Sejak semalam saya dituduh sebagai hipokrit menyokong jajaran baharu Muhyiddin Yassin tetapi menolak jajaran baharu Ahmad Zahid.
Ada dua perkara besar berbeza antara cadangan Muhyiddin Yassin semalam dengan jajaran baharu yang saya kritik sejak enam bulan lepas dan tindakan 15 orang ahli Parlimen UMNO menarik diri dari menyokong Muhyiddin.
Muhyiddin menawarkan CSA sebagai kerajaan minoriti atau majoriti tipis bagi menstabilkan kerajaan.
Tawaran ini bukan sahaja akan mengekalkan kedudukan beliau, tetapi juga kedudukan semua Menteri, Timbalan Menteri dan jawatankuasa setiap peringkat yang diduduki oleh UMNO dan PAS.
Tidak ada wakil DAP dalam kabinet.
Tidak ada wakil DAP dalam pengurusaan tertinggi GLC dan lain-lain. Jadi
Tawaran Muhyiddin tersebut juga bukan membentuk kerjasama dalam kerajaan dengan DAP dan pembangkang lain.
(Sila baca mengenai CSA dengan lebih mendalam – https://mediaislam.net/berita/2021/08/14/memahami-konsep-confidence-supply-agreement/).
INI BERBEZA DENGAN Idea jajaran baharu pihak satu lagi.
Satu surat menyatakan sokongan dan taat setia kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah dibuat oleh Presiden UMNO pada Oktober 2020.
Sokongan kepada Anwar menjadi perdana menteri bermakna sokongan kepada Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan.
Siapa dalam pakatan harapan?
Fikir sendirilah takkan semua hendak kena suap.
Benar surat tersebut telah lama.
Namun baru-baru ini saya tahu ada perbualan telefon lagi membincangkan mengenai taktikal move lagi.
Kemudian ada lagi pujuk rayu tandatangan SD sokong Anwar.
Baru-baru ini Ahmad Maslan memberitahu Presiden bersumpah tidak akan sokongan Anwar.
Mungkin benar mungkin tidak. Mungkin juga Ahmad Zahid tidak akan sokong sebagai permulaan tetapi Ahmad Maslan dan lain-lain akan sokong.
Adalah jelas langkah menjatuhkan kerajaan ini tactical move untuk Anwar Ibrahim yang mempunyai 92 kerusi.
Dengan jatuhnya kerajaan, sekaligus ia memberi peluang kepada Anwar untuk mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen yang sebelum ini keluar PKR menyokong Muhyiddin.
Dan tidak mustahil juga ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.
Jadi sebab itu saya tidak akan menyokong gerakan menjatuhkan Muhyiddin ini kerana yang membawa gerakan ini mempunyai kecenderungan ke arah Anwar Ibrahim.
Ab Jalil Backer