Wan Ariff/Haikal Raih Juara Sulung Di Terbuka Austria 2021

Wan Ariff/Haikal Raih Juara Sulung Di Terbuka Austria 2021

Kem badminton remaja negara menerima khabar gembira apabila barisan gandingan muda berjaya mendominasi acara beregu lelaki dan beregu campuran dan sekaligus muncul juara pada pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Austria sebentar tadi.

Paling mencuri tumpuan ialah kelibat gandingan Pantai Timur, Wan Ariff dan Haikal Nazri yang berjaya mengenepikan cabaran pasangan lebih berpengalaman yang juga pilihan kelima kejohanan, Lucas Corvee/Ronan Labar dari Perancis 21-17, 21-15 dalam masa 39 minit.

Ini merupakan kejuaraan sulung yang berjaya diraih Wan Ariff/Haikal di pentas antarabangsa pada tahun 2021.

Dalam saingan final beregu campuran pula, pasangan Choong Hon Jian/Toh Ee Wei terus mempamerkan prestasi konsisten di sepanjang kejohanan selepas mengejutkan pilihan pertama kejohanan, William Villeger/Sharone Bauer 16-21, 21-9, 21-19 dalam masa 46 minit.

Tahniah semua.

Anda kebanggaan negara!

Kredit Foto: Badminton Association of Malaysia – BAM

Sukan