Berdasarkan mood dan senario semasa, PN berpeluang untuk menang PRN Melaka.
Soalnya ialah kemenangan dijangkakan dengan perbezaan jumlah kerusi yang tipis.
PH dipercayai akan terus mengekalkan kemenangan di DUN-DUN dominan non-muslim manakala BN pula berpeluang mengekalkan beberapa kubu kuat mereka.
Menarik untuk diperkatakan bahawa ramai pengundi BN akan mengalih sokongan kepada PN.
Hal ini dikatakan sebagai cubaan massa untuk melihat kerajaan baru di Melaka.
Rakyat juga teruja dengan “Abah’ yang banyak berjasa semasa menjadi PM.
Perwatakan ‘Abah’ yang bersih dan bersifat kebapaan telah berstigma di jiwa ‘anak-anak’ walaupun ‘Abah’ hanya dalam tempoh yang singkat di puncak kuasa.
Berdasarkan rekod, PAS tidak pernah memberi cabaran besar kepada BN di Melaka.
Sebab itulah UMNO memilih bergerak secara solo.
Tak pasal-pasal dua hari lepas, keluar kenyataan Timbalan Presiden UMNO yang menyuarakan kesediaan untuk bersama PN selepas PRN?
Adakah beliau baru sedar dari lamunan atau mula dapat melihat riak-riak aliran sokongan rakyat Melaka kebelakangan ini?
Apakah ‘war room’-nya telah dikejutkan oleh penemuan baru?
Kali ini PAS tidak mustahil menang di beberapa kerusi yang diletakkan calonnya.
Rakyat Melaka telah melihat bagaimana menteri-menteri PAS berperanan di bawah kerajaan PN dulu.
Tembok prejudis terhadap kemampuan lobai-lobai telah pecah berkecai.
Di samping itu, aura ‘Abah’ yang berganding dengan ulama tersohor Tuan Guru Haji Abdul Hadi menguatkan lagi sokongan mereka untuk melihat kerajaan baru.
Maka hendak tak hendak mana-mana parti termasuk PAS yang bebas rasuah perlu disokong dan akan diundi secara pakej di bawah simbol Perikatan Nasional.
Ramai menjangkakan PN hanya akan menang dengan majoriti 2 atau 3 kerusi.
Ini tidak mencukupi untuk menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan teguh.
Kalau seorang dua sahaja yang buat masalah, kerajaan boleh tumbang mudah-mudah.
Justeru, para pengundi muslim khususnya dan semua rakyat Melaka umumnya perlu berani untuk beralih sokongan kepada PN secara total.
Tinggalkan sekejap sentimen terhadap parti lama demi sebuah kehidupan yang lebih sejahtera di bawah payung ‘Abah’ dengan gandingan ulama yang mencetuskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.
Kalian tidak akan kecewa sepertimana PH pernah mengecewakan dengan janji-janji yang dipersendakan.
Kalian tidak akan kecewa dengan golongan yang menumbangkan kerajaan sendiri hanya kerana berebut pasir-pasir di sungai.
Lihatlah Kelantan yang kini berjaya melaksanakan syariah.
Lihatlah Terengganu yang hari ini sudah berjaya melaksanakan 85% daripada manifestonya.
Dan lihatlah Kedah yang baru setahun setengah diambil alih menjadi negeri tertinggi mendapat pelaburan luar dengn nilai RM43 bilion.
Akhirnya, ada orang bertanya saya apakah yang ditawarkan oleh PN?
Jawab saya; semua orang boleh menawarkan bulan dan bintang.
Persoalannya ialah bukan berbulanbintang dengan janji.
Yang penting ialah rekod lepas orang berjanji.
Yang pastinya, PN tidak menjanjikan untuk malam ini menang, esok harga minyak turun.
Yang pastinya, PN tidak akan berjanji untuk menumbangkan kerajaan sendiri demi pasir dan khazanah negeri.
Mudah-mudahan penjelasan ini menjadi petunjuk bagai orang yang berakal.
BayangDiAir,