Kegagalan Tamadun Barat

Kegagalan Tamadun Barat

Dunia hari ini kembali semula kepada konsep jahiliah yang dikuasai oleh tamadun Barat melalui penjajahan moden.

Walaupun pada awalnya, tamadun mereka sangat dibanggakan sehingga dipuja dan dipuji.

Tiba-tiba hari ini mereka mengalami kegagalan, sehingga dunia seluruhnya berada dalam ancaman kecelaruan politik, ekonomi, sehinggalah alam sekitar yang mengakibatkan fenomena cuaca yang membimbangkan.

Walaupun terdapat undang-undang yang tegas, namun gejala negatif terus berleluasa.

Puncanya ialah tidak memenuhi fitrah kemanusiaan, jasad, akal, roh, individu dan bermasyarakat.

Ahli-ahli falsafah dan pemimpin Barat gagal membawa teori dan pelaksanaannya yang sempurna seperti al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW untuk membendung masalah dan kerosakan yang berlaku.

Abraham Lincoln yang tegas mengharamkan perhambaan menjadi mangsa korban dibunuh.

Akan tetapi, realitinya sekarang Barat masih gagal dalam kehidupan masyarakatnya.

Amalan perbezaan warna kulit masih menghantui negara paling besar dan maju seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah.

Berbeza dengan Islam pada abad keemasannya sewaktu diamalkan ajaran agama sepenuhnya, sehingga berjaya menghapuskan amalan hamba abdi dalam masyarakat secara umum, kerana berkaitan dengan hak hamba mengikut perhitungan dosa dan pahala.

Bukan sahaja dari segi undang-undang, bahkan Islam juga berjaya menggerakkan hati kemanusiaan yang bertaqwa, sehingga amalan perhambaan dan perbezaan warna kulit berjaya dihapuskan dalam masyarakat Islam.

Ramai daripada kalangan hamba yang menganut Islam dan menjadi pemimpin negara pada zaman mutakhir sebelum kejatuhannya.

Sehingga berjaya melahirkan ulama’ tabiin dan ulama’ besar serta ilmuwan dalam bidang sains dalam kalangan mereka.

Isu Semasa