Empat tahun lepas, PH terkejut sebab menang PRU, tiba-tiba mereka menjadi kerajaan dan mula lupa diri.
Umno-BN juga terperanjat sebab kalah dan kelihatannya seperti mula sedar diri.
22 bulan, masa berlalu, PH kalah banyak PRK, tanda mereka mula dibenci.
Umno-BN pula menang banyak PRK dan mula meninggi diri.
Apabila Umno-BN berjaya menjadi kerajaan semula, kepada rakan yang membantunya, Umno-BN mula perli memerli.
Kluster mahkamahlah penyebab utama perpaduan ummah tak menjadi.
Semua negeri putuskan hubungan, kecuali Selangor yang masih ada rasa mempercayai.
Wahai orang Umno-BN yang masih beriman, jangan kita ikut kelakuan bermusuh sebegini.
Ia bukan ajaran dari Nabi.
Lihat, perhati menurut mata hati.
Tetapi kalau tetap mahu bermusuh, sah, memang gila babi.
Mohd Nasir Abdullah