Bila mahkamah bersidang dan mendapati seseorang pimpinan itu bersalah, maka penyokongnya pun marah dan tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Bila pimpinan musuhnya didapati bersalah, maka mereka akan bersetuju pula dengan mahkamah.
Kecuali PAS.
Eleh, ngada-ngada betul PAS ni.
Dulu masa Memali bukan orang kau yang mengamuk marah?
Waktu Amanat Haji Hadi, bukan ke kau yang pertahankan?
Masa sokong Reformasi, yang beria-ia lawan keputusan mahkamah, bukan orang kau?
Sembang gajah terbang betullah.
Ya betul kami orang PAS mengamuk untuk Memali kerana kes Memali tidak pernah dibicarakan.
Sehinggalah Allah tunjukkan kepada semua, menteri yang terlibat dahulu, menyatakan kekesalannya kini dan berbalah sesama mereka, tuding menuding.
Kami tentang pertuduhan Amanat Haji Hadi, sebab Presiden kami tidak pernah dipanggil atas pertuduhan itu bagi membela diri.
Dan sewaktu kes liwat yang terkenal itu, memang kami lawan keputusannya, sebab pertuduhan khazaf, kami mahu ia dibuat mengikut perundangan Islam.
Dan bukan kami sahaja yang mahukan begitu, malah banyak pihak yang memahami Islam waktu itu, mahukan hal yang sama, termasuk dari pihak musuh kepada yang bersalah.
Berpecah mereka.
Dan lebih jauh daripada itu, setelah 70 tahun PAS masih di hadapan, mendahului gerakan politik lain dalam isu intergriti dan kepercayaan.
Dan PAS tidak akan menjatuhkan hukuman sebelum ia diputuskan mahkamah, walaupun tertuduh itu seperti Lim Guan Eng, musuh PAS.
Prinsip PAS, tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Sayangnya musuh PAS tidak suka mengamalkannya bila terkena kepada PAS.
PAS, 70 tahun menongkah arus politik dengan bergaya, penuh hemah, beramanah, berintergriti.
Puas direka fitnah bagi mencalarkan imej PAS, namun kerana mengamalkan Islamlah, maka PAS, Allah selamatkan.
Bukan kerana kehebatan manusia di dalam PAS.
Tiada pelajaran terbaik kepada ummah, melainkan akhlak Islam yang diamalkan.
Walau berkeras dizahirkan kebencian, tetapi jauh di sudut hati musuh, PAS dihormati lawan dan kawan.
Selamat ulangtahun ke 70, PAS ❤
Mohd Nasir Abdullah

