Orang PAS Tak Cakap Banyak, Buat Terus

Orang PAS Tak Cakap Banyak, Buat Terus

Ternyata YB Hanafiah Mat atau YB Chukai (YBC) lebih berani dalam mempertahankan maruahnya apabila diaibkan.

Beliau segera membuat laporan polis berkenaan penularan video pendek yang tidak sepatutnya disebarkan.

YBC tidak bersalah, malah beliau jelas dianiaya dengan tujuan penyebaran itu dilihat lebih ke arah memalukan dirinya sebagai pemimpin masyarakat.

Oleh itu laporan polis adalah tindakan yang tepat.

Berlainan sekali dengan Dato’ Seri Ahmad Said yang pernah memaklumkan akan menyaman individu bernama Razak Bidin yang mendakwa beliau telah menjual tanah kepada Vincent Tan di Pulau Redang sewaktu menjadi MB dahulu.

Ia satu tuduhan yang sungguh memalukan, tetapi setelah 14 hari berlalu ugutan saman beliau itu, Razak Bidin dikatakan masih belum sebarang saman daripada DS Ahmad Said.

Bangga kita dengan YBC atas keberaniannya itu.

Tiada sembang gebang, terus ambil tindakan.

Oh ya sekarang sudah bulan Zulkaedah, tetapi janji DS Ahmad Said untuk mendedahkan salah laku pimpinan PAS dalam Kerajaan Terengganu dalam bulan Syawal, masih belum dilaksanakan.

Atau tunggu bulan Zulhijjah?

Banyak sangat janji, sampai tak larat nak tunai janji, itupun tak puas lagi, janji lagi kalau menang PRU Umno akan….bla, bla…Cheh, tak penat ke asyik janji ajer?

Yang diri sendiripun dia tak tunai, yang rakyat, dia akan tunai ke tak nanti agaknya?

Bandingkan dengan PAS, manifesto yang dijanji sudah 90 peratus ditunaikan, malah yang tak ada dalam manifestopun PAS bagi jugak.

Betapa sayangnya PAS pada rakyat Terengganu.

Mohd Nasir Abdullah

Kolumnis