Siapa Pengantinnya?

Siapa Pengantinnya?

Pihak anti-Muhyiddin meroyan atas sebab Muhyiddin cadang nak adakan sesi Parlimen pada bulan September atau Oktober.

Saya memang tak suka cara Muhyiddin buat kerja macam ni, tapi saya juga faham kenapa Muhyiddin boleh buat kerja macam ni.

Saya dah jelaskan bahawa pihak sebelah boleh saja jatuhkan Muhyiddin, tapi ada lawyer menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci.

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik perdana menteri baharu ketika darurat sekiranya calon itu mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen, kata seorang peguam.

Beliau berkata, kes di Perak pada 2009 menunjukkan ketua kerajaan boleh diganti berdasarkan akuan berkanun (SD) dan bukti ekstrinsik yang dibentuk dengan betul untuk dikemukakan kepada Agong. (1)

Faham kan? Siapa yang dapat kepercayaan majoriti.

Pada ketika Muhyiddin naik sebagai PM, Muhyiddin mampu mendapat sokongan dari Umno dan PAS dan berjaya mendapat lebih dari 112 MP untuk menyokong beliau.

Tak kisah sama ada Muhyiddin ada sokongan 112 MP sekarang sebab apa yang penting ialah TIADA MP LAIN YANG MAMPU DAPAT SOKONGAN 112 MP.

Kalau pihak lawan tu mampu, sudah lama Muhyiddin dijatuhkan sebagai PM.

Sebab itulah kita sentiasa ada khabar angin bahawa ianya tidak mustahil untuk Umno dan DAP berkawan.

Nak berkawan, tapi takut berkawan juga.

Kalau takut pengundi semua tak suka, maka Muhyiddin la yang akan terus jadi PM sehingga la sesi Parlimen boleh bermula.

Apabila sesi Parlimen bermula, kerajaan perlu undi majoriti untuk melaksanakan tugas.

Sekiranya tidak ada undi majoriti, maknanya usul yang dicadangkan kerajaan tidak boleh dijalankan dan ini akan melumpuhkan kerajaan berfungsi dan boleh juga dikatakan sebagai undi tidak percaya ke atas Muhyiddin.

Masalahnya, tak percaya Muhyiddin tu tak bermakna ada calon lain yang mampu mendapat sokongan 112 MP juga.

Pihak lawan semua asyik meroyan sebenarnya bukan kerana Muhyiddin kuat tetapi kerana mereka semua lemah.

Setiap satu pun tak mampu menggantikan Muhyiddin, jadi mereka buat bising.

Oi. Kamu semua yang kata Muhyiddin tipu Umno untuk mendapat sokongan Umno, faham tak kamu sebenarnya menyatakan bahawa Umno berjaya ditipu?

Jangan cakap pasal scam vaksin Pulau Pinang dan ketawa saja.

Siapa suruh Umno percaya sangat cakap Muhyiddin tu?

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Agong boleh lantik PM baharu ketika darurat, kata peguam – https://www.freemalaysiatoday.com/…/agong-boleh-lantik…/

Isu Semasa