PRN Melaka: Mas Ernieyati Bakal Tumbangkan Rauf Yusof?

PRN Melaka: Mas Ernieyati Bakal Tumbangkan Rauf Yusof?

“PN buat kejutan calonkan wanita ketuai kerajaan negeri jika menang PRN Melaka”

Demikian laporan portal berita Astro Awani [1].

Keputusan itu dibuat berikutan ahli Parlimen Masjid Tanah itu dikatakan seorang wanita berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman [2].

Wanita sebagai Ketua Menteri adalah sesuatu yang baru di negara ini.

Tetapi rekod dunia menunjukkan sekarang ini adalah trend wanita memegang jawatan tertinggi dalam negeri atau negara.

Menurut data terkini, wanita memegang peranan sebagai Ketua Negara atau Kerajaan di 22 negara, meningkat daripada 20 negara pada tahun lalu.

Sehingga 1 Januari 2021, 5.9 peratus Ketua Negara yang dipilih (9 daripada 152) dan 6.7 peratus Ketua Kerajaan (13 daripada 193) adalah wanita [3].

Eropah ialah rantau yang mempunyai negara paling banyak diketuai oleh wanita, dengan lima daripada sembilan Ketua Negara wanita di dunia dan tujuh daripada 13 Ketua Kerajaan wanita di dunia.

Negara-negara Nordik Denmark, Finland, Iceland dan Norway semuanya diketuai oleh wanita [3].

Perlantikan wanita sebagai Ketua Menteri Melaka mungkin mampu “mengubat kebosanan” pengundi yang barangkali sudah muak dengan perebutan jawatan Ketua Menteri serta skandal projek yang dikaitkan dengan pemimpin kerajaan.

Tak keterlaluan jika dikatakan pengumuman ini bakal menarik minat pengundi wanita di Melaka untuk turun beramai-ramai memberi sokongan.

Wanita adalah kelompok pengundi yang besar serta mempunyai pengaruh tersendiri dalam masyarakat.

Bacaan graf Google Search Trends menunjukkan unjuran kenaikan mendadak bagi Mas Ermieyati manakala sebaliknya bagi Rauf Yusoh seperti di dalam carta berikut [4].

Apakah Mas Ermieyati bakal tumbangkan Rauf Yusoh?

Dr PalaTao

1] Berita rangkuman, Mas Ermieyati calon Ketua Menteri

https://www.astroawani.com/video-malaysia/sinar-harian-mas-ermieyati-calon-ketua-menteri-1935469

[2] Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN

https://www.utusan.com.my/berita/2021/11/mas-ermieyati-calon-ketua-menteri-pn/

[3] Women in politics

https://www.ipu.org/news/women-in-politics-2021

[4] Mas Ermieyati vs Rauf Yusof

https://trends.google.com.my/trends/explore?geo=MY&q=Mas%20Ermieyati,Rauf%20Yusoh

Kolumnis