Dah Namanya Rejeki

Dah Namanya Rejeki

Eleh, dulu, dia nikah dengan orang Ostolia, takpe pulak?

Dah takde pompuan Malaysia ke?

Boleh kan, kita tanya gitu?

Tapi kita tak dengki pun, sebab yang itu kita panggil rejeki, jodoh, ajal, maut ketentuan Allah.

Kau niaga untung ke, kau dapat kerja bagus ke, kau lambat nikah ke, kau kena turun dari Timbalan Menteri ke.

Sama jer semua tu, rejeki Allah.

Jenis yang macam ni, kalaulah semua calon tu dapat kerja dalam Terengganu pun, dia kata pulak, eleh keje kilang jer?

Dalam manifesto PAS Terengganu tak sebutpun 20K peluang pekerjaan itu DALAM TERENGGANU sahaja atau semua calon akan dapat jadi pegawai eksekutif semua.

Kerajaan buat kerjasama dengan banyak pihak untuk buka peluang pekerjaan.

Kalau Sabasun ke Mydin ke bagi kerja, kita akan kira dalam 20K tu.

Dan kalau kena hantar ke Sabasun cawangan KL pun kita kira.

Kiraan kita, kita dapat bagi kerja kepada rakyat Terengganu samada dengan kerajaan, atau swasta, eksekutif atau kulikutif, asal rakyat di Terengganu dapat kerja, walaupun kena kerja kat luar.

Sebab kerja luar Terengganu ke dalam ke, semua duit gaji dia laku untuk dibelanjakan.

Yang utama nak bagi keluarga makan.

Jadi dia nak apa sebenarnya?

Nak jadi Pengurus TFC ke?

OK bagi kat dia lah jadi Pengurus TFC.

Haaa dia ni memang ada merit, layak untuk dipertimbangkan.

Dia memang pandai main bola, serius, aku tak tipu.

Dulu selalu petang-petang dia main kat Padang Awam Batu Buruk, kat Taman Alamanda.

Taman tu dulu padang bola.

Dia juga pernah jadi orang kuat kelab bola, nama Perkasa Alam.

Masa tu Mubin Mokhtar main dengan team dia.

Kau orang jer yang lalai, dia dah lama rancang.

Tapi sebab tak mampu, ada sedikit masalah, jadi Perkasa Alam tak boleh masuk Liga FAM, disqualified.

Tapi kira merit lah juga tu.

Mesti “die-hard Pan” suka kalau dia jadi pengurus TFC.

Jadi nanti kalau dia dapat jadi pengurus TFC, kita kiralah juga dia dalam statistik 20k yang dapat pekerjaan tu sebab lepas tak jadi Timbalan Menteri, dia kita kira menganggurkan?

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis