Ada Sesuatu Tak Kena Pada Pemikiran Kita

Ada Sesuatu Tak Kena Pada Pemikiran Kita

Pemikiran kita ada masalah.

Kita mahu sesuatu itu terjadi mengikut pandangan dan apa yang kita rasa.

Walaupun sudah ada penjelasan kita akan tetap mempersoalkan agar ianya tetap mengikut pandangan dan apa kita rasa.

Dan begitulah kita dalam apa jua isu.

Contoh isu story ibu Neelofa.

Walaupun sudah ada penjelasan dan pengakuan dari tuan badan.

Kita tetap juga timbulkan persoalan dan membawa kepada tuduhan kambing hitamkan staff.

Kerana kita benci sangat kat anak dia.

Kita angkut satu family masuk bakul sama.

Kalau Neelofa aku benci dengan keturunan dia pun aku benci.

Itulah gaya fikir kita.

Maka, mencari jalan untuk memberi makan kepada kebencian kita tadi.

Agar tetap membenci Neelofa dan keluarganya.

Pelbagai teori dan konspirasi terbina.

Pelbagai cerita luar negara dan tokoh-tokoh lama diputar kembali.

Semata-mata untuk mengaitkan antara satu puzzle dengan puzzle yang lain.

Bagi aku cukuplah berhenti di pengakuan yang telah dibuat tersebut dan biarlah siasatan pihak autoriti.

Jika betul apa yang dinyatakan dan jelaskan, bagaimana kita yang menuduh kambing hitam ini?

Jika dia tipu, itu dia dengan Tuhan.

Jika kita menuduh ini bagaimana?

Fikirkan diri kita.

Jangan susah jika dia tipu ke apa, nanti dia akan menerima akibatnya juga.

Kita macam mana?

Begitu juga dalam isu lain.

Kita tak puas dengan penjelasan tuan badan.

Kita mahu mereka ikuti skrip kita, kita mahu mereka nampak jahat, nampak tiada integriti sebab kebencian lama kita pada satu-satu pihak.

Tuan badan kata, ‘tak saya tak buat’, kita tetap juga kata, ‘penipu, mu buat. Aku tahu mu buat’.

Macam kita pula si tuan badan.

Maka kita akan dengar ayat-ayat, ana ada orang dalam, ana tahu ada sumber yang dipercayai.

Aku kenallah dia tu macam mana.

Jika jumpa ayat ini, anggaplah itu berita palsu dahulu sehingga dibuktikan.

Jika tidak jiwa kita akan terus didera untuk membencikan orang.

Hati-hati kawan. Begitulah..

Ahmad Fahmi Mokhtar.

Isu Semasa