Usaha Tak Jemu-Jemu, Nampakkan Hasil?

Usaha Tak Jemu-Jemu, Nampakkan Hasil?

Menarik gambar ini.

Inilah gambaran Penyatuan Ummah yang dikehendaki oleh PAS.

Adanya PAS, PPBM dan UMNO dalam suasana harmoni.

Menariknya lagi, gambar ini datangnya dari Terengganu.

Ya, Terengganu yang kita ketahui UMNOnya sangat keras menolak agenda penyatuan ummah.

Tapi lain ceritanya di Majlis Hari Raya Perikatan Nasional Hulu Terengganu.

Selain kepimpinan PAS-PPBM, kelihatan satu sosok, iaitu Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu yang turut sama hadir.

YB Rozi ini tokoh muda yang dilihat agak condong kepada agenda penyatuan ummah.

Dalam ucapannya yang agak kontra dengan sebahagian rakan-rakannya ketika sidang DUN yang lalu, beliau menyebut, “Kite sebenornya kalau nok molek, tidok ada kaedah lain, iaitu satu permuafakatan yang baik… mungkin dok berjaya zaman saye, tak apa, saya mendoakan satu hari nanti ia akan jadi realiti”

Cuma, Mat Said dah umumkan beliau sebagai calon BN untuk Parlimen Hulu Terengganu.

Beliau satu-satu calon yang diumumkan oleh Mat Said, sebab apa? Wallahua’llam.

Semalam pun kelihatan ada gambar Dr Sam beramah mesra dengan Mat Said.

Hari ini YB Rozi pula pergi ke Hari Raya Perikatan Nasional.

Nampak seia sekata kan gitu.

Walaupun mungkin sekadar beraya bersama dan ianya dilihat sebagai pengamalan biasa ahli politik.

Namun, bagi kita yang mahukan penyatuan melihatnya suatu langkah mula yang baik.

Daripada baloh, tak dapat bersatu lagi, dapat “gi mari” antara satu sama lain pun sudah baik.

Kita harap usaha penyatuan ummah yang PAS tidak jemu-jemu usahakan ini membuahkan hasilnya.

Benar ada ramai yang menepis dan menjelir saat kita hulurkan tangan, tapi PAS akan teruskan jua.

Ahmad Fahmi Mokhtar

Kolumnis