuktikan bahawa adanya bentuk kepesongan terhadap Bible.
Ilmuan Kristian sendiri mengakui wujudnya kelemahan Bible antaranya Dr. Lobegott Friedrich Constantin Von Tischendorf dipetika kenyataan dalam buku ‘Secrets of Mount Sinai’:
“[the New Testament had] in many passages undergone such serious modification of meaning as to leave us in painful uncertainty as to what the Apostles had actually written”[1]
Dr. Frederic Kenyon pula mengatakan:
“Besides the larger discrepancies, such as these, there is scarcely a verse in which there is not some variation of phrase in some copies (of the ancient manuscripts from which the Bible has been collected).
No one can say that these additions or omissions or alterations are matters of mere indifference”[2]
Sebagai muslim kami ada hak untuk mengatakan apa yang kami imani seperti disebut oleh Allah di dalam al Quran tentang kitab agama terdahulu telah diselewengkan.
Malah menjadi tuntutan untuk kami menyampaikan firman Allah ini untuk membimbing sahabat Kristian untuk mengetahui perkara ini.
Firman Allah di dalam al Quran yang bermaksud:
“Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah daripada Allah”, dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah Al-Baqarah 2; Ayat 79)
Jika ada pihak yang mendesak agar ditarik balik kenyataan “Bible terpesong”, maka disarankan untuk mereka turut mendesak individu dikalangan mereka sendiri yang terlibat pada point no 2-5.
Kerana ia adalah fakta yang tidak boleh dinafikan malah diakui oleh ilmuan Kristian sendiri.
Nota kaki:
[1] Lihat James Bentley, (1985). Secrets of Mount Sinai, hlm 117
[2] Lihat Dr. Frederic Kenyon, (1895). Our Bible and the Ancient Manuscripts, Herper Brothers, hlm 3
Ahmad Iqram Mohamad Noor
Penyelidik Senior MRM
