Dulu, kata orang tua-tua, kalau nampak anak-anak jadi melampau, jadi kurang ajar atau apa-apa yang negatif, kemudian mak ayah macam tak peduli, dia akan kata ini semua sebab mak ayah yang terlalu manjakan anak.
Terlalu membela anak, tak mahu dengar aduan orang, cerita sebelah pihak lagi.
Mereka akan dengar cerita anak mereka sahaja dan semua cerita itu, betul belaka.
Walau terbukti anaknya salah sekalipun, mereka akan pertahankan juga anak mereka.
Atau paling tidak, mereka buat-buat bodoh.
Namun, meminta maaf, tidak sekali.
Ada mak ayah yang jenis begini.
Sekarang, kalau kita lihat pula di medsos, jika ada yang tetap berdegil, menyebarkan sesuatu bagi mencari ‘likes’, walaupun melampau atau apa-apa yang negatif, kita mungkin boleh berkata, ini semua salah netizen kerana terlalu manjakan si pencari ‘content’.
Selalu, apabila tular sebahagian video yang dikerat-kerat, maka mereka akan mula menyerang, memberi komen negatif kepada pihak yang mereka rasakan bersalah.
Dan apabila datang berita kebenaran, sama ada mereka akan cari silap lain pada individu atau kumpulan yang menjadi sasaran mereka itu, atau mereka buat bodoh, diamkan diri.
Namun, mahu minta maaf kerana memfitnah, tiada dalam kamus.
Mereka akan berpindah kepada isu lain pula, dan dalam perwatakan yang sama.
Mana tahu si penghantar mempunyai dendam peribadi dengan musuhnya itu.
Mana tahu si penghantar hanya mahukan kemasyhuran.
Mana tahu si penghantar hanya mahukan umat berpecah.
Netizen tidak mahu tahu.
Jangan ya Laila,
Jangan terpedaya
Apa yang viral
Tak mestinya benar
Semalam sudah dibenarkan solat rapat-rapat di masjid di Malaysia, tetapi sejadah katanya, ada masjid yang masih tetapkan perlu dibawa.
Alhamdulillah setelah sekian lama menanti, sehingga ramai sangat yang berkeluh kesah, menunggu, sambil memaki, memasukkan sesuka hati pihak yang menyekat solat rapat itu ke dalam neraka, ikut Yahudi, Freemason.
Macam-macam lagi.
Sekarang timbul pula isu, sama ada mahu rapatkan saf atau rapatkan sejadah.
Jika rapatkan saf, sejadah jadi bertindih.
Jika rapatkan sejadah sahaja, saf jadi renggang.
Berkelahi pula masing-masing menyatakan pendapat.
Ada yang kata kena sentuh kaki dan bahu.
Jika ada ruang, syaitan akan masuk.
Ada pula kata dibolehkan jarak antara kaki seluas empat jari atau sejengkal.
Ruang yang syaitan akan masuk ialah jika dibiarkan kosong dengan jarak seorang makmum.
Kalau aku tanya, boleh atau tidak jika sejadah itu dilipatkan sedikit tepinya supaya tidak melebar?
Atau sejadah itu dihamparkan bahagian kepala sahaja?
Kemudian kita solat macam biasa?
Adakah wajib kata pihak masjid sejadah mesti dihampar lebar atau penuh, tidak boleh dilipat tepinya atau hampar bahagian kepala sahaja?
Jika tidak ikut peraturan itu, maka tidak sah solat, atau dia akan dihalau dari masjid?
Jika lipatkan sedikit sejadah supaya tidak lebar, kita akan dapat dua-dua kan?
Rapatkan saf sambil sejadah dihampar.
Atau aku yang salah faham?
OK lah, saja jer nak bebel.
Qatar dah start puasa harini.
Malaysia esok start.
Nanti kalau balik Malaysia, puasa di Malaysia jadi 30 hari, bermakna aku akan berpuasa 31 harilah kan?
Tetapi dalam Islam, sebulan hanya ada 29 atau 30 hari sahaja.
Jadi nak buat macamana?
Nasib baik tak ramai yang alami benda ni.
Kalau tidak boleh jadi perdebatan hangat pulaklah….kan?
Nak kena buka puasa atau nak kena sambung puasa tu?
Kau ada jawapan dia?
Haaa debatlah….
Mohd Nasir Abdullah