Undian anda kepada PH, adalah undi yang sia-sia.
Ketika nyawa rakyat sewajibnya dipertahankan, mereka mempertaruhkan.
Sekadar mahu memberikan gambaran kegagalan dengan aksi mereka, tetapi akan hadir bersama kesan berantai.
Jika kerana mahukan jawatan PM, mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk merisikokan rakyat yang sentiasa mereka jadikan alasan perjuangan mereka, maka apa lagi yang tinggal?
Kamu rakyat, akan hanya menjadi binatang ternak mereka, yang akan disembelih, dijual bila-bila masa, mengisi tembolok mereka.
Dengar sendiri, lihat sendiri, gagal yang mereka laungkan, adalah mereka.
Gagal menunjukkan mereka mempunyai sokongan.
Gagal untuk menunjukkan mereka menghormati raja ketika Parlimen bersidang dan menggunakan peluang membantu negara dan rakyat.
Gagal melindungi rakyat, dengan aksi mereka dan aksi anak buah mereka yang boleh meyebabkan kebarangkalian tinggi jangkitan.
Apa yang kamu harapkan wahai rakyat?
Kebahagian bersama mereka?
Kebebasan dengan mereka?
Kenikmatan dunia?
Atau kerahmatan dan keredhaan Allah di akhirat?
Semuanya tiada pada mereka.
Hanya jika kamu melihat dari kacamata agama, ia akan menjelaskan penipuan mereka.
Kamu hanya berjuang untuk kerakusan seorang manusia, yang tidak pernah bosan menimbulkan polemik.
Hatta nyawa kamu juga dijudikan, apa lagi yang tinggal dalam kewarasan minda kamu?
Tun sendiri menjelaskan peribadi sosok itu dalam ucapannya semalam di Parlimen.
Langsung tidak tahu malu ditempelak di hadapan orang ramai.
Kamu masih menyokongnya?
Candu apa yang kamu makan?
Mohd Nasir Abdullah
