PAS’LEAK’ Sebuah Sa(MPAH)raf Yang Mmencemarkan nilai Intelek

PAS’LEAK’ Sebuah Sa(MPAH)raf Yang Mmencemarkan nilai Intelek

Dokumen PasLeak adalah dokumen yang benar sama sekali.

Tidak boleh dinafikan lagi.

Jika anda berpegang kepada kenyataan no 1 maka artikel ini amat sesuai untuk anda.

Jika bukan pun, jemput baca.

Sebenarnya saya mengambil tempoh sejenak berfikir dan menunggu reaksi daripada pihak-pihak yang terlibat, dituduh dan yang menuduh dalam isu kali ini. Isu kah?

Nampak macam agak hambar sambutannya.

Mari kita perhati dan analisis huduh-huduh dokumen Pasleak ini.

Supaya kita dapat sahkan kebenaran inti ‘dokumen’ ini.

i) Siapa yang dedahkan?

Ada sesiapa yang tahu nama atau kumpulan mana yang dedahkan dokumen ini?

Ramai yang percaya dokumen ini tapi dalam masa sama sumber dari siapa pun tak tahu.

Apa jaminan perkara dokumen ini benar-benar betul?

Jujurnya, tidak.

Yang yakin dengan dokumen ini hanyalah mereka yang berpegang pada diagnosis of exclusion iaitu buat kesimpulan tentang seseorang atas faktor dia tak buat benda tu.

Dalam kes ni, mereka percaya dokumen ini benar, atas faktor tiada laporan polis dibuat. Itu sahaja.

Jadi isi dokumen tu betul ke tidak? Tak tahu.

Betul la kot sebab tiada penafian walaupun tiada bukti kukuh tentang kebenaran isi kandungan dokumen itu.

Majoriti komen dan reaksi adalah penganut mazhab “KALAU”.

“Kalau benarlah dokumen ini….” kata-kata yang kelihatan neutral walhal jelas kecenderungan dan pegangan yang ada pada mereka.

ii) Kejanggalan teknikal dan penyusunan isi dokumen yang convenient.

Jarang sekali orang buat perancangan strategi yang sulit sebegini dan ‘jahat’ tahap dewa sebegini diminitkan.

Bahkan diletak secara jelas nama operator dan tempat.

Ini adalah resepi kemusnahan dan kesalahan fatal dalam menggerakkan usaha pengumpulan maklumat sebegini.

Segala info dan strategi dan penggerak dikumpulkan dalam satu dokumen.

Rasa nak tergelak pun ada.

Kalau bocor ni memang sah PAS akan jatuh merudum reputasi.

Adakah pimpinan yang terlibat ni noob sebegitu sekali dalam pergerakan politik belakang tabir?

Tara ni sahajakah politik kebangsaan?

Macam politik kampus sahaja.

Paling kurang letak lah bahasa kod ataupun medium lain untuk disimpan maklumat sebegini.

Atau pun contohi Zahid Hamidi buat panggilan telefon.

Takde bukti bertulis.

Dia nafikan pun orang percaya.

Nama ejaan Dr Samsuri pun salah.

Kalau nak buat minit pun buatlah betul-betul.

Penggunaan terma pun ada pelik.

PAS tak guna istilah kem PWTC atau kem Putrajaya.

PAS menggunakan terma Kluster mahkamah untuk membezakan pimpinan UMNO yang tidak terlibat kes rasuah dan yang terlibat.

iii) Waktu dan timing reaksi daripada pendedahan dokumen ini sangat convenient.

Jika diperhatikan mereka yang terawal mengulas perkara ini adalah dalam kalangan pimpinan UMNO dan dalam masa sekejap perkara terus diupkan secara bertali arus oleh beberapa tokoh UMNO seperti Sharbery Cheek, Tok Uban dan Isham Jalil yang terkenal sebagai chief cytro UMNO.

Yang anehnya meskipun ada keterlibatan pimpinan UMNO dalam dokumen itu, namun pimpinan UMNO langsung tidak tanya khabar sahabat mereka tetapi majoriti sibuk menuntut jawapan daripada orang parti lain.

Serangan bertalu-talu diberikan sehinggakan tampak jelas satu pola iaitu majoriti serangan tersebut hanya bertumpu pada Dr Samsuri dan Dato Takiyuddin tanpa disentuh sangat pimpinan politik lain.

Sepertinya satu naratif dan gelombang media sudah disusun lebih awal bukan?

Sekali lagi, ini hanya soalan bukanlah kesimpulan.

Sekarang apabila pimpinan PAS tidak pandang sangat isu ini, sesama mereka pula asyik berbalah seperti yang dapat kita lihat daripada reaksi Zahid Hamidi terhadap kenyataan Anuar Musa.

iv) Niat pembuat dokumen ini adalah jelas:

Hancurkan penyatuan ummah.

Samada isinya benar atau tidak, isu Pasleak ini adalah usaha golongan yang tidak inginkan penyatuan parti-parti besar Melayu.

Baling batu sembunyi tangan adalah taktik yang sungguh murah dan penakut.

Pendedahan dokumen ini ingin melaga-lagakan pimpinan parti politik Melayu agar terus berkelahi menjelang PRU-15.

Cuba teka siapa untung kalau kita berkelahi?

Tidakkah PRU-14 menjadi medan muhasabah untuk kita semua.

Mereka yang okestra situasi ini adalah golongan yang akan dapat manfaat paling besar daripada perpecahan ummah.

Adakah itu yang dikejar PAS?

Sebagai kesimpulan, kita orang Islam diajarkan untuk menyiasat apa-apa berita yang sampai kepada kita.

Masih ingatkah isu 90 juta yang didendangkan sehingga ramai percaya?

Sedangkan bukti kukuh tiada pun.

Sampai lah ke hari ini.

Ada yang mengatakan dokumen itu tidak kisahlah benar atau tidak, tetapi realiti yang berlaku adalah sama dengan isi dokumen. Jadi?

Adakah itu bermaksud isi dokumen itu terus jadi betul?

Boleh sahaja dokumen itu dibuat dengan memerhatikan keadaan semasa, kemudian senario direka.

Maka, apa yang perlu kita pegang adalah, kita hendaklah sentiasa bersama kebenaran.

Fakta dan bukti empirikal yang kukuh akan bersama kebenaran bukannya menerusi sangkaan yang dihidangkan oleh sebuah dokumen yang tidak diketahui asal usulnya.

Bila tengok balik dokumen ini teringat pula beberapa bantahan daripada ‘akar umbi’ PAS yang kononnya tidak setuju kerjasama dengan PN, hanya mahukan MN.

Macam modus operandi yang sama.

Saya menulis pandangan saya ini hanyalah sebagai satu penyeimbang kepada persepsi yang berlaku di media sosial sekarang ia bukan bertujuan menghangatkan lagi isu ini sepertimana dikehendaki sesetengah pihak.

Jika ikutkan tiada keperluan pun untuk ulas, cumanya risau naratif berat sebelah berterusan bermain.

Isilah masa berbaki Ramadan ini dengan amal ibadat dan aksi politik yang menyegarkan minda dan patuh syariah bukannya yang berdiri atas sangkaan semata-mata.

Uthman Che’ Aziz

Kolumnis