Aidilfitri, dia ambik sebulan penuh, langsung tak boleh kurang.
Kadang terlajak sampai Zulkaedah.
Yang tak sempat puasa enam tu, biasa dia jadikan tuan rumah terbuka sebagai kambing hitam penyebab dia tak sempat puasa, lepas dia makan kambing golek kat rumah tu.
Puasa lambat OK, raya lambat, dia rasa gelisah jer hari ke-30 tu.
Bila time Raya Haji, alhamdulillah, sampai ke luar negara dia buat korban, raikan saudara seagama di seluruh dunia.
Tapi ada pula yang takbir tak sampai empat hari.
Ingatkan takbir hari pertama macam Aidilfitri.
Datang Deepavali, dia tahu kat mana muruku sedap nak dibeli.
Dah orang larang sambut hari raya keagamaan bukan Islam, eh dia tak kira.
Dia pun sibuk jugak nak raya.
Sampai masa Krismas, habis semua pokok-pokok krismas dia ambil gambar. Suka sangat.
Kadang siap dia pakai topi Santa Claus yang paderi Kristian sendiri kata Santa Claus ini asal dari agama pagan.
Yang kerja part time jadi Santa Clauspun ada.
Cari rezeki ‘halal’, konon kata mereka.
Malam tahun baru, yang ramai bersorak tengok bunga api, Melayulah.
Yang mabukpun, tak kurang jumlah dia.
Tahun baru orang lain yang disambut agama lain, dia pulak jadi tukang sibuk.
Nak guna kalendar, buka isu, tapi jadikan diri sebagai salah seorang dari mereka, itu yang tidak betul.
Ada sekali, kena pada tarikh, raya puasa selang sehari dengan Tahun Baru Cina.
Dengan pantas terlintas dalam kepala mereka buat slogan ‘Kongsi Raya’.
Kongsi dalam bahasa Cina dan Raya dalam bahasa Melayu.
Dia tak sedar yang Cina tak nak pun kongsi apa-apa dengan dia.
Tapi mengada-ngada tu lebih. Menyampah.
Eh, tak berhenti setakat tu jer. Chap Goh Mei pun, dia tumpang sekaki.
Tahu jer dia kuih bakul atau kuih bulan mana yang sedap.
Macamana cara nak makan.
Sampai kadang tu, dia tumpang sekaki hanyutkan perahu kertas, buat cari jodoh, ikut kata orang Cina.
Pehallah engkau ni?
Masa Thaipusam, diapun datang, katanya nak tengok orang bawak kavadi.
Kagum pulak dia tengok orang kena cucuk situ, cucuk sini, berjalan atas bara tapi tak sakit.
Cuma tak tahu ada atau tak dia tumpang pecahkan kelapa sebab nak hapuskan dosa dan noda.
Aku yakin ada tu sorang dua yang buat.
Nak jadi sportingkan?
Sekarang ni Bon Odori pulak.
Tak bagi chance, diapun nak pulun jugak.
Orang dah cakap itu perayaan keagamaan, dia boleh pulak lawan balik.
Apa nak buat, Melayu menang suka beraya.
Semua raya, dia nak tumpang raya jugak, dia tak kira.
Malaysiakan truly Asia.
Tapikan, bangsa lain tu, ada tumpang menyibuk ke dengan raya agama kita?
Mohd Nasir Abdullah